Explore Destinasi Menarik Pulau Pinang bersama The Influenzas Team

Salam dan Hai semua,

25 Januari 2018 lepas, Lia berkesempatan join trip ke Escape bersama team 'The Influenzas' dari Kuala Lumpur. Trip ini sepatutnya 3 hari 2 malam memandangkan kerja, Lia hanya join trip selama 2 hari 1 malam. Walaupun 2 hari sama bersama 'The Influenzas' tapi tetap happening dan best! Thanks a lot sis Miera Nadirah for inviting me. 

Trip kali ni best sebab dapat kenal dan beramah mesra influncer dari KL. Bukan senang nak jumpa abang-abang kacak dan hensem yang suka adventure ni. Semuanya datang dari KL & hanya Lia seorang dari Pulau Pinang. Kali ini kami explore tempat menarik untik dikunjungi, tempat makan yang sedap dan juga hotel menarik untuk menginap.

Escape Penang

Bergambar bersama 'The Influenzas' di depan pintu masuk Escape Penang

Escape Penang adalah destinasi yang menyeronokkan, menarik, permainan dan aktviti mencabar untuk sesiapa yang sukakan 'Adventure' berdasarkan persekitaran semula jadi.



Escape Penang terbahagi kepada dua iaitu Adventureplay yang berunsurkan aktiviti mencabar yang menggunakan fizikal dan minda manakala Waterplay pula aktiviti yang melibatkan air.


Senarai games untuk Adventureplay : Monkey Business, Tubby Racer, Aerobat, Flying Lemur, Atan's Leap, Kite Flyer, Gecko Tower, Airbag & Coco Climb

Senarai games untuk Waterplay : Banana Flip, Family Twister, Tubby Rapids, Tubby Tunnel, Speed Racer, Mega Drop, Super Looper & Atan's Jump


Pagi Sabtu selepas breakfast kami teruskan perjalanan menuju ke Escape, Teluk Bahang. Disebabkan The Influenzas dah main Waterplay pada hari Jumaat, so hari Sabtu sambung dengan Adventureplay. Datang ke Escape Penang main aktiviti Adventureplay rasanya dah 4 kali Lia datang sini. Tapi takde rezeki nak cuba aktiviti Waterplay, maybe next time. Rasanya dah setahun dua tak jejakkan kaki ke Escape Penang, so trip kali memang banyak perubahan dan akiviti baru yang ada.

Persekitaran Escape Penang


Aerobat memang Lia tak berani nak cuba. Tak tahu kenapa maybe dah set dalam mind benda tu takut kut. Yang lain semua berani yer cuba.

Aktiviti yang sempat Lia cuba sepanjang berada di Escape Penang ialah Monkey Business, Tubby Racer, & Flying Lemur. Lagipun sebab orang ramai dan kesuntukan masa. Kami terpaksa beratur setiap kali ingin mencuba sesuatu aktiviti. Aktiviti yang paling Lia suka Flying Lemur ataupun dikenali dengan Flying Fox. Sayangnya setengah aktiviti tak dibenarkan bawa hanpdhone ataupun camera so banyak momen tak sempat snap. Demi keselamatan simpanlah handphone dari terjatuh kan.

Kemudahkan tempat makan

Kemudahkan tandas dan surau

Kemudahaan seperti tandas, tempat makan ataupun kantin dan surau juga turut disediakan.

Escape Penang kalau best anda datang dari pagi waktu buka sampai lah pukul 6 petang. Dalam satu hari anda akan dapat merasa semua aktiviti yang ada kat sini. Escape Penang adalah tempat untuk bawa seisi keluarga, kawan-kawan ataupun rakan sepejabat di sini.

Entry Fee Escape Penang. Harga boleh rujuk di sini ya.

Datanglah mencuba aktiviti menarik di sini.

Escape Penang

Alamat: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang, Malaysia

 Tel: + 604-881 1106

Email: info@escape.my

Waktu Operasi: Selasa - Ahad, 10 pagi - 6 petang (Ditutup setiap hari Isnin)

Boleh kunjungi laman sosial :
Instagram: @escapemy
#escapemy #escapepenang

The Southern Boutique Hotel

Selepas satu hari penat dan berpeluh, kami terus ke area Georgetown dan check in The Southern Boutique Hotel.

Bergambar kenangan bersama The Influenzas di lobi hotel

The Southern Boutique Hotel terletak di lokasi strategik dan terbaik di tengah bandar George Town.


Dari luar hotel ini kelihatan unik dengan rekaan bangunan lama yang dicat warna putih dan masih terpelihara. Nampak macam kecil dari luaran tapi bila dah masuk baru tahu agak luas.

Lobi hotel

Kaunter Lobi hotel
The Southern Boutique Hotel  merupakan salah satu berkonsepkan butik hotel yang terbaik di Pulau Pinang.


Roommate Lia on that day ialah sis Miera Nadirah dah bilik yang kami stay Deluxe Double Room.



Bilik-bilik di hotel dilengkapi dengan TV berskrin rata dengan saluran satelit. Bilik-bilik dilengkapi dengan bilik mandi peribadi dengan peralatan mandian percuma, sementara bilik-bilik tertentu mempunyai pemandangan taman.


Lia suka konsep hotel ini dimana masih mengekalkan bangunan lama dah dijaga begitu rapi. Dimana bersesuaian dengan konsep kerajaan Pulau Pinang masih mengekalkan heritage building di bandar Georgetown. Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan kawasan kedai makan dan tempat menarik. Anda hanya perlu berjalan kaki sahaja ke lokasi berhampiran.


Harga bilik bermula dari RM 10 hingga RM 300 bergantung kepada jenis bilik. Terdapat bilik seperti Superior Double Room, Deluxe Double Room  & Family Room.

The Southern Boutique Hotel

Alamat: 108, Muntri St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Boleh kunjungi laman sosial :
#southernboutiquehotel

Pada keesokkan harinya pula kami teruskan perjalanan kami ke Magic World Phantamania, Ice Cafe, Ghost Museum, Mermaid Cafe & Hop On Hop Off Bus.

Destinasi Magic World Phantamania, Ice Cafe & Ghost Museum merupakan beberapa kali Lia dah jejakkan kaki ke sana. Kali ini pergi lagi bersama The Influenzas Team.

Magic World Phantamania



Magic World - Phantamania, muzium interaktif magik pertama Malaysia, akan membawa anda ke Dunia rahsia rahsia, tempat tarikan yang terkenal.

Jom sama-sama terokai Magic World - Phantamania!

Harga tiket :

Malaysia (Mykad holder only)
- Adult - RM 16
- Children/Student/Senior - RM 9
- Chilren below 100cm - FREE

Foreigner
- Adult - RM 27
- Children/Student/Senior - RM 16
- Chilren below 100cm - FREE

Untuk maklumat lanjut boleh layari entry blog lia yang lepas DI SINI

Magic World - Phantamania

Alamat : 193, Lebuh Victoria, 10300 Penang

Tel : 04 - 263 3193

Email : phantamania.info@gmail.com
Waktu Operasi : 10 am - 7 pm (Setiap hari)

Boleh kunjungi laman sosial :
Facebook : Phantamania
#magicworldpenang

Ice Cafe




Ice Cafe berkonsepkan chill, santai dan rileks dengan suhu yang sejuk seolah-olah di Kutub Utara. Dekorasi kafe, susunan perabot dan persekitaran bersuasanakan ais kiub dan salji.



Kami sempat mencuba beberapa menu ketika berada di sana. Harga makanan dan minuman yang ditawarkan di sini dalam lingkungan RM10 hingga RM40.Anda boleh masuk ke Ice Cafe adalah PERCUMA sahaja

Untuk maklumat lanjut boleh layari entry blog lia yang lepas DI SINI

Selamat mencuba hidangan Ice Cafe!

Ice Cafe

Alamat : 193, Lebuh Victoria, 10300 Penang

Tel : 04 - 263 3193

Email : info.icecafepg@gmail.com

Waktu Operasi : 10.30 am - 10.30 pm (Setiap hari)

Boleh kunjungi laman sosial :
Facebook : Ice Cafe
#icecafepenang

Ghost museum



Ghost Museum bukan hanya untuk menakutkan orang dengan ilustrasi dan patung hantu seolah-olah hidup di rumah, ia juga mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan ketakutan. Di sini kita juga dapat belajar mengenai cerita untuk setiap mitos yang sepatutnya menjadi makhluk misteri. Ia dapat mengikis menghilangkan kesilapan pada cerita-cerita seram yang tertentu.



Tiket masuk :


Malaysia (Mykad holder only)
- Adult - RM 18
- Children - RM 10
- Student/Senior - RM 10

Foreigner (Non MyKad)
- Adult - RM 28
- Children - RM 16

- Student/Senior - RM 16

Ghost Museum

Untuk maklumat lanjut boleh layari entry blog lia yang lepas DI SINI

Alamat : 57, Lebuh Melayu, 10300 Georgetown, Penang

Tel : 04 - 261 2352

Email : info.ghostmuseumpg@gmail.com

Waktu Operasi : 10 am - 7 pm (Setiap hari)

Boleh kunjungi laman sosial :
Facebook : Ghost Museum Penang
#ghostmuseumpenang

The Mermaid Cafe Penang


Setelah penat ke muzium, perut lapar dan kami menjamu selera di The Mermaid Cafe Penang. 



The Mermaid Cafe  Penang menyediakan hidangan ikan bakar yang lazat dan makanan laut, disamping minuman kopi dengan muzik yang santai.


Inilah hidangan yang kami cuba di sana. Masakannya memang sedap dan segar. 


The Mermaid Cafe terletak di Lorong Macalister, George Town.

Dari bahagian luar The Mermaid Cafe



The Mermaid Cafe Penang beroperasi setiap hari Selasa hingga Ahad, 12.00 tengah hari hingga 9.00 malam.


Dekorasi dalaman The Mermaid Cafe

Konsep kafe ini agak cozy, simple dan menarik. Dan yang paling penting kafe ini sangat bersih. Kafe ini 2 tingkat dan dapat menampung pelanggan yang datang. Boleh pilih hendak duduk di bahagian atas atau bahagian bawah.

The Mermaid Cafe


Alamat : 86, Lorong Macalister, 86 B&C, 10400 George Town, Pulau Pinang

Tel : 016-249 0139

Waktu Operasi : 12 pm - 9 pm 
(Selasa hingga Ahad)

Boleh kunjungi laman sosial :
Facebook : The Mermaid Penang
Instagram : @the_mermaid_penang
#themermaidpenang

Penang Hop On Hop Off Bus



Selepas menjamu selera, kami teruskan aktviti kami dengan menaiki Penang Hop On Hop Off Bus.

Apa yang menarik mengenai ialah anda dapat menikmati pemandangan di Pulau Pinang tanpa perlu bersesak-sesak pandu kenderaan sendiri. Anda hanya menaiki bas dan berhenti di mana-mana perhentian dan naik semula di mana stesyen Penang Hop On Hop Off Bus. Anda kena peka dengan signage dan bukan semua bus stand ada stop untuk bas ini.Jangan lupa resit pembelian tiket anda ya.


Penang Hop On Hop Off Bus terbahagi kepada dua iaitu City Route & Beach Route.


CITY ROUTE
01 - Gurney Drive (Interchange to Beach Route)
02 - Botanical Garden
03 - Penang Hill
04 - Kek Lok Si
05 - Times Square
06 - Komtar
07 - Chowrasta
08 - Unesco Heritage
09 - Clan Jetties
10 - Cruise
11 - St. George
12 - Blue Mansion
13 - Kelawei

BEACH ROUTE
14 - Straits Quay
15 - Flamingo
16 - Miami Beach
17 - Holiday Inn
18 - Hard Rock
19 - Tropical Spice
20 - National Park
21 - Entopia

22 - Taman Rimba



Kami hanya menaiki bas Penang Hop On Hop Off Bus dan hanya lalui City Route sahaja memandangkan masa yang sangat singkat.

Ini map bas yang lalu di kawasan City Route sahaja



Ini gambar beberapa kawasan yang sempat Lia snap sepanjang perjalanan City Route.

Pengalaman menaiki bas Penang Hop On Hop Off Bus ini memang berbeza dengan memandu kereta sendiri. Anda boleh pilih hendak duduk bahagian bawah atau atas. Kalau Lia lebih suka bahagian atas sebab boleh ambil banyak gambar dan enjoy menikmati pemandangan.

Waktu Operasi
   9 pagi hingga 8 malam

HARGA TIKET:
Dewasa:
Tiket 24 Jam: RM45 (Malaysia: RM19)
Tiket 48 Jam: RM79 (Malaysia: RM32)

Kanak-kanak (5-12 tahun), Pelajar, Orang Kurang Upaya:
Tiket 24 Jam: RM19 (Malaysia: RM12)
Tiket 48 Jam: RM32 (Malaysia: RM20)
kanak-kanak di bawah 5 tahun percuma

Penang Hop On Hop Off Bus

Alamat : 86, Lorong Macalister, 86 B&C, 10400 George Town, Pulau Pinang

Tel : 016-249 0139

Waktu Operasi : 12 pm - 9 pm 
(Selasa hingga Ahad)

Boleh kunjungi laman sosial :
Facebook: Penang Hop On Hop Off City Tour
Instagram: @penanghoponhopoff
#penanghoponhopoff
#penanghoho

Adam adam Official




Terima kasih yang kepada sponsor baju kami, Adam Adam Official untuk semua orang dalam trip tersebut.

Boleh kunjungi laman sosial untuk sebarang pertanyaan :

Instagram : @adamadam.official

---------------------------------------------------------------------

Sekian sahaja coretan Lia berkongsi pengalaman Explore Destinasi Menarik Pulau Pinang bersama The Influenzas Team.

Terima kasih tidak terhingga kepada The Influenzas Team dan semestinya kak Miera Nadirah dan yang lain-lain. Nice to meet all of you. Mana tahu lepas ni kita jumpa di KL pula yer.