Cabar Diri Anda dan Rasai Pengalaman Adrenalin Ketinggian di The Gravityz, The Top Komtar

Salam dan Hai semua,

Pulau Pinang makin meningkatkan daya tarikan pengunjung untuk datang ke sini. Selain makanan yang sedap, muzium interaktif yang menarik dan kafe-kafe yang sedap yang muncul seperti cendawan, Pulau Pinang kini mempunyai daya tarikan terbaru di Komtar iaitu The Top Komtar. Terdapat banyak benda baru yang menarik di The Top Komtar dan salah saty daya tarikan yang terbaru ialah The Gravityz.

Pada 10 Februari 2018 yang lepas, The Gravityz iaitu ropes course yang tertinggi di dunia telah dilancarkan secara rasminya. Dengan ketinggian di tingkat 65 di The Komtar Top, peruntukan RM4 juta kos pembinanan ini menawarkan aktiviti yang penuh dengan pengalaman dan adrenalin kepada mereka yang berani mengambilnya. Ketinggian The Gravityz 239m dan panjang jejak sekitar 100m.

Apa itu The Gravityz?


The Gravityz adalah platform pengembaraan luar yang terletak di Level 65 di The Komtar Penang Top. Sesuai dengan tagline 'Beyond Confidence', The Gravityz bertujuan untuk menarik orang  keluar dari zon selesa mereka dan membawa kepada tahap keyakinan baru.

Gravityz menikmati kejayaan pertamanya apabila ia dipilih sebagai pemenang Anugerah Perniagaan Luar Biasa ASEAN 2017. Pembukaan ini sangat menggalakkan prestij dan profil syarikat.

Waktu Operasi The Gravityz 
The Gravityz beroperasi dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari

Lokasi The Gravityz 

The Gravityz terletak di Level 65 @ The Top, Menara Komtar di Georgetown, Pulau Pinang.

Untuk datang ke sini, anda boleh datang dari tingkat bawah Maybank. Anda hanya perlu lintas jalan bertentangan, akan nampak kaunter dan kakitangan di sana akan menunjukkan lift menuju ke tingkat 6.


Bila tiba di tingkat 6, anda hanya perlu mencari entrance masuk The Gravityz.


Anda perlu mendaftar terlebih dahulu di kaunter. Di sini akan berat badan akan di timbang terlebih dahulu.

 Berat peserta tidak boleh melebihi 100kg. 
Ketinggian peserta tidak boleh kurang daripada 100cm. 
Peserta mestilah berusia 18 tahun ke atas. 

Anda perlu mendaftar dan berikan details diri anda terlebih dahulu.


Selepas anda pengesahan membuat tempahan secara online dan membuat pembayaran, anda akan diberikan nombor tempahan. Bawa nombor pada hari lawatan anda ke Level 6 @ The Top, Menara Komtar untuk menebus 'wristband' anda.

 Kemudian, sesi pemeriksaan bag oleh security. Dari sini kami di bawa ke Tingkat 65 oleh kakitangan di sini.


Aktiviti ini akan mengambil masa kira-kira 60 minit untuk disiapkan. Aktiviti ini terdiri daripada: Fasa Penyediaan (20 minit)
Tahap Taklimat Keselamatan (10 minit)
Tahap Cabaran Sebenar Sebenar (30 minit).

Fasa Penyediaan


Setibanya kami di tingkat 65, kami terus ke kaunter 'Cashier & T-Shirt collection'. Peserta digalak memakai pakaian sukan yang sesuai. Setiap peserta akan diberikan T-shirt Dry Fit berwarna merah yang akan dipakai semasa keseluruhan aktiviti.


Kemudahan kepada pengunjung disini juga lengkap. Terdapat bilik persalinan baju untuk menukar baju, menyimpan barang keperluan anda di dalam locker yang disediakan dan juga rak menyimpan kasut. Kemudahan tandas juga turut ada.

Anda perlu membayar untuk locker yang hendak digunakan untuk menyimpan barang anda. Kami berenam kongsi satu locker bersaiz kecil sahaja dan muat untuk semua barangan kami. Locker yang kami sewa hanya RM10 sahaja dan harga berbeza mengikut saiz locker.


Kemudian kami dipakaikan alatan keselamatana oleh kakitangan di sini. Setiap peserta akan diberikan pelindung keselamatan tubuh penuh yang akan disambungkan ke lanyard keselamatan yang dilampirkan ke garisan keselamatan overhed.Semua peralatan keselamatan dibuat Switzerland dan Itali, dengan pengesahan dari Kesatuan Eropah dan TUV.

Peserta masing-masing akan disediakan berikut:
  1. Allbody Safety Harness
  2. Saferoller® Hi / Pa Lanyard HiRope 2
  3. Penjagaan Saferoller® - Carebiner Pin Lock
  4. Saferoller® II Trolley Saferoller 2 Silent with Swivel
Jika anda ingin membawa telefon bimbit anda untuk mengambil gambar, anda boleh menggunakan beg beserta lanyard. Untuk peserta lelaki dan wanita yang free hair, anda perlu memakai topi seperti shower cap untuk keselematan. Wanita free hair perlu mengikat rambut dengan kemas dan tidak dibenarkan lepas rambut.

Sesi pengambilan gambar juga akan diatur oleh jurufoto atau kakitangan di The Gravityz. Mereka akan mengambil gambar momen menarik dan anda boleh dapatkan selepas habis aktiviti ini di kaunter gambar.

Tahap Taklimat Keselamatan 


Kami diberikan taklimat keselamatan oleh kakitangan di sini selepas selesai pemakaian alat keselamatan dan safety helmet.

.Now I'm ready.


Kami dah sedia untuk keluar dari ketakutan serta zon selesa dan sekarang sedia melangkah untuk mencuba aktiviti mencabar di ketinggian yang hebat.

Tahap Cabaran Sebenar Sebenar


Kami terus dibawa ke Departure Tunnel. Untuk setiap slot hanya boleh untuk 6 orang sahaja. Setiap halangan akan sentiasa diiringi dengan dua (2) instructor atau Gravityz Crewz semasa aktiviti tersebut serta untuk memberikan bimbingan dan bantuan.

Jangan risau, kakitangan The Gravityz dilatih dan dilengkapi untuk bekerja pada tahap yang tinggi. Mereka telah diberikan latihan keselamatan dan pertolongan cemas yang diperlukan.

The Gravityz's Ropes Courses terdiri daripada 6 halangan:
✔ Confident Path
✔ High Bench
✔ A Great Bridge
✔ X-Point
✔ Z-wire
✔ G-Rocky

Kami akan lalui 6 halangan ini sepanjangan perjalanan di The Gravityz.

Confident Path
Halangan pertama bermula dengan rangsangan keyakinan dan keberanian dengan berjalan melalui jalur dengan badan anda menghadap ke luar, tetap tenang dan bernafas dengan normal. 

High Bench

Di sini anda perlu berkeyakinan dan membolehkan anda duduk di atas kerusi yang disediakan, berehat dan menikmati pemandangan kota yang menakjubkan.






A Great Bridge


Anda kena tumpukan perhatian dan lalu ke jambatan yang hebat dengan penuh yakin.

X Point



Duduk berehat beramai-ramai di X Point.

Z Wire



Halangan ini terbang bersama flying fox sambil lihat bawah dari tingkat 65. Perasaan gayat dan takut bila tengok bawah sangat tapi nasib baik flying fox ini hanyalah pendek.

G Rocky

Halangan terakhir di sini ialah semuanya mengenai pengimbangan. Anda akan letakkan badan anda pada platform yang diberikan dan rasakan angin. Halangan ini sangat mencabar.



Duduk rehat dan santai di kerusi malas.




Yang ni lah part paling gayat dan serius memang kaki menggeletar. Setiap sorang kena panjat platform dan berdiri dan angkat kedua-dua belah tangan seolah macam adegan filem titanic. Walaupun hanya beberapa minit, perasaan gayat janganlah cakap tuhan sahaja yang tau.




Ini cabaran yang paling mencabar di mana kena palingkan badan menghadap dinding dan lepaskan badan ke belakang sambil lepaskan kedua-dua tangan ke atas. 

Pendapat Lia, aktiviti di The Gravityz sememangnya mencabar dan tidak semua berani lakukan ini. Tetapi kita perlu keluar dari zon selesa dan cuba sendiri. Atleast sekali seumur hidup. Tak rugi mencuba bukan. Kakitangan di The Gravityz sangat lah peramah dan terlatih. Setiap halangan yang kami lakukan mereka akan berikan tunjuk ajar dan terlebih dahulu. Kakitangan di sini juga sabar melayan kerenah kami dan membantu mengambil gambar sudut terbaik sepanjang berada di sana. 

Kami dah cuba, anda bila lagi.



Harga tiket The Gravityz 

Kadar tiket Gravityz bermula dari serendah RM90.

Kadar tiket boleh meningkat disebabkan musim cuti yang akan datang atau permintaan tinggi. Oleh itu, digalakkan anda menempah tiket terlebih dahulu untuk mendapatkan tiket anda dengan harga yang lebih rendah.

Selain itu, kadar tiket kami boleh dibahagikan kepada 3 kategori berbeza: Kadar Standard, MyKad Discount dan Penangnite Special.

The Gravityz adalah ikon kebanggaan Pulau Pinang, semua Penangnites akan dapat membeli tiket mereka pada kadar istimewa!

Mereka menerima bayaran melalui kad kredit dan kad debit.

Kalau nak mengenai The Gravityz dengan lebih lanjut boleh tengok video di youtube Lia okay.

The Gravityz 

Alamat : Level 65 @ The Top, Menara Komtar di Georgetown, Pulau Pinang

Email : info@thegravityz.com

Waktu Operasi : 10 am - 6 pm (Setiap hari)

Boleh kunjungi laman sosial :

Laman web : https://www.thegravityz.com/
Facebook : The Gravityz
Instagram : @thegravityz