Jeti Chew Pulau Pinang

Salam dan hai.

Harini Lia nak berkongsi sedikit salah satu tempat menarik di Pulau Pinang, Jeti Chew



Jeti Chew merupakan salah satu perkampungan jeti yang terkenal di area Georgetown.  Namanya tidak lagi asing dan menjadi salah satu kawasan menarik untuk dikunjungi. Untuk yang berbasikal atau berjalan kaki di area Georgetown, boleh menjejak kaki melihat sendiri perkampungan jeti.






Maksud jeti ialah barisan rumah-rumah kayu di atas tiang sepanjang laluan pejalan kaki yang dibina di atas air. Jeti ini telah dibina oleh beberapa perintis pendatang Cina. Jeti-jeti klan merupakan perkampungan nelayan yang cantik berbaris di sepanjang jeti. Setiap jeti terdiri daripada rumah-rumah berturut-turut di atas tiang disertai oleh laluan pejalan kaki kayu di atas air ataupun dikenali sebagai "kampung air".




Jeti Chew dijadikan tumpuan pelancong memandangkan keadaannya tidak banyak berubah dan menyimpan banyak sejarah awal Pulau Pinang dari aspek budaya dan komuniti penghuninya, Komuniti jeti semakin banyak menerima kunjungan dari pelancong luar kerana keunikan bangunan dan cara hidup dan pengekalan budayanya,




Orang Cina mempunyai nama keluarga yang menunjukkan asal usul mereka. Dengan berkumpul bersama, semangat masyarakat mereka semakin besar dan kuat. Setiap jeti mempunyai orang dengan nama keluarga campuran yang hidup di sana.




Jeti Chew mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia merupakan antara beberapa jeti tradisional yang menjadi tempat berlabuh kapal-kapal dagang sekitar tahun 1900-an masih didiami waris generasi terawal pada hari ini. Penempatan nelayan tradisional ini wujud semenjak abad ke-19, dan adalah beberapa pautan yang masih tinggal di Pulau Pinang dengan masa lampau yang kaya dan berwarna warni.


Pada zaman itu, jeti tersebut menjadi tempat pendaratan imigran Cina dari Tanah Besar China mengiikut klan masing-masing yang datang mencari kerja di Pulau Pinang. Terdapat kira-kira 20 jeti tradisional yang mendapat namanya daripada nama keluarga generasi terawal. Kini hanya terdapat lapan jeti-jeti klan iaitu Jeti Chew, Jeti Koay, Jeti Lee, Jeti Lim, Jeti Peng Aun, Jeti Tan, Jeti Yeoh dan Jeti Clan campuran. Walau bagaimanapun, Jeti Chew  merupakan jeti yang terbesar serta dikenali ramai, mempunyai laluan pejalan kaki yang terpanjang dan mempunyai paling banyak rumah yang dibina di atas tiang dalam air.




Salah satu kuil di hadapan Jeti Chew masih dijaga dan dipelihara dengan baik


Jeti Chew telah terselamat dari segi fizikal, walau bagaimanapun mekanisme sosial budaya mereka masih lama. Penghuni kampung air di sini kebanyakan nya berbangsa Cina. Jeti ini masih mempunyai aktiviti yang berkaitan dengan puak dan aktiviti ibadah tahunan yang dijalankan di Kuil Dewa. Acara utama ialah menarik pelancong dengan menikmati tarian singa dan tarian naga. Setiap jeti akan ada kuil di setiap permulaan dan juga akhir di setiap jeti puak.





Perahu naga Cina yang digunakan oleh Chew Jetty Boat Team dalam perlumbaan air


Jeti ini telah dibina di atas kelodak dan lumpur yang melapisi kawasan Weld Quay di mana mustahil bagi bot mendarat semasa air surut, Semasa air pasang, tempat kelihatan terapung di dalam air. Ini juga merupakan tempat pelumbaan perahu naga Cina yang pertama di Pulau Pinang.




Sejarah Penang Chew Jetty Boat Team

"Pada tahun 1956 dan 1958, Penang Chew Jetty Dragon Boat Team telah menjadi juara dalam acara kaum Kebudayaaan Cina yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Selepas 30 tahun, Penang Chew Jetty Dragon Boat Team telah memenaangi Juara dalam Acara Kelab Terbuka Pulau Pinang pada tahun 1988, 1992, 1993, 1994 dan juga menjadi Naib Juara pada tahun 1989 dan 1991. Penang Chew Jetty Dragon Boat Team juga telah menjadi juara dalam Acara Terbuka Pulau Pinang pada tahun 1990.

Penang Chew Jetty Dragon Boat Team pernah mewakili negeri Pulau Pinang ke luar negara seperti Australia, China, Macau dan Singapore untuk menyertai Pertandingan Antarabangsa Perahu Naga.


Kedai barangan perhiasan :







Di sepanjang laluan Jeti Chew ini, terdapat rumah dan kedai-kedai perhiasan yang menjual pelbagai barangan cenderahati untuk pelancongan. Terutamanya T-Shirt, topi, fridge magnet, poskad, keychain, notepad, kipas tangan, beg, dan barangan lain yang dengan harga yang murah dan berpatutan.





Kunjungan kami berdua ke sini di siang hari ketika cuaca agak panas. Me with one of my friend, Siti.



Kuil, panorama laut dan sampan




Penghuni Jeti Chew mempunyai beberapa sampan untuk digunakan untuk tujuan pesiaran. Di hujung jeti terdapat sampan bersusun di tepi jeti dan juga panorama laut yang menarik. Jangan lupa untuk simpan memori bergambar di sini! 




Kedai runcit, makanan dan minuman :







Selain barangan cenderahati, ada juga kedai runcit, salun rambur, dan kedai-kedai yang menjual makanan ringan dan minuman. Antaranya ice blended, buah potong,aiskrim, air tin, air botol dan sebagainya.



Perumahan penghuni 






Kebanyakan penduduk Jeti Chew menghuni rumah-rumah di sini. Rumah-rumah di sini dibina dalam pelbagai gaya dan berbeza mengikut penghuni rumah masing-masing. Ada yang dibina dua tingkat, membuat pagar besi dan dicat dengan variasi warna. Laluan pejalan kaki papan juga digunakan untuk penunggang motosikal dan basikal penduduk Jeti Chew. Setiap rumah ini dibekalkan bekalan elektrik dan air paip.


Perkhidmatan dewan juga disediakan untuk belajar, megadakan tuisyen dan juga senu persembahan. Penduduk di sini juga seperti penduduk yang lain di mana hidup secara normal untuk mendapatkan keperluan harian mereka.


Kerajaan negeri Pulau Pinang sedang berusaha untuk memperkayakan lagi promosi dan  menerusi risalah dan memasukkan nama-nama kawasan ini di dalam peta pelancogan negeri. Di samping itu, sokongan dari syarikat pelayran swasta untuk menyediakan bot pesiaran kepada pengunjung jeti.


Wahai warga Pulau Pinang, jangan lupa jejak kaki sanda ke sana menikmati sendiri suasana Jeti Chew dan menikmati tinggalan sejarah yang masih kekal binaannya. Sekian.



Map Jeti Chew :




Waktu operasi : Setiap hari


Alamat : Sepanjang jeti berdekatan dengan Tanjuung City Marina dan Terminal Feri. Gat lebuh Armenian terus ke Jeti Chew, jeti paling besar antara jeti clain yang lain.


Cara untuk ke sana. : Boleh menaiki kenderaan sendiri, atau menaiki pengangkutan awam seperti teksi dan bas rapid turun di Jeti. Untuk yang lebih santai berbasikal dan berjalan kaki.