Duit raya! Harus, Sedekah atau Adat?

Salam Ramadan semua.


Tidak lama lagi Ramadan akan berlalu pergi meninggalkan kita. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menjalankan ibadah puasa. Hargailah Ramadan selagi ianya ada. Ramadan tahun hadapan, Insyaallah kita akan berjumpa lagi.





Masyarakat Malaysia sudah sebati dengan budaya dan amalan memberi Duit Raya setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Budaya ini hanya berlaku di negara kita dan beberapa negara jiran. Adakah mereka tidak menyambut Hari Raya  dengan cara yang betul?


Kanak-kanak merupakan orang yang paling gembira setiap kali Hari Raya. mereka gemar menziarah raya bersama teman-teman untuk bersalaman dan mendapatkan Duit Raya, bukanlah tumpu kepada menziarah sangat.


Amalam memberi Duit Raya adalah tidak salah. Kita juga tidak boleh menyalahkan orang lain untuk memberi Duit Raya. Dan juga tidak salah kalau ada pihak yang tidak bersetuju dengan amalan memberi Duit Raya. Tak setuju tidak mengapa tetapi jangan menuduh pihak lain melakukannya sebagai satu kesalahan.



Hukum memberi Duit Raya?


HUKUM memberi Duit Raya adalah HARUS.. Hadiah duit raya adalah pemberian yang boleh mengeratkan silaturahim. Tetapi hukum itu boleh berubah menjadi HARAM sekiranya ia niat untuk menunjuk-nunjuk kekayaan sehingga ada yang terpaksa berhutang. Justeru, ia bergantung dengan niat si pemberi.


Jika tidak mampu memberi, janganlah paksa diri. Niat utama adalah ikhlas. Bersedekah perlulah ikhlas. Buat apa memaksa diri jika tidak mampu dan atau sekadar menutup malu. Ibubapa di luar sana patut mengajar anak-anak jangan meminta duit pada orang!





Apakah syarat bersedekah?

1) Bukanlah suatu 'paksaan'
2) Ia diberi dengan ikhlas sekadar termampu
3) Bukan memberi kerana terpaksa atau menutup malu
4) Bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk
5) Niat perlu betul, jangan sampai hangus pahala sedekah
6) Dimasukkan ke dalam sampul agar jumlah wang yang diberi tidak dilihat oleh orang lain



 Amalan salah mengenai pemberian Duit Raya :


1) Konsep memberi Duit Raya datangnya dari budaya kaum Cina. Jika ianya budaya lain dan tiada paksaan dalam agama, tidak salah jika tiada pihak tidak mahu mengikut amalan ini.


2) Tujuan Hari Raya untuk melahirkan rasa syukur dan gembira kerana Allah memberi peluang kepada kita menempuh sebulan bulan Ramadan dengan penuh rahmat. Bagi melahirkan rasa syukur, bukanlah dengan cara pemberian duit raya.


3) Kenapa perlu memberi Duit Raya ketika bulan Syawal iaitu pada Hari Raya ? Sedangkan kita boleh bersedekah ketika bulan Ramadan di mana pahala kita digandakan.


Bulan Syawal = RM10 untuk 1 orang budak = RM10 (Nilai Sama)
Bulan Ramadan = RM10 untuk 1 orang budak = 70 kali ganda (Lumayan bukan)


4) Amalan ziarah menziarahi sesama kita dirosakkan dengan amalan pemberian Duit Raya. Anak-anak hanya pergi ziarah ke rumah tertentu sahaja yang menjanjikan Duit Raya. Jika rumah yang dikenalpasti tidak memberi Duit Raya, mereka tidak mahu menziarah. Tujuan utama bukanlah untuk menziarah tetapi tumpu kepada Duit Raya apabila bersalaman dengan tuan rumah.


5) Ramai di kalangan ibubapa yang masih dikelilingi hutang tetapi sangggup beratur di bank untuk menukar Duit Raya, Antara hutang dan sedekah, hutang mesti didahulukan.





Peranan ibu bapa dalam mengingatkan anak-anak mengenai ziarah Hari Raya ?


1) Tujuan utama berziarah pada Hari Raya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama orang Islam. Ziarahlah dimana rumah orang kaya, kurang kemampuan ataupun miskin. Mereka gembira menerima kunjungan tetamu ketika hari Raya.


2) Adab ziarah adalah untuk bemesra bersama jiran atau saudara mara sambil bertanya khabar. Jangan lah tidak makan dan tak mahu berbual kerana menanti Duit Raya.


3) Janganlah mengajar anak-anak menjadi mata duitan dengan meminta-minta duit raya atau menambah Duit Raya setiap kali bersalaman.



-----------------------------------------------------------------------------------------



Sudah berkerjaya dan berkemampuan tak salah untuk hadiahkan Duit Raya untuk kanak-kanak. Tak perlulah kuantiti yang banyak. Ikutlah kemampuan masing-masing dan yang paling penting sekali ikhlas. Lihat wajah orang yang menerima terumatanya kanak-kanak akan teruja dan gembira dengan pemberian kita. Suatu perasaan yang suka digambarkan.


Ada golongan ibubapa yang memberi Duit Raya kerana orang lain memberikan Duit Raya kepada anak mereka. Jika tidak dibalas, takut berkecil lalu memberi kerana terpaksa atau menutup malu. Ada juga golongan ibubapa yang memberi jumlah yang sama dan mengharapkan orang lain membalas dengan jumlah yang sama terhadap anak-anak mereka. Pemberian sedekah seperti ini kurang keikhlasannya.


 Segelintir ibubapa mempunyai 5 orang anak, dan salah 1 atau 2 orang tiada di rumah, ibu bapa akan menuntut Duit Raya untuk ke 5 anaknya tersebut. Adab seperti ini patut dihindari atau dicegah awal, bukanlah semua orang berkemampuan atau orang tersebut mempunyai masalah kewangan. Ingat balik tujuan utama kita beraya.


Kita sebagai Umat Islam harus meletakkan kepercayaan bahawasanya Hari Raya adalah hari kebesaran dan kemengan bagi Umat Islam dan berbeza dengan agama lain dan kita wajib meraikannya, wajiblah berseronok pada hari tersebut.


Tanpa kita sedari, Hari Raya jugalah masa yang paling sesuai untuk kita bersedekah kepada anak-anak yang datang menziarah. Jika kurang bersedekah pada waktu lain, waktu inilah yang sesuai. Luangkan sedikit masa bersama mereka, berkenalan sesama mereka, Pamerkan kemesraan dan sifat kasih sayang kepada anak yang datang menziarah.  


Tetamu yang datang berkunjung ke rumah akan menghapuskan dosa-dosa tuan rumah. Apatah lagi mereka mendoakan kesejahteraan kita kerana melayannya dengan baik. Hidup kita akan dilimpahi keberkatan.


Setakat ini sahaja, tahun ni Lia keluarkan belanja sedikit untuk Duit Raya! Kongsikan sedikit rezeki Tuhan bagi dengan orang lain. Hanya kanak-kanak sahaja okay yang dapat. Semoga raya kali ni bermakna untuk semua di samping orang tersayang.



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin



Post a Comment

0 Comments