Salam dan Hai semua,
Dalam bulan Islam sekarang ialah bulan Syaaban, sekelip mata sahaja akan meninggalkan kita tak lama lagi. Bulan Ramadan pula akan muncul dan seterusnya ke bulan Syawal. Bagi yang beragama muslim, kita sudah bersiap sedia dengan kedatangan Ramadan. Apa yang dinantikan dengan bulan Ramadan ialah menjalani ibadah puasa, menunaikan solat terawih dan sewaktu dengannya.
Bulan puasa atau Ramadan juga lah tempag berkumpulnya semua keluarga dan saudara untuk makan bersama-sama. Tak lupa sahabat handal yang tidak lama berjumpa dan mengeratkan silaturahim pada bulan puasa dengan mengadakan iftar ataupun Majlis Berbuka Puasa.
Kali ni Lia nak mempromosikan salah sebuah hotel yang menyediakan Dinner Ramadan Buffet pada bulan Ramadan yang akan datang ini. Semestinya Lia akan mengesyorkan sajian makanan yang terbaik dari Lexis Suites Penang.
Pengenalan Ringkas Mengenai Lexis Suites Penang
Lexis Suites Penang telah dibuka untuk perniagaan pada suku pertama 2016 dibawah Lexis Hotel Group. Lexis Hotel Group menyediakan kemudahan rekreasi dan perniagaan yang arif dengan penginapan praktikal dan mewah di pelbagai tempat di Malaysia. Sukar untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan profesional untuk hotel dan pusat peranginan, dan telah berjaya membina jenama niche perdana yang menguntungkan dan menguntungkan dalam industri perhotelan terutamanya dalam menguruskan chalet air unik yang memenangi anugerah serta vila kolam renang. Jenama kini menguruskan tiga hartanah, iaitu Lexis, Grand Lexis dan Lexis Hibiscus ikonik, semuanya terletak di Port Dickson.
Lokasinya terletak hanya jarak 10 minit pemanduan dari Penang International Airport dan terletak di sepanjang pantai indah Teluk Kumbar yang menghadap ke Selat Melaka, Lexis Suites Penang akan menjadi destinasi seterusnya bagi pelancong perniagaan dan pencari percutian.
Tema Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan oleh Lexis Suites Penang
Sempena Ramadan ini, Lexis Suites Penang menyediakan Ramadan Buffet Dinner bertemakan Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan. Buffet ini bermula pada 17 Mei 2018 - 14hb Jun 2018 dari jam 6.30 malam - 10 malam. Sebanyak 100 hidangan dari masakan tempatan dan antarabangsa yang disediakan oleh Chef Eksekutif, Chef Johnno Fong dan pasukan kulinernya. Ada sesetengah makanan disediakan di stall masing-masing dan dimasak selepas permintaan.
Mulakan sajian anda dengan makanan pembuka selera seperti ulam-ulaman, aneka sambal, aneka kerabu, rojak mambo atau hidangan orang Melayu seperti ketupat dan lemang. Terdapat juga pelbagai jenis jeruk kampung.
Untuk sajian yang panas dan lazat, pengunjung boleh menuju ke sudut sup di mana mereka boleh mencuba semangkuk 'GearBox' atau 'Sup Emperor Seafood'.
Sate ayam dan daging yang diperap dengan rempah tersendiri, nasi impit serta kambing golek, semuanya disediakan dengan rempah dan sos buatan chef yang menghasilkan rasa unik.
Keistimewaan lain yang perlu ialah 'Kampung Melayu Bubur Lambuk' di mana pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis bumbu untuk dipilih.
Signature dish pula ialah gulai udang galah, ayam percik, siput sedut, masak lemak cili padi, daging kuzi daun pudina, ikan tenggiri gulai kampung, paru-paru masak berlada dan banyak lagi.
Pengunjung juga boleh menikmati hidangan tempatan seperti laksa, mee goreng mamak, koay teow goreng dan putu mayam serta makanan ringan seperti goreng pisang, karipap, cekodok pisang, keropok lekor dan papadom.
Bagi pencuci mulut, nikmatilah kuih raya tempatan yang selalu disajikan ketika Syawal. Terdapat juga pelbagai buah-buahan tempatan segar, ais kacang, chocolate fountain dan ais krim.
100 hidangan dan sajian sempena Ramadan di Lexis Suites Penang
Hidangan Utama :
1 - Nasi Putih
2 - Nasi Hujan Panas
3 - Negeri Sembilan Ayam Percik Serai Wangi
4 - Ikan Tenggiri Gulai Kampung
5 - Gulai Ayam Kentang Muda
6 - Ekor Masak Merah
7 - Beef Rendang Dendang Sayang
8 - Ketam Masak Lemak
9 - Sayur Lodeh
10 - Sweet & Sour Fish
11 - Udang Nestum
12 - Gong Po Sotong
Aneka Kerabu
1 - Kerabu Ikan Bilis Tempe
2 - Kerabu Sotong
3 - Kerabu Ayam
4 - Kerabu Ikan Kembung
Ulam-ulaman Herba Kampung dan aneka sambal
Kambing Golek Beratur Panjang
Pulut Kuning dan Nasi Himpit
Serunding Ayam dan Daging
Sate Campuran dan Sampingan
Hidangan sate ayam dan lembu bersama kuah kacang.
Sharwarma
Bubur Lambuk Kampung Melayu
Harian Sup Istimewa
Mee Curry Ketam
Laksa Penang
Ayam Mongolian
Seafood Soup
Gulai Udang Galah Kawah Abang Hari
Ais Kacang Campur-campuran
Aiskrim
Sajian Pencuci Mulut
Aneka Kuih-Muih
Aneka Keropok
Keropok ikan, udang dan sayur-sayuran.
Keropok Lekor
Biscuit Raya
Chocolate Fountain
Jeruk-Jerukan Semenanjung Kampung
Warung Buah-Buahan Dusun
Kurma
Rojak Mambo
Minuman
1 - Ice Lemon Tea
2 - Lemonade Juice
3 - Orange Syrup Lychee
4 - Warm Water
5 - Ice Water
6 - Teh Ais
7 - Bandung
8 - Nescafe Ice
Minuman panas turut disediakan.
My Plate
Ini merupakan pinggan hidangan yang Lia cuba sepanjang di sini. Ada banyak lagi yang tak sempat snap. Memang hidangan kat sini semuanya sedap dan lazat. Rambang mata nak pilih yang mana satu. Yang terbaik kita mencuba semuanya sekali.
Dekorasi Selera Kampung Nelayan di Lexis Suites Penang
Dekorasi dan susunan sangatlah teratur, cozy, moden dan nampak mewah. Makanan juga sangat tersusun mengikut jenis dan kena dengan temanya. Suasana dan mood raya sangat lah terasa apabila lagu raya berkumbandang ketika menjamu selera dan barisan pelita dan barangan raya yang lain disusun kemas dan rapi.
Susunan kerusi dan meja juga teratur dan luas di mana boleh menempatkan pengunjung yang ramai.
Bersama dengan barisan blogger yang menjamu selera.
Kemudahan lain untuk tetamu yang datang Ramadan Buffet
➤ Parkir Kereta
➤ Surau
➤ Tandas
Harga Ramadan Buffet Dinner di Lexis Suites Penang
Harga Buffet Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan:
RM98nett untuk orang dewasa.
RM70nett untuk warga emas
RM50nett untuk kanak-kanak.
Anda juga boleh dapat dengan harga yang lebih murah untuk Early Bird :
RM70nett untuk dewasa pada tarikh 17 Mei 2018 - 23 Mei 2018
RM78.40nett untuk orang dewasa pada tarikh ke-24 Mei 2018 - 30 Mei 2018.
Bagi pengunjung yang tidak kesempatan pada awal Ramadan, anda boleh membuat tempahan menggunakan kod QR dan mendapat diskaun 10% apabila mereka makan dari 31 Mei 2018 - 14 Jun 2018.
Harga Hari Raya Buffet Dinner di Lexis
Lexis Suites Penang juga menyediakan jamuan untuk Sambutan Hari Raya pada 14hb-15hb Jun 2018 dengan harga:
RM78nett setiap orang dewasa
RM50nett setiap warga emas
RM40nett setiap kanak-kanak
Untuk tetamu yang menginap di sini pula, akan mendapat diskaun 20% untuk Ramadan Buffet Dinner dan diskaun 15% untuk Hari Raya Buffet Lunch.
Semasa bulan suci, semua pengunjung akan berhak untuk berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah setiap hari dan akhir bulan yang menarik.Selaras dengan usaha hotel dalam menyumbang kembali kepada masyarakat, hotel ini juga akan menyumbangkan RM2 dari setiap baucar Ramadan yang dijual kepada rumah anak yatim yang terpilih.
Harga yang disebutkan di atas tidak berkenaan dengan apa-apa diskaun atau promosi lain dan tertakluk kepada ketersediaan, terma dan syarat.
Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi
Lexis Suites Penang
28, Jalan Teluk Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang, Malaysia
Tel : +604 - 628 2888
Fax : +604 - 628 2889
Email : reservations@lexissuitespenang.com
Laman web : www.lexissuitespenang.com