Salam dan Hai semua,
Kalau sebut mengenai The Prestige Hotel Penang rasanya ramai sudah mengenali hotel 5 bintang ini yang sudah beroperasi sejak setahun yang lalu. Rekaan senibina luaran dan juga dalam yang modern-heritage menggabungkan dua ciri-ciri unik, klasik dan menarik. Kalau lalu dari bahagian luar sahaja sudah nampak bertapa cantiknya bangunan hotel ini.
Kalau anda ingin menikmati sajian makanan dengan suasana dalaman modern-heritage memang sangat syorkan lepak santai chill di sini. Di sini banyak sudut untuk bergambar dengan decor menarik, memang Instagrammable habis lah kat sini. so korang boleh lah datang makan atau lepak bersama family atau pun kawan-kawan.
Lia pun suka makan kat sini The Prestige Hotel Penang walaupun hotel baru tapi ada daya tarikan yang tersendiri. Lia juga sempat mencuba hidangan Mixed Platter & Afternoon Affair di sini.
Mixed Platter
Jika anda mahukan makanan yang heavy dan big portion boleh cuba menu Mixed Platter di sini. Harga RM80.00 sahaja boleh dimakan bersama 2 ataupun 3 orang. Sajian menu ini kombinasi daging dan juga makanan laut.
Antara menu Mixed Platter yang disajikan :
📌fried calamari ring
📌Grilled BBQ chicken wing
📌grilled marinated cube beef striploin
📌breaded fried prawn
📌fried battered seabass
📌fried calamari ring
📌spiced lamb in puta bread
📌grilled corn
📌truffle fries,
📌roasted spice potato
📌4 pilihan sos : blackpepper, BBQ, Mayonis & Olivie Oil
📌Soup of the day
Afternoon Tea
Untuk anda yang ingin minum petang bersama secawan teh ataupun kopi dan pencuci mulut, boleh mencuba menu Afternoon Affair berharga RM68.00 sahaja. Anda boleh menikmati menu ini bersama pasangan anda ataupun kawan baik anda. Menu ini sesuai jika mahukan makanan yang tak berapa heavy dan juga dessert, santai minum bersama teh TWG atau kopi.
Antara menu Afternoon Affair yang disajikan :
📌 Scones with butter & strawberry jam
📌 fruit tart, cheese cake, oreo custard & macaroon
📌crab cocktails sauce cheese baguette sandwich, open face mini smoke salmon sandwich with ebiko, honey glazed smoked duck in mantao
📌 TWG tea or coffee
Harga Menu
Mixed Platter
📆 Daily
⌚Time : 3.00pm until 10.00pm
💸Price : RM 80.00 nett
For 2 or 3 pax
Afternoon Affair
📆 Daily
⌚ Time : 3.00pm until 6.00pm
💸 Price : RM 68.00 nett
For 2 pax
Lia dah cuba buat makanan Mixed Platter & Afternoon Affair di The Prestige Hotel Penang. Anda bila lagi ❓
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:
The Prestige Hotel Penang
8 Gat Lebuh Gereja, 10300, Georgetown, Pulau Pinang
Telefon: +604 217 5888
Laman web : http://theprestige.my/
Facebook : https://www.instagram.com/theprestigehotel/
Instagram : https://www.instagram.com/theprestigehotel/
Twitter : https://twitter.com/Prestige_Penang
0 Comments