Salam dan Hai ;)
Sambungan cerita Medan untuk hari kedua Lia kat sana. Kami bangun seawal pukul 6 pagi waktu Indonesia. Lewat sejam waktu Malaysia. Bangun awal sebab 2nd day kami full trip kat sana. Menunggu feri pukul 7 pagi.
Bila bangun bersiap, bila nak mandi air takde. Tapi Lia sempat mandi. Siti tak sempat mandi. Pastu apa lagi ketuk bilik Hisyam nak air. Bilik dia pun sama xde air. Nasib baik dalam toilet ade sediakan baldi besar. Hisyam pergi cedok air tasik Toba dengan chalet kami. Dia boleh cakap ni yang special kita kat sini. Mandi pagi guna air tasik. Air tasik memang jernih tau.
Beberapa pic view Lake Toba dari depan chalet kami. Rasanya korang better pergi sendiri tengok view. Memang cantik.
Di hadapan chalet view kami bersama bapa Supir.
Masa untuk kami berangkat pulang. Nama chalet ni serius tak ingat. Sebab kami memang singgah bermalam sahaja. Pagi dah bertolak balik.
Sebelum sampai ke Jeti, bapak Supir kami sempat pusing Pulau Samosir untuk bawa kami tengok view. Dia cakap trip kami singkat sangat. Sepatutnya kami ambik pakej 4 hari 3 malam, hari pertama bermalam di Pulau Samosir, hari kedua di Brastagi dan hari ketiga di Medan. Tapi kami ambik pakej 3 hari 2 malam sahaja, semapat bermalam di Pulau Samosir, Lake Toba dengan bandar Medan sahaja. Masa jadi terhad dengan masalah tiket flight lagi kan. Itu yang 2nd day kami one day full trip.
Kalau perasan design bumbung di Pulau Samosir kebanyakkan bentuk yang sama. Lain skit dari bumbung orang Minangkabau. Di sini kebanyakkan penduduk berbangsa Batak Toba. Suatu ketika dahulu dikenali suka makan orang. Sekarang dah takde. Memang kebanyakkan beragama Kristian dan hanya segelintir beragama Islam.
Kedai-kedai berhampiran jeti pun belum dibuka lagi. Masih awal pagi masa tu.
Sementara tunggu feri kami sempat posing & snap beberapa pic bersama bapa Supir. Lia suka sangat view kat sana. Masa terhad tak sempat nak pusing satu Pulau Samosir. Kalau photoshoot kat sana memang cantik.
Masa awal pagi pukul 7 kat sana dah cerah. Kereta pun tak banyak sangat,
Rindu nak naik feri ni lagi. Kereta masuk ikut reversed. Atas feri memang banyak snap pic dengan view Pulau Samosir dari jauh. Dalam pic nampak biasa je pulau ni. Kalau tengok sendiri memang menarik sangat. Rasa cantiknya ciptaan Tuhan. Kalau diberi peluang nak datang lagi. Yang best atas feri ni mesti akan pasang dangdut. Masyarakat Indonesia kebanyakkan peminat dangdut.
Bapa Arifan bawa kami sarapan pagi tu. Kami makan di salah sebuah gerai tepi jalan masakan Orang Islam.
Salah satu kuih yang dihidangkan di gerai ni. Nama tak tahu tapi makan sahaja. Lebih kurang macam popia goreng.
Teh panas
Teh dia rasa memang lain dari Malaysia. Selalu kena minta kurang manis. Kalau tak manis sangat dorang letak gula lebih.
Lontong
Memang makanan asal dari Indonesia lagi sedap. Kalau lontong di Malaysia rasa memang lain. Dah diubahsuai dan rasa lain sangat.
Okay habis. Jom gerak ke destinasi yang berikutnya,
Bapa Supir kami banyak berhenti dan tengok view Pulau Samosir dari jauh. Dia akan drive dan berhenti di tempat tertentu untuk kami turun dan tengok sendiri view hutan dan betapa besarnya Pulau Samosir dari jauh. Tengok sendiri tasik Toba yang jernih.
Bertuahnya trip kami bertiga bersama bapa Supir ni, dia banyak bawa kami ke tempat yang menarik. Bapa Arifan memang asal orang Medan dan selalu bawa trip orang Malaysia dari Medan ke Lake Toba. Bahasa nya mudah faham sebab dia banyak belajar bahasa Malaysia dan faham. Bila bercakap dengan Bapa Supir, kami boleh faham lagi bahasa dan longat Indonesia.
Okay next destination ke ladang teh.
0 Comments