Salam dan Hai semua,
Bulan Ramadan sudah hampir tiba kemudian didatangi dengan bulan Syawal. Sekejapnya masa berlalu bukan dan bulan ini menjelma selama setahun menghilang. Bulan Ramadan yang paling dinantikan kerana pelbagai juadah makanan yang ada. Bermula dari hidangan berat hinggalah ke pencuci mulut. Bulan Ramadan juga mengumpulkan semua kaum keluarga dan sahabat handal berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama di bulan yang mulia ini.
Kali ni Lia nak mempromosikan salah sebuah hotel yang menyediakan Ramadan Buffet pada bulan Ramadan yang akan datang ini. Semestinya Lia akan mengesyorkan sajian makanan yang terbaik dari Olive Tree Hotel.
Pengenalan Ringkas Mengenai Olive Tree Penang
Olive Tree Hotel. terletak di sepanjang koridor perindustrian dan korporat Pulau Pinang. Ia juga adalah hotel yang sesuai dengan Indeks Bangunan Hijau Indeks (GBI) yang membanggakan akses mudah ke mercu tanda utama dan menjadi tuan rumah persekitaran yang selesa dan kondusif untuk para pelancong perniagaan dan pelancong. Hotel ini sebanyak25-tingkat seni bina yang bergaya dengan jumlah 228 bilik dan 24 suite, para tetamu boleh mengharapkan bukan sahaja ruang berfungsi yang pasti memberikan keselesaan sepenuhnya.
Olive Tree Hotel juga dibina untuk memenuhi mesyuarat, konvensyen, jamuan dan majlis perkahwinan. Ia menempatkan Grand Ballroom dengan galeri mezzanine yang dapat menampung sehingga 720 orang dan bilik fungsi 7 dengan pelbagai dimensi yang boleh didapati dengan keinginan anda.
Tema Citarasa Semenanjung oleh Olive Tree Penang
Sempena bulan Ramadan yang suci, Olive Tree Hotel menyediakan hidangan istimewa dengan menyampaikan pilihan hidangan bufet yang baik dalam suasana makan yang bersesuaian dengan musim ini.Dengan tema Citarasa Semenanjung, Olive Tree Hotel. mempamerkan hidangan makanan dan pemanis mulut dari utara ke Selatan Semenanjung Malaysia.
Pengalaman terbaru ramadan buffet akan disajikan oleh persembahan baskers setiap malam dari rumah The Pertubuhan Permata Al-Mahabah.
Jangan lupa untuk mencuba hidangan menarik seperti Daging Rendang Tok, Chicken Varuval, Sambal Petai Udang, Kurma Kambing, Tempe Tumis Kicap Manis Pedas, Gulai Ikan Lemak Merah, & Roasted Lamb with Briyani. Cuba sajian Ramadan ini dari 21 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018.
Dining Room Selah untuk Ramadan Buffet Citarasa Semenanjung
Olive Tree Hotel. terdapat 3 jenis Dining Room iaitu Sukah, Selah dan & Lounge. Untuk Ramadan Buffet kali ini dibuat di salah satu Dining Room bernama Selah.
Nama Selah di ambil dari perkataan Ibrani misteri yang indah yang digunakan secara umum untuk berhenti sebentar, untuk berehat, atau bernafas. Tempat kasual ini dinamakan sebagai tempat percutian yang sempurna dari gaya hidup sibuk hari ini.
Menu hidangan dan sajian sempena Ramadan di Olive Tree Hotel
Hidangan Utama :
Nasi Putih
Daging Rendang Tok
1 - Chicken Varuval
2 - Sambal Udang Petai
3 - Oxtail Osso Bucco
4 - Sweet & Sour Fish
5 - Mantis Prawn with Salted Eggs
6 - Taukua Sambal Hijau
7 - Gulai Nangka Ikan Bilis
8 - Braised Mushroom with Garden Vegetables
Selain hidangan utama yang disajikan, terdapat juga beberapa gerai yang menghidangkan menu makanan yang tersendiri. Ini beberapa gerai yang terdapat di dalam kawasan hotel.
1 - Sup Daging Madura
2 - Bubur Lambuk
3 - Pumpkin Soup
Gerai Sharwarma
Terdapat juga beberapa gerai yang terletak di luar kawasan dining room Selah. Anda perlu keluar dari pintu yang disediakan untuk mengambil makanan di luar.
Gerai Char Koay Teow dan Mee Rebus
Char Koay Teow |
Gerai Kambing Golek
Kambing Golek |
Kambing Golek |
Gerai Goreng-goreng cucur Corner dan Satay Ayam & Daging
Gerai Goreng-goreng cucur Corner dan Satay Ayam & Daging |
Gerai Thai Kebab
Aneka Kerabu
1 - Acara Buah
2 - Kerabu Kacang Botol
3 - Kerabu Ayam
4 - Kerabu Perut
Aneka Ulam-ulaman
Telur Masin
Aneka Salad dan sos
Ketupat Palas dan Lemang
Serunding Daging dan Ayam
Tauhu Sumbat
Aneka Keropok
Keropok Lekor
Rojak Buah
Aneka Buah-Buahan
Kita pergi ke bahagian pencuci mulut iaitu hidangan kek dan kuih-muih.
Aneka Kek
Aneka Kuih
Sagu Gula Melaka
Gerai yang paling menarik di mana jika anda suka kan pencuci mulu yang sejuk.
Gerai Leng Chee Kang
Gerai Ais Kacang
ANeka Aiskrim
My Plate
Ini merupakan pinggan hidangan yang Lia cuba sepanjang di sini. Ada banyak lagi yang tak sempat snap. Memang hidangan kat sini semuanya sedap dan lazat. Rambang mata nak pilih yang mana satu. Yang terbaik kita mencuba semuanya sekali.
Dekorasi Citarasa Semenanjung di Olive Tree Penang
Dining Room Selah juga mempunyai daya tarikan yang sendiri seperti cafe hipster di luar sana. Dekorasi yang moden dan cozy juga memainkan peranan menarik minat pengunjung di sini.
Susunan meja juga teratur dan tersusun. Jika jumlah pengunjung yang datang sini agak ramai, pihak Olive Tree Hotel akan mengubah tempat ke Dining Room Sukkah di Level 2 di mana ruang nya lebih besar berbanding Selah.
Makanan juga sangat tersusun mengikut jenis dan kena dengan temanya. Suasana dan mood raya sangat lah terasa dan romantik apabila disusun kemas dan rapi dengan beralaskan kain batik dan menu diletakkan di dalam bekas antik dan oldschool.
Bersama blogger Pulau Pinang yang memeriahkan Citarasa Semenanjung Ramadan Buffet.
Setiap blogger diberikan sebekas kurma untuk dibawa pulang.
Harga Ramadan Buffet Dinner di Olive Tree Penang
RM89+ untuk orang dewasa.
RM49+ untuk kanak-kanak.
Anda boleh mendapatkan Special Price dimana 1 orang Dewasa akan dapat makan Percuma jika anda bayar untuk 10 orang dewasa. Untuk hari minggu, 2 orang kanak-kanak dapat makan Percuma jika anda bayar untuk 4 orang Dewasa.
Bermalam di Olive Hotel Penang
Olive Hotel Penang juga menyediakan perkhidmatan JOM! BALIK KAMPUNG jika anda pulang ke kampung Pulau Pinang dan ingin bermalam di sini. Harga bilik bermula dengan RM 215++ untuk setiap bilik untuk 1 malam.
Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi:
Olive Tree Hotel Penang
No.76, Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas,
Penang, Malaysia.
Tel : +6 04 637 7777 ext.7712
Fax : +6 04 637 7766
Laman web : http://www.olivetreehotel.com.my
Facebook : Olive Tree Hotel Penang
Instagram : @olivetreehotelpenang