Salam dan Hai semua 🙋
Jenama NUViT memang tidak asing lagi, Lia dah mencuba beberapa produk dari jenama ini seperti sunblock, facemask, & set pencuci muka untuk kulit berjerawat & berminyak. Kali ini Lia nak mencuba skincare pembersih wajah untuk masalah kulit sensitif iaitu NUViT DermaCalm Amino Acid Micro-Foam Cleanser.
Produk ini 2 in cleaser di mana dapat membersihkan kulit wajah & juga makeup remover membuang solekan. Dalam masa yang sama melembapkan dan menghidrat kulit anda.
KETERANGAN PRODUK
✔ Pembersih mesra alam 2-dalam-1 dengan formula lembut yang menampilkan surfaktan lembut dan emolien pelarut solek.
✔ Terdiri daripada bahan berasaskan tumbuhan, cecair bebas sabun dan sejernih kristal yang berubah menjadi buih berangin untuk membalut kulit dengan kelembutan.
✔ Membersih dan membilas kekotoran dengan lembut. Kulit rasa bersih, lembut dan segar. Sesuai untuk semua jenis kulit dan selamat untuk kulit sensitif.
PEMBUNGKUSAN & BENTUK PRODUK
Produk NUViT DermaCalm Amino Acid Micro-Foam Cleanser dalam bentuk botol berpenutup bersaiz 120ml juga berwarna putih & oren. Disekeliling produk dilabelkan nama produk, keterangan produk, cara penggunaan, bahan dan kandungan, alamat dikilangkan, dan berat produk.
Buka penutup bahagian atas akan nampak tiub picit untuk picit foam cleanser untuk kegunaan.
TEKSTUR PRODUK
Tekstur produk NUViT DermaCalm Amino Acid Micro-Foam Cleanser dalam bentuk buih berwarna putih, ringan, & mudah meresap.
BAHAN DAN KANDUNGAN
Aqua, Natrium Cocoyl Glutamat, Disodium Cocoyl Glutamat, Phenoxyethanol, Klorfenesin, Kolagen Larut, Gliserin, Propilena Glikol, Butilena Glikol, Ekstrak Madu, Natrium PCA, Ekstrak Centella Asiatica, Elastin Hidrolzi, Serine, Glikogen
CARA PENGGUNAAN PRODUK
👉 Picit sedikit kuantiti yang mencukupi ke tapak tangan anda.
👉 Sapukan pada kulit lembap dengan mata tertutup dan urut dalam gerakan membulat di seluruh muka, & tidak lupa leher anda.
👉 Bilas dengan banyak air dan tutup penutup selepas setiap penggunaan.
👉 Jika terkena mata berlaku, siram dengan bersih.
Isi padu Produk : 30ml
Harga Produk : RM 33.00
WHERE TO BUY
Anda boleh dapatkan produk NUViT DermaCalm Amino Acid Micro-Foam Cleanser terus di laman web 🠊 KLIK SINI
0 Comments