BB Cream Ekstrak Jelly Dengan BB Jelly Dari Lovera | Salam dan Hai semua,
Bersolek merupakan aktiviti kegemaran wanita bukan? Ada yang gemarkan bersolek secara tebal ataupun nipis. Setiap orang mempunyai gaya tersendiri. Lia gemar juga bersolek tetapi mengikut aktiviti dan acara yang diikuti. Jika waktu bekerja Lia jarang mengenakan solekan di mana gaya bekerja di dalam pejabat dan kadang-kadang perlu ke tapak bina. Apabila ada acara atau majlis tertentu seperti makan malam, kenduri dan lain-lain memang ini lah masa nak melaram bukan.
Tetapi penat bekerja kulit wajah agak kusam dan kepenatan. Tak suka kulit dengan solekan tebal ataupun tempek foundation yang berinci-inci. Kulit yang sentiasa terdedah dengan cahaya matahari dan habuk juga perlu diberi pelindungan. Lia juga selalu mencari produk mudah yang senang dipakai dan diaplikasi ke kulit wajah. Dengan masa yang agak terhad dan kesibukan yang melanda, sangat-sangat perlukan produk yang pantas dan mudah dipakai.
Kini Lia tak perlu risau lagi. Lia dah dapat produk yang memenuhi kehendak dan permintaan diri. Produk BB Jelly dengan tekstur Jelly dari Lovera. Pengganti foundation dan BB Cream di rumah. Hanya sapukan di wajah dan kulit akan terawat serta mencantikkan lagi kulit wajah.
Mengenai Lovera
Lovera ialah sebuah syarikat penjagaan kulit dengan bangga yang berpangkalan di Malaysia. Lovera berusaha untuk membawa anda penjagaan kulit semula jadi yang terbaik untuk kesejahteraan kulit anda.
Setiap penggubalan produk Lovera dikaji dengan teliti dan dibangunkan supaya kami dapat memberikan anda yang terbaik.
Salah satu daripada prinsip Lovera adalah untuk mengelakkan penggunaan bahan kimia yang boleh merosakkan kulit anda, oleh sebab itu produk kami diuji pada diri sendiri (manusia) terlebih dahulu sebelum membawanya kepada anda. Kerana keutamaan kami adalah pelanggan kami & masa depan mereka.
Tujuan Utama Lovera
Tujuan utama Lovera adalah untuk menyediakan anda hanya dengan produk kecantikan yang paling selamat dan berkesan melalui penyelidikan menyeluruh, pengujian yang terbukti dan terbukti.
BB Jelly ialah BB Cream dengan tekstur Jelly dari Lovera
Terdapat beberapa rangkaian produk dari Lovera antaranya ialah:
1) Magic Jelly
2) Lovera Complete Cleanser
3) BB Jelly
4) Day Cream
5) Glow Mist
BB Jelly merupakan produk terbaru keluaran Lovera.
Apakah BB Jelly?
FIRST BB CREAM WITH JELLY TEXTURE IN MALAYSIA
BB Jelly sama macam BB Cream Biasa tetapi yang SPECIAL adalah ia bertekstur GEL, lagi ringan, lagi sejuk, dan cepat menyerap dari krim biasa
Bentuk produk
Produk BB Jelly dari Lovera ini didatangkan dalam bekas tiub kecil berpenutup yang senang dibuka. Bahan didalam produk juga tidak mudah keluar. Saiznya juga ringan dan senang dibawa.
Tekstur produk
Tekstur produk BB Jelly dari Lovera yang ringan, berwarna coklat, tidak melekit dan berminyak. Jika anda pegang memang akan anda rasa aloe vera gel di dalamnya. Bau produk juga sangat menyenangkan dan wangi.
Jenis Kulit
Sesuai untuk semua jenis kulit
Saiz produk
30 ml
Saiznya yang mudah dipegang dan mudah dibawa ke sana-sini. Simpan di dalam beg tangan anda dan jika perlu hanya keluarkan dan sapu di wajah.
9 kebaikan BB Jelly Lovera
➤ Mencerahkan kulit serta merta
➤ Cover parut atau cela
➤ Membantu masalah jerawat
➤ Sun block 15 spf
➤ Mengecilkan pori
➤ Menyerikan dan mencantikkan kulit
➤ Meratakan warna kulit
➤ Melembabkan kulit
➤ Melembutkan kulit
Harga produk
RM45.00
Bahan-bahan digunakan
➤ Vitamin B
➤ Daun Zaiton
➤ Aloe Vera
Kenapa pilih BB Jelly
➤ Tidak Melekit
➤ Tidak Berminyak
➤ Senang dibasuh
➤ Bahan semulajadi
Cara Penggunaan BB Cream BB Jelly
Sapukan di wajah seperti pemakaian foundation seperti biasa. Calitkan si sekitar kulit wajah dan ratakan dengan menggunakan tangan. Boleh gunakan span atau beauty blender untuk hasil yang sekata.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara penggunaan. Boleh lah tonton video ni.
Jangan lupa SUBSCRIBE my youtube channel ➨➨ www.youtube.com/liahasty
Pendapat saya selepas menggunakan BB Jelly dari Lovera
➤ Teksturnya yang ringan dan mudah untuk diaplikasikan di kulit wajah.
➤ Sesuai untuk penggunaan harian jika tidak mahu solekan tebal.
➤ Boleh juga digayakan bersama solekan jika anda majlis atau acara tertentu.
➤ Sambil pakai, kulit juga akan terawat dengan gel aloe vera.
➤ Saiz produk yang kecil dan mudah dibawa.
➤ Sambil pakai dan kulit pun terawat dan kelihatan lebih cantik.
------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan segera produk BB Jelly dari Lovera ini di pasaran!
Anda akan perolehi produk ini dengan harga RM 45.00 sahaja. Atau anda juga boleh dapatkan produk ini secara berasingan.
Boleh dapatkan produk ini di : http://www.lovera.com.my/shop/
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan media sosial yang lain:
Laman web : http://www.lovera.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/loveramalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/LoveraMalaysia/
Selamat mencuba!