Salam dan Hai semua,
Ingin menikmati aiskrim Soft Serve Ice Cream dengan rasa coklat yang sedap? Atau ingin memcuba coklat yang pelbagai perisa dan jenis? Warga Pulau Pinang bolehlah segera dapatkannya di kedai coklat Godiva, Gurney Paragon, Pulau Pinang.
Ingin menikmati aiskrim Soft Serve Ice Cream dengan rasa coklat yang sedap? Atau ingin memcuba coklat yang pelbagai perisa dan jenis? Warga Pulau Pinang bolehlah segera dapatkannya di kedai coklat Godiva, Gurney Paragon, Pulau Pinang.
Godiva mempunyai sejarah yang tersendiri dan merupakan syarikat yang paling lama menghasilkan coklat suatu ketika dahulu. Kini terdapat banyak cawangan di Hong Kong, Macau, Taiwan, Singapore, Indonesia, China, US, Jepun, Bandar Eropah termasuklah Malaysia.
Di Malaysia , terdapat cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, anda boleh singgah di cawangan Godiva, di ground floor, Gurney Paragon.
Godiva Gurney Paragon sekarang hangat menjadi viral di social media antaranya facebook. Dari situ lah Lia tahu kewujudan Soft Serve Ice Cream dimana sebelum ini menyangka Godiva hanya menjual coklat semata-mata.
Sajian utama Godiva ialah coklat. Pelbagai jenis dan rasa. Anda boleh secara packing siap atau secara timbang mengikut gram. RM85 untuk 100 gram.
Kedai Godiva ini sangat kecil tetapi mempunyai dekorasi dalaman yang unik, simple dan nampak highclass.
Selain coklat, Godiva juga menyediakan Soft Serve Ice Cream dan Chocolixir.
Soft Serve Ice Cream terdapat 3 perisa : Dark Chocolate, Twist Chocolate, & White Chocolate Vanilla. Setiap satu berharga RM 22.25
Chocolixir menyediakan hidangan minuman panas dan sejuk. Antaranya dark Cholate Decadence, Dark Chocolate Raspberry, Dark Mint Chocolate, Milk Chocolate Decadence, Dark Chocolate Earl Grey dan juga Hot Chocolixir. Setiap satu berharga RM 22.25
"Twist Chocolate" Soft Serve Ice Cream menjadi pilihan Lia kali ini untuk mencuba. Di mana perisa ini menggabungkan 2 perisa iaitu Vanilla dan Coklat. Soft Serve Ice Cream ini tidak mudah atau cepat cair. Kelazatan aiskrim ini berbeza dengan aiskrim coklat yang lain di luar sana. Tidak menyesal untuk mencuba dan menikmatinya sendiri.
Soft Serve Ice Cream ini juga rangup dimakan dengan kon wafel bercampur dengan bit coklat di sekeliling kon.
Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk mencuba Hot Chocolixir ataupun 'Hot Chocolate' dengan rasa coklat yang pekat dan sedap.
Finally dapat juga cuba Twist Chocolate!
\
Godiva tidak menyediakan ruang makan seperti meja atau kerusi untuk pelanggan. Kebanyakkan pelanggan akan 'take-away' barang yang dibeli.
Selamat mencuba!
Godiva Belgium 1926
Alamat :
L1-10A, Gurney Paragon Mall, Pesiaran Gurney, 10250, Georgetown, Penang
Tel : 04 - 218 9522
Waktu Operasi :
Setiap hari, 10am hingga 10pm
Boleh kunjungi laman sosial :
Facebook : https://www.facebook.com/Godiva/
0 Comments