BB Beauty Art Decor & Afternoon High-Tea bersama The Butterfly Project di Pulau Pinang


Salam dan Hai semua,

Rasanya dah setahun lebih Lia menyertai komuniti blogger The Butterfly Project dan Althea Korea. Pada baru-baru ini Lia berpeluang menyertai Althea Angels. Semenjak menyertai The Butterfly Project sudah makin banyak peluang review produk kecantikan terutamanya dari Althea Korea dan semakin improve Lia dalam bidang beauty. Selain dengan review produk kecantikan, Lia juga sempat menyertai beberapa acara anjuran The Butterfly Project. Sebelum ini Lia pernah menyertai 'Escape with the Butterfly x Traveloka' di KL Journal Hotel dan juga 'Unicorn Party 5 Tahun' di Wondermilk Damansara.

Untuk kedua-dua event ini, Lia akan turun KL dan tak lepaskan peluang untuk menyaksikan dan merasai sendiri acara The Butterfly Project yang ada citarasa sendiri dan menarik. Pada 19 Ogos yang lepas, The Butterfly Project menganjurkan BB Beauty Art Decor & Afternoon High-Tea di Pulau Pinang. Memang Lia paling excited bila dengar Mamasan Tammy & team The Butterfly Project akan turun Pulau Pinang. Ini juga merupakan acara kedua anjuran The Butterfly Project di Pulau Pinang. Kali ini Lia juga tak payah terbang ke KL lagi.

BB Beauty Art Decor & Afternoon High-Tea bertemakan Hi Tea Ready bertempat di Axis Lounge, DoubleTree Hilton, Pulau Pinang. Acara berjalan lebih kurang 3 jam dari pukul 3 hingga 6 petang.

Pendaftaran

Sebanyak 20 orang blogger yang terpilih menyertai acara kali ini. Setiap blogger perlu semak dan daftarkan nama terlebih dahulu daripada seorang kakitangan The Butterfly Project bernama Syahira Shamsul. Hitam manis orangnya dan lekang dengan senyuman. Kami juga diberikan Goodies bag setiap seorang bernilai RM200 (termasuk BB Kit Deco). Lia memang tertanya-tanya siapakah blogger yang datang ke event kali ni. Lia hanya tahu beberapa kawan blogger yang rapat sahaja & kami plan nak datang sama-sama. Memang tak sabar nak jumpa kawan blogger yang lain.

Photo Session

www.liahasty.com

Sebelum ke tempat duduk, setiap blogger akan bergambar terlebih dahulu bersama goodies bag bersama pakaian masing-masing mengikut tema. Photographer of the day semestinya Eros Si yang akan mengambil gambar super duper lawa & awesome.

www.liahasty.com
Gambar candid dari Eros Si - Lia bersama Olivia sempat snap photo
My OOTD

Untuk tema Hi-Tea Ready kali ini, Lia hanya mengenakan dress simple berwarna putih bersama dengan aksesori di atas kepala dan juga high heels berwarna putih. Lia tak sempat nak tukar handbag kepada cluth sebab terlupa nak bawa. 😐

www.liahasty.com
Hi-Tea Ready OOTD
Dress - Voir
High Heels - Charles and Keith
Assorted Accessories

Hi-Tea Inspiration

www.liahasty.com
Lia bersama blogger Lyana Ishak, Eintan Nurfuzie & Soh Olivia.
Sementara menunggu kedatangan Butterflies yang lain, kami duduk di tempat masing-masing. Lia duduk semeja bersama blogger Soh Olivia, Lyana Ishak dan Eintan Nurfuzie.

www.liahasty.com
Gambar candid dari Eros Si - Lia bersama Olivia
Setiap blogger perlu memilih salah satu sachet tea untuk hidangan minum petang kami. Lia pilih scahet Rose With French Vanilla selepas direcommend oleh pelayan di situ. Dalam masa yang sama, hidangan pencuci mulut juga dihidangkan sedikit demi sedikit oleh pelayan.

www.liahasty.com
Hi-Tea Decoration

www.liahasty.com
My Tea of The Day - Rose With French Vanilla

Hi-Tea Inspiration diadakan di Axis LoungeDoubleTree Hilton, Pulau Pinang.
Axis Lounge merupakan ruang istirahat lobi resort dengan persekitaran yang santai, sesuai untuk berehat. Axis Lounge menawarkan makanan ringan, pelbagai bir, semangat dan minuman tanpa alkohol.

Menu Hi-Tea :


www.liahasty.com
Hi-Tea Menu
www.liahasty.com
Hi-Tea Menu
➤ Earl Greyand white chocolate mousse
➤ Royal Milk Tea espuma in shooter glass
➤ Ginger lemon grass tea infusion cream Brule
➤ Jasmine scone
➤ Green tea macaroon
➤ Grilled smoke tea chicken breast in green tea sandwich bread
➤ Seared Fried shrimp on green tea bread
➤ Tea flavoured chicken quiche

Harga Hi-Tea 

RM68.00 for 2 person

Dibuka setiap hari dari pukul 10am hingga 12am.
Untuk tempahan boleh hubungi : +604-892 8000 atau email kepada PENMB_FB@hiltom.com

BB Beauty Art Cushion Decor
www.liahasty.com
Dari kiri - Mamasan Tammy, Jessica & Sydney
Seterusnya acara bermula dengan pembuka majlis oleh emcee, Sydney yang merupakan kakitangan The Butterfly Project. Kemudian dengan ucapan dan penerangan dari Mamasan Tammy Lim dan seterusnya ucapan dari Jessica merupakan National Marketing Content Manager dari Double Tree Resort by Hilton dan beliau menerangkan mengenai acara yang berlansung, hotel dan Hi-Tea set.

www.liahasty.com
BB Art Cushion Decor

www.liahasty.com
BB Art Cushion Decor

www.liahasty.com
BB Art Cushion Decor

www.liahasty.com
BB Art Cushion Decor

www.liahasty.com
BB Art Cushion Decor
Blogger akan ke satu sudut untuk memilih perhiasan sebanyak 10 jenis, 'Simulation Cream' serta acuan dan juga Petal Velvet Powder dari Althea Korea. Setiap blogger perlu membawa BB Cushion sendiri untuk decorate. Kemudian, Mamasan Tammy akan ke setiap meja masing-masing untuk menunjukkan demo bagaimana untuk membuat BB Art Cushion Deco.

Acara BB Art Cushion Deco tersangatlah fun dan memang enjoy sepanjang deco. Rasa seolah-seolah bake a cake & deko selepas siap. Caranya memang mudah dan rasa tak puas hati, boleh buat semula.

www.liahasty.com
BB Art Cushion Decor

www.liahasty.com
BB Art Cushion Decor
1) Susun atur dahulu perhiasan di atas penutup BB Cushion anda sebelum memulakan kerja. Anda boleh decide kedudukan biji-biji comel mengikut citarasa anda.

www.liahasty.com
BB Art Cushion Decor
2) Buka penutup 'Simulation Cream' dan masukkan acuan yang dipilih.

www.liahasty.com
BB Art Cushion Decor
3) Tekan kuat 'Simulation Cream' sehingga keluar dan tarik ke atas. Boleh buat separuh-separuh dan hiaskan atau penuhkan 'Simulation Cream' atas cover baru hiaskan. Terpulang kepada kreativiti masing-masing.

www.liahasty.com
BB Art Cushion Decor
4) Hiaskan dengan perhiasan yang anda pilih mengikut citarasa anda.

www.liahasty.com
BB Art Cushion Decor
5) Biarkan kering.

www.liahasty.com
BB Art Cushion Decor
6) Tada! Dah siap.

Goodies Bag


www.liahasty.com
Goodies bag
 Setiap blogger akan membawa pulang Goodies bag setiap seorang bernilai RM200 (termasuk BB Kit Deco). Kami diberikan canvas bag dari Double Tree Resort by Hilton dan didalamnya terdapat dua produk 'TEA CELL Pore Tightening Ampole' dan juga 'CACAO Brightening Mask' dari Althea Korea.

www.liahasty.com
'TEA CELL Pore Tightening Ampole' berharga RM53


www.liahasty.com
Add caption
CACAO Brightening Mask

Cookies & Teddyville ticket dari Double Tree
www.liahasty.com
Setiap blogger dapat makan cookies dari Double Tree Resort
Sebelum bergambar, Jessica memberikan setiap blogger seorang satu cookies yang baru panas dimasak. Memang sedap makan panas-panas dan bau cookies sangatlah wangi.

www.liahasty.com
FREE PASS Teddy Ville Museum Penang
Kami juga dihadiahkan oleh Jessica iaitu FREE PASS Teddy Ville Museum Penang yang terletak di lokasi yang sama di Double Tree Resort by Hilton.

Thanks a lot Jessica! Really appreciated it!

Pretty butterflies with Hi-Tea themed

Acara selesai dan sesi bergambar bersama semua Penang blogger.

www.liahasty.com
Bergambar kenangan bersama 20 orang blogger yang terlibat
www.liahasty.com
Bergambar bersama Mamasan Tammy, Jessica dan juga 4 orang kakitangan The Butterfly Project


www.liahasty.com
Selfie with all Penang Butterflies
Rasa sekejap sangat acara ini, blogger masih belum balik dan kami masih teruskan makan Hi-Tea kami. Sesi beramah mesra dan suai kenal bersama blogger dengan sesi selfie. Ada blogger yang Lia dah kenal dan ada juga blogger yang baru kenal. Happy dapat kenal semua blogger pelbagai bangsa. Harap dapat jumpa lagi di acara seterusnya.

www.liahasty.com
Terima Kasih kepada Jessica dan juga Founder The Butterfly Project, Tammy Lim
Thanks a lot to Mamasan Tammy Lim with her The Butterfly Project team, Sidney, Syahira Shamsul, Eros Si & Bokoaz Chanuya. Tidak lupa juga kepada my favorite Althea Korea dan juga Double Tree Resort by Hilton, Pulau Pinang.

Lia berharap banyak lagi event dari The Butterfly Project akan buat di my hometown Penang! Untuk gambar-gambar priceless moment yang super awesome ini memang credit to Eros Si.

---------------------------------------------------------------

The Butterfly Project

Double Tree Resort by Hilton, Pulau Pinang
Alamat : 56 Jalan Low Yat, 11100 Batu Feringghi, Penang, Malaysia
Instagram: @doubletreepg

Althea Korea
Laman web : http://my.althea.kr
Facebook : Althea Malaysia
Instagram : @altheakorea 
Youtube : Althea Korea