Salam dan Hai semua,
Kali ni Lia nak memperkenalkan salah satu muzium di Pulau Pinang iaitu Magic World - Phantamania. Ini merupakan lawatan kedua Lia ke Phantamania bersama 5 orang rakan blogger yang lain. Boleh rujuk entry lepas Phantamania di sini.
Magic World - Phantamania, muzium interaktif magik pertama Malaysia, akan membawa anda ke Dunia rahsia rahsia, tempat tarikan yang terkenal. Lawatan Lia kali kedua ke sini memang nampak banyak perubahan dan boleh banyak menerokai dunia sihir ahli silap mata oleh Magic World - Phantamania berbanding tahun lepas.
Magic World Phantamania terletak di 193, Lebuh Victoria, Pulau Pinang.
Magic World Phantamania beroperasi seperti biasa pada 25 Jun 2016 yang lalu dan mempunyai penambahbaikan di mana menarik lagi ramai pengunjung ke sini.
Magic World Phantamania juga masih mengekalkan dua watak animasi utama, Waa Waa dan Wee Wee merupakan ikon yang perlu melepaskan diri dari maze dengan melalui segala halangan.
Magic World Phantamania masih mengekalkan 2 tingkat dengan pelbagai bilik bertema. Pengunjung memang tidak akan lepaskan peluang mencuba semua bilik halangan. Di tingkat atas masih terdapat bilik bertema tetapi diubahsuaikan menjadi Ice Cafe yang menjadi tumpuan pengunjung untuk berehat dan berinspirasi. Tunggu entry seterusnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Ice Cafe.
Jom kita terokai Magic World, Phantamania.
Ground Floor
Mirror Maze
Dimension Tour Trap
Divided We Stand
Dimension Door
Floating Head
Cut and Chill
Body Ripper
Nut Imposibble
Braving the Odds
First Floor
Spidora
Flying Tower
Well of Fortune
Gambar kenangan bila pantang nampak cermin.
Harga tiket :
Malaysia (Mykad holder only)
- Adult - RM 16
- Children/Student/Senior - RM 9
- Chilren below 100cm - FREE
Foreigner
- Adult - RM 27
- Children/Student/Senior - RM 16
- Chilren below 100cm - FREE
Bergambar kenangan bersama rakan blogger yang lain.
Terima kasih juga kepada kawan blogger dan juga Hazlami Rosli atas jemputan. Jangan lupa baca entry Magic World Phantamania di blog kawan blogger saya yang lain :
Blog Lyana : http://bit.ly/2AcClUl
Blog Akma : http://bit.ly/2lJUWnA
Blog Olivia : http://bit.ly/2hHpVMJ
Jom sama-sama terokai Magic World Phantamania!
Magic World Phantamania
Alamat : 193, Lebuh Victoria, 10300 Penang
Tel : 04 - 263 3193
Email : phantamania.info@gmail.com
Waktu Operasi : 10 am - 7 pm (Setiap hari)
Boleh kunjungi laman sosial :
Facebook : Phantamania