Staycation 2 hari 1 malam sempena 'Escape with The Butterfly x Traveloka' di KL Journal Hotel

 Salam dan Hai semua,


Disember yang lepas, Lia berpeluang menyertai Staycation 2 hari 1 malam sempena 'Escape with The Butterfly x Traveloka' di KL Journal Hotel. Lia rasa bertuah dipilih bersama 40 orang butterflies yang lain dan juga blogger hebat bersama-sama menyertai Staycation di KL Journal Hotel. Event Stay-cation ini merupakan kolabrasi The Butterfly, Traveloka dan juga KL Journal Hotel Terima Kasih tak terhingga kepada ketiga-tiga pihak ini.

The Butterfly Project

The Butterfly Project merupaka  komuniti blogger kecantikan (beauty blogger) dan gaya hidup bebas (lifestyle blogger) untuk mencipta content dan berhubung serta berinteraksi antara satu sama lain.

Lia akan berkongsi aktiviti dan pengalaman menarik ini bersama blogger lain sepanjang kami di KL Journal Hotel. Event ini diadakan 2 hari berturut pada 16 & 17 Disember yang lepas sempena bulan Krimas.

Butterflies/Blogger Registration & Arrival



Semua blogger mendaftarkan diri masing-masing dan menikmati sarapan pagi sementara menunggu kedatangan blogger yang lain. Kami juga diberikan tag nama dan tulis nama mengikut kreativiti masing-masing. Sesi Meet & Greet juga sesama blogger yang sudah kenal lama ataupun yang baru kenal. Ini juga merupakan first time Lia join aktivti Staycation macam ni di luar Pulau Pinang.

Semasa pendaftaran, blogger akan mendapat hadiah saguhati dari team Traveloka.


Welcoming session, Ice Breaking Session & Blogger Introduction

Sebelum acara seterusnya, semasa pendaftaran semua blogger diminta untuk mengambil dua nombor dan kami akan dipecahkan mengikut kumpulan berdasarkan nombor yang kita pilih. Kebanyakkan blogger yang hadir kebanyakkan dari area KL, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Untuk game pertama, Lia berada dalam kumpulan nombor 6. Kami memperkenalkan diri masing-masing serta asal dari mana. Lia satu group dengan Eros, Ivy, Mek Onie, Cindy & Tifanny. Blogger dalam group Lia kebanyakkan Part time Blogger dan mempunyai kerja fulltime yang hebat. Ada blogger yang bekerja sebagai lawyer, pharmacists, photographer. dan lain-lain lagi. Game pertama ni kami kena susun ikut asal, tarikh lahir dan macam-macam lagi.

Kemudian kami dipecahkan kepada dua group, dan Lia group nombor 2 untuk game kedua ni. Game ni tak salah nama dia "Electric Shock" dimana kami kena pegang tangan each other sambil pejam mata dan orang pertama yang dengan bunyi duit syiling jatuh akan tarik tangan orang pertama pass ke orang seterusnya. Orang terakhir kena pass tangan dengan one of Traveloka crew. Group mana yang cepat bertindak akan menang. Memang menarik game ni suasana jadi kecoh dan happening.

Traveloka &KL Journal Hotel Briefing

Suasana yang kecoh tadi menjadi tenang seketika bila semua ambik tempat duduk masing-masing untuk dengar briefing seterusnya.


Pengacara paling happening, Dee & Sidney





Big Boss Traveloka Malaysia
Kemudian kami diberi talk dan penerangan lanjut mengenai Traveloka, antaranya pengenalan mengenai Traveloka, Mengenali App Traveloka di smart phone dan sesi soal jawab

Big Boss KL Journal Hotel

Kami juga diberi penerangan mengenai KL Journal Hotel dengan terperinci.

Lunch



Kami berehat seketika untuk waktu lunch bersama blogger dan krew yang lain. Kami diberi 5 pilihan Set Lunch menu Ala Carta Main Course makanan tetapi setiap blogger hanya dibenarkan pilih satu sahaja hidangan menarik di sini. Antaranya :

1) Malaysian Style Curried Butter Fish and Chip
2) Spicy Grilled Beef Bolognese Sandwich
3) KKG Signature Wagyu Beef Burger
4) Pan Fried Chicken Chop & Pilaf Rice
5) Spaghetti Arabiata

Pilihan Lia untuk lunch ialah KKG Signature Wagyu Beef Burger 



Selain menu Set Lunch  Ala Carta Main Course yang dipilih, kami juga diberikan pilihan refreshment yang lain iaitu Buffet Snacks, Soap of the Day, & Dessert.


Butterfly Symbolic Event & Photography Session



Acara kemuncak dan juga merupakan acara simbolik di mana acara melepaskan sekumpulan rama-rama cantik berterbangan ke udara. Semua blogger berkumpul dan tidak melepaskan peluang bersama-sama meraikan moment menarik ini. Memang kena dan bersesuaian dengan nama komuniti The Butterfly ini.


Acara wajib mestilah bergambar kenangan 'Group photo' bersama 40 blogger, krew The Butterfly dan Traveloka.

Check In Room



Staycation kali ni tidak lengkap kalau tak tengok bilik sendiri bukan. Kami diberikan nombor bilik bersama-sama dengan roomate masing-masing. Nombor 408 bilik Lia dan roomate, Marsha.

D.I.Y Workshop

Untuk acara D.I.Y Workshop terdapat 4 jenis, antaranya:
1. Bathbomb & Scrub Workshop @ Wunderbath
2. Leather Passport Holder Workshop @ DiyKL
3. Travel Journaling Workshop @ OrangeBerry
4. Watercolour floral Workshop @ Black Milk Project

Setiap blogger hanya dibenarkan memilih satu D.I.Y Workshop sahaja dan mengambil masa selama 3 jam dari pukul 3 hingga 6 petang.


Rasa macam nak join semua D.I.Y Workshop sebab semuanya menarik. Pilihan D.I.Y Workshop Lia kali ini ialah Watercolour Floral Workshop @ Black Milk Project



Di atas meja dah terpampang ukiran nama masing-masing dan small gift untuk blogger yang terlibat.


Bergambar sebelum memulakan D.I.Y Workshop



Setiap seorang dibekalkan kertas lukisan, berus warna, water colour, sample lukisan, segelas air dan kain buruk.



Sebelum memulakan kelas, kami diajar dahulu teknik menggunakan water colour terlebih dahulu. Teknik satu warna dan gabungan dua warna di ajar terlebih dahulu dan kami praktiskan di atas kertas. Kemudian kami diajar untuk melukis bunga beserta daun dan cara mewarnakan nya mengikut kreativiti masing-masing.

Bergambar bersama lukisan watercolour sendiri

Bersama blogger Mimin Adam.

Tea time selepas habis D.I.Y Workshop.
Pada mulanya, rasa susahnya nak melukis dengan watercolour sebab dah lama tinggal painting. Bila tengok blogger lain, tekun dan kreatif menyiapkan dengan cantik lukisan masing-masing. Berkat kesabaran dan ketekunan, berjaya juga siap melukis dan mewarna bunga yang tak berapa cantik sangat tu. Yang paling menarik. team Black Milk Project akan scan dahulu lukisan kita, jadikan dalam bentuk poskad dan akan pos ke rumah masing-masing.

Dinner & Exchange Gift ceremony

Pada sebelah malam pula kami ke acara dinner bersama blogger yang lain.





Acara yang paling ditunggu bila Mamasan Tammy suruh cari pasangan roommate masing-masing dan exchange gift. Majlis dinner yang sunyi macam library dan sopan santun terus bertukar menjadi pasar borong seketika. Agaknya semua excited bila dapat hadiah masing-masing.

Exchange gift me with my room mate, Marshaliza
Terima kasih to my nice room mate, Marshaliza yang sentiasa senyum, cool dan sporting je. Selepas soal siasat latar belakang, baru lah tahu Marsha seorang cikgu Kemahiran Hidup. Banyak juga kami pillow talk dalam bilik gosip sana sini. Harap lepas ni jumpa lagi. Jangan lupa follow blog http://www.marshaliza.com/

Bersama blogger Eintan, Suria Amanda, Marshaliza & me.
Muka happy dapat gift.
Bliss Body Care Set Vanilla Peach
Apa yang Lia dapat dari Marsha? Bliss Body Care Set Vanilla Peach yang mengandungi Shower Gel, Hand & Nail Cream, Body Butter & Body Lotion. Okay set lengkap boleh bawa travel. Tak payah fikir nak beli.

Breakfast at 2nd Day







Keesokan harinya, kami bersarapan di cafe Kedai Kopi Journal. Banyak juga pilihan menu untuk breakfast ini memang rambang mata nak pilih makan mana satu. Dah macam set lunch pula. Menu breakfast di sini semestinya sedap dan menarik.

Free & Easy
Hari kedua ni kami Free and Easy di mana blogger dibenarkan buat apa sahaja aktiviti melibatkan dalam dan luar hotel. Ada yang pergi gym, mandi dan terjun swimming pool, makan nonstop, bergambar dan berposing dan macam-macam lagi.

Sesi bergambar bersama blogger lain

KL Journal Hotel

KL Journal Hotel adalah stylish boutique di tengah pusat bandar Kuala Lumpur dimana direka dengan suasana yang menarik yang nostalgia memenuhi suasana industri. Kl Journal Hotel juga menyediakan kemudahan bilik moden dan selesa untuk dinikmati di tengah-tengah kesibukan bandar. Hotel ini terletak di pusat membeli-belah dan pusat hiburan utama di Bukit Bintang. Hanya beberapa minit dari kawasan kejiranan Changkat.

Entrance KL Journal Hotel
Pintu masuk KL Journal Hotel

Lobby Hotel at Ground Floor


Kedai Kopi Journal at Ground Floor

Konsep kedai kopi tempatan menghidangkan makanan yang lazat serta memenuhi citarasa pengunjung

Dekorasi dalam Kedai Kopi Journal




Dekorasi luar Kedai Kopi Journal





The Terrace Bar & Grill at 1st Floor

Kawasan alfresco yang santai untuk berehat.

Suasana di The Terrace Bar pada siang hari


Suasana di The Terrace Bar pada malam hari. Di sini terdapat 'live band' dan juga 'Open Mic' untuk para pengunjung.

Layan Live Band pada sebelah malam.

Meeting Room at Ist Floor
Selain The Terrace Bar, terdapat beberapa bilik jika anda ingin membuat apa-apa acara seperti mesyuarat atau pun perjumpaan, Ada juga yang buat majlis perkahwinan di sini.

Antara bilik yang terdapat di tingkat ini ialah :
1) Workers Union
2) The Studios
3) The Gallery
4) The Hub

Bergambar di salah satu ruangan Workers Union

Bergambar di salah satu ruangan di Tingkat 1


Meeting room at 1st Floor
Seterusnya ke ruangan bilik yang paling dinanti-nantikan. Terdapat 3 jenis bilik di sini, antaranya ialah:

1) Deluxe Twin
2) Deluxe King
3) Superior Deluxe

Staycation 2 hari 1 malam kali ini Lia menginap di bilik Deluxe King.

Suasana menarik di dalam bilik beserta tilam yang empuk





Katil yang empuk dan bantal yang  nyenyak untuk tidur.

Setiap bilik berlainan gambar nostalgia yang dikongsi bersama pengunjung

Dekorasi yang sangat cozy & stylish

Setiap bilik akan diberikan buku 555 nostalgia zaman dahulu yang menggunakan bukut tersebut.





Bahagian tandas dan bilk air



Deluxe Room

28 sqm with king size beds that feature ergonomic mattresses, pure cotton sheets with high thread count, duck down and micro fibre pillows, floor-to-ceiling windows for plenty of natural light, a 40" flat screen TV, rain shower, a functional workspace with free high speed wifi and plugged-in connectivity.

Connected rooms are available on request.

Kemudahan Lain :

Posturepedic Royal Mattress
Pure cotton sheets with high thread count linen
Duck down & microfibre pillows
High pressure rain shower
Free high speed internet
JBL wireless bluetooth speaker with alarm & radio and two USB points
40" flatscreen HDTV with free satellite channels
Workdesk with adjustable lamp
Electronic safe
Bathrobe & spa toiletries
Iron & Ironing board
Mini fridge
Coffee & Tea Facilities
Hair Dryer

Rooftop Infinity Pool

dengan pemandangan bandar yang menakjubkan


Santal di Pool dengan pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur


Terdapat kafe bar untuk beristirehat


Pemandangan bandar raya Kuala Lumpur

Kemudahan Hotel yang lain :
 Gym dan juga parkir kereta dalaman

Acara juga berakhir pada waktu tengah hari di mana semua blogger checkout dan meninggalkan hotel. Masing-masing bertukar url blog dan nombor telefon. Ada juga tidak ketinggalan mengambil gambar kenangan bersama yang lain.

Untuk menempah secara online ke KL Journal Hotel, anda boleh membuat tempahan terus ke Traveloka.

Traveloka

Traveloka adalah salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel utama di Asia Tenggara, yang melayani lebih daripada 100,000+ laluan penerbangan dan 100,000+ hotel di seluruh dunia.




Anda juga boleh melayari laman web Traveloka di komputer anda untuk maklumat lanjut. Ataupun anda hanya perlu memuat turun apps Traveloka boleh dimuat turun dari Google Play Store (Android) untuk pengguna Android atau App Store (iOS) untuk pengguna Iphone secara PERCUMA di telefon bimbit anda. Lebih mudah di mana anda boleh melayari Traveloka di mana sahaja anda berada.

Layari laman web : https://www.traveloka.com/en-my/

Traveloka bekerjasama dengan rangkaian hotel di seluruh dunia untuk memastikan penginapan selesa di mana sahaja anda pergi!

Untuk maklumat lanjut mengenai Traveloka, anda boleh rujuk video di bawah:


Terima kasih semua yang terlibat: Di sini Lia kongsikan bersama badan  kolabrasi yang menjayakan event Staycation 2 hari 1 malam sempena 'Escape with The Butterfly x Traveloka' di KL Journal Hotel ini :

The Butterfly Project
Laman web: http://www.butterflyproject.my/
Facebook: The Butterfly Project
Instagram: @butterflyproject.my

Traveloka Malaysia
Laman web: https://www.traveloka.com/en-my
Instagram: @/travelokamy

KL Journal Hotel
Laman web: http://www.kljournalhotel.com/
Facebook: The KL Journal
Instagram: @thekljournal

Black Milk Project
Laman web: https://www.blackmilkproject.com/
Facebook: Black Milk Project
Instagram: @blackmilkproject



#tvlkescape2017 #butterflymsia #travelokamy #thejournalhotel