Jom makan burger grill : NZ Hot Stone




NZ HOT STONE
GRILLED BURGER


Assalamualaikum & Hye semua.
Kat sini Lia nak kongsi salah satu favorite burger yang selalu beli.
Burger yang sangat sedap.
Mestilah at my hometown Penang.



Siapa yang pernah lalu depan Sunshine Square, Bayan Baru.
Atau ada pergi bank dekat area CIMB Bank.
Sederet dengan KFC, Secret Recipe, Young Ones.
Kat situ akan nampak satu lori yang jual burger.
itu lori NZ HOT STONE GRILLED BURGER.




NZ HOT STONE GRILLED BURGER.
Burger ini lain dari yang lain sebab burger grilled.
Rasa pun lain. Kalau orang nak diet boleh makan burger ni. Hehe
Selain dari makan Subway,
Kat sini boleh order dan tunggu sekejap dalam 10-15 minit.
Tak perlu tunggu lama-lama. Servis pantas.
Tempat bersih dan selesa.
Kalau datang sini boleh bungkus (tapau) sahaja.




MENU :

Ada Original Burger, Cheese Burger, Double Burger, Double Trouble Burger,  Mixed Egg Burger, Pocket Pita Burger, Cheese Pocket Pita Burger, Roti John & Kebab.
Pastu boleh pilih daging burger apa yang nak - Beef, Chicken, Fish & Mutton.
Harga lingkungan dalam RM 3.00 - RM 10.00.
Selalu favorite Lia Original Burger, Pocket Pita Burger,  & Kebab.


Packaging burger,
Brown paper.
Macam McDonald.


My Pita Pocket Burger.


NZ STONE GRILLED BURGER ada kedai sendiri di Ivory, Bukit Gambir
Pintu masuk belakang USM dekat Padang Kawad.



Ini rupa kedai NZ HOTSTONE GRILLED BURGER.
kedai warna Oren.
SELF SERVICE.
Kalau datang sini tempah dan boleh makan kat sini & order air.
Tempat disediakan. Meja kerusi lengkap.



Cheese Burger

Pita Pocket Burger.

Dalam minggu lepas ada datang sini dengan adik Lia.
Sebab lapar sangat & adik teringin nak makan burger kat sini.



Ini adik Lia, Dinie Hilman.
bukan boyfriend saya okay.


Okay. Let's eat!!


Nanti Lia akan review pasal my favorite food lagi.
Bye semua 

;)


Post a Comment

0 Comments