Salam dan Hai semua,
Rasanya lama betul Lia tak manjakan diri di spa selepas PKP yang lepas. Kemudian dah masuk bekerja dan mula sibuk, mula dah sakit-sakit badan semua kan. Memang nak juga cari masa untuk urut badan yang lenguh ni. Tapi biasanya hari minggu sahaja yang free memandangkan weekday sibuk bekerja. Bila tiba hari minggu nak tempah spa dah mula penuh dengan booking orang lain 😑
Lepas dah tercari-cari spa barulah dapat spa yang sesuai yang boleh pergi lepas balik kerja. Lagipun spa ini tutup pukul 11 malam, memang lepas kerja boleh singgah dan manjakan diri. Spa yang Lia maksudkan tu ialah The Spacation, Double Tree Resort by Hilton Penang.
The Spacation ini terletak di dalam hotel Double Tree Resort by Hilton Penang berlamat di 56, Jalan Lowyat, Puncak Ria, 11100 Batu Feringgi, Pulau Pinang. The Spacation beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam.
Anyway The Spacation ini terbuka untuk outsider juga bukan hanya untuk yang menetap di dalam hotel sahaja. Anda hanya perlu buat tempahan awal, bila sampai di sana inform kakitangan spa & mereka akan menunggu anda di lobi untuk pickup anda terus ke spa.
Untuk parkir kereta anda, jangan risau sini anda kemudahan parkir multilevel yang selamat dan teratur. Anda perlu bayar RM 5.00 per entry sahaja.
The Spacation bukan sahaja sesuai untuk datang berseorangan tetapi boleh datang bersama pasangan dan juga kanak-kanak. Pelbagai pakej spa yang disediakan seperti massage, body treatment, facial, nails & kids spa.
Dekorasi di The The Spacation, Double Tree Resort by Hilton Penang
Memandangkan kita masih dalam dalam tempoh PKP, juga turut menjalanan prosedur operasi standard (SOP) kepada semua tetamu yang datang. Suhu akan diambil & juga perlu scan aplikasi MySejahtera. Jarak fizikal juga diamalkan & kakitangan di sini memakai mask, face shield & juga sarung tangan ketikan menjalankan kerja.
Ruangan kaunter & Ruangan Menunggu
Bila masuk ke kaunter, dapat rasa perasaan cool & relax dengan suasana yang tenang dan lagu yang slow. Memang bertepatan dengan mood tetamu yang datang. Perasaan penat bekerja pun hilang bila masuk ke sini. Mana taknya dekorasi dan warna coklat, lampu yang deem dan juga hiasan dinding dipenuhi batik juga memenuhi tema dan mainkan peranan spa ini.
Selepas membuat pemerikasaan suhu badan, anda perlu mengisi ruangan peribadi anda terlebih dahulu di borang disediakan. Semasa isi borang, anda boleh isikan jenis massage jenis macam mana yang anda perlukan, medium ataupun hard, bahagian mana yang sangat sensitif dan juga bahagian mana yang hendak diurut.
First time Lia isi borang sebelum macam ini sebelum buat massage. For me sangat bagus sebab kakitangan spa dah tahu lebih awal apa yang kita inginkan. Takperlu nak bagitahu ketika dalam proses massage.
Sebelum dipanggil masuk kedalam, anda perlu menunggu dahulu di sofa yang ada berdekatan kaunter.
Area Manicure, Pedicure & Foot Reflexology
Ada dua buah sofa di sini mengadap laut untuk rawatan Manicure, Pedicure & Foot Reflexology
Massage Room
The Spacation ada beberapa bilik untuk satu orang untuk privacy dan juga untuk dua orang yang datang bersama pasangan ataupun kawan-kawan.
📌Single room
📌Couple room
Apa yang menarik mengenai bilik massage ini kesemuanya mengadap view laut. Memang rasa tenang bila massage sambil tengok pemandangan.
Setiap bilik menyediakan kemudahan sinki basuh tangan, tuala kecil, tandas dan juga almari untuk menyimpan pakaian.
Pengalaman Massage di The Spacation, Double Tree Resort by Hilton Penang
Antara semua pakej yang disediakan , Lia berkesempatan mencuba Traditional Malay Massage di . Massage ini lebih kurang 1 jam. Disebabkan Lia datang berseorangan lepas kerja, terus masuk ke bilik yang ada katil untuk 1 orang.
Bila masuk dalam bilik ini terus rasa suasana tenang sahaja, dengan kemudahan lengkap yang disediakan sambil melihat panorama laut. Terus rasa stress kerja hilang & tak sabar nak massage. Di atas katil sudah tersedia tuala untuk persalinan dan disposable underwear untuk anda menukar pakaian sementara.
Anda juga boleh menyimpan pakaian dan barangan peribadi anda di dalam almari yang disediakan.
Anda juga boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti hair dryer, sikat, getah & sepit rambut, dan juga selipar.
Selepas menukar pakaian, kakitangan di sini akan datang untuk melayani anda. Sebelum massage anda perlu meniarap untuk urutan bahagian belakang. Setengah jam kemudian, tukar kedudukan ke baring untuk urutan bahagian hadapan pula. Urutan selama satu jam ini memang berbaloi dapat menghilangkan rasa sakit badan dan lengah. Minyak akan disapukan sepanjang proses untuk memudahkan proses urut badan. Memang boleh tertidur sepanjang proses. Disebabkan Lia ada alami sakit badan sebelum ini, sebab tu Lia request massage yang level medium. Selesai sahaja massage memang rasa badan akan sedikit ringan & sakit badan pun berkurangan. Kakitangan di sini juga berpesan selepas satu jam baru boleh mandi.
Kakitangan juga memakai kakitangan lengkap seperti face mask, face shield dan juga sarung tangan ketika massage. Jadi anda tak perlu risau untuk massage di spa ini.
Traditional Malay Massage
Urutan Tradisional Melayu berdasarkan amalan urut yang dimalkan kampung. Terapi penyembuhan ini yang telah bertahan selama beberapa generasi di Malaysia berkesan untuk merehatkan otot dan minda, meningkatkan peredaran darah dan merangsang saraf. Urutan ini merangkumi peregangan, dan tekanan yang dikenakan pada sebahagian besar badan.
Pakej-pakej di The Spacation
The Spacation ada menyediakan pelbagai jenis pakej selain Traditional Malay Massage, antaranya seperti berikut :
☑ Sejuk Badan
1 Comments
Great post thank yyou
ReplyDelete