Salam dan Hai semua,
Siapa peminat produk kecantikan Korea di sini? Lia salah seorang peminat tegar produk skincare dan makeup dari Korea. Lia suka sangat produk-produk dari online platform iaitu Althea Korea. Rasanya bila sebut nama Althea Korea rasanya ramai sudah mengenali dan mengetahui jenama favorite semua beauty blogger di luar sana.
Althea Welcome Gift |
Mengenai Althea
Althea adalah destinasi membeli-belah secara atas talian utama Korea yang menyediakan produk kecantikan, trend, dan gaya hidup terkini kepada pengguna di Asia Tenggara. Althea didirikan pada tahun 2015 oleh Frank Kang, usahawan siri dan mengambil namanya dari bunga negara Korea. Althea pertama kali dilancarkan di Malaysia pada bulan Julai 2015, dengan pantas diikuti oleh Singapura pada September 2015. Filipina menjadi negara ke-3 rasmi negara Asia Tenggara untuk menyertai Beautymovement Korea dengan pelancaran Althea di pantai Filipina pada tahun 2016. Setakat ini, Althea telah berkembang ke lebih 200 negara di seluruh dunia.
Althea's Beauty Ambassador Community
Althea Welcome Gift |
Kini Althea Korea telah melebarkan sayapnya dengan menubuhkan Althea's Beauty Ambassador Community dan mengumpulkan semua beauty blogger dan influencer dari beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore, Filipina, Taiwan, USA dan serata dunia di dalam satu komuniti. Lia sangat bertuah dan terharu terpilih menjadi salah seorang Althea Angels. So lepas ni Lia akan dapat buat koleksi produk favorite dari Korea. Yang paling menarik dapat mengenali blogger bukan setakat di dalam Malaysia tetapi turut di luar Malaysia.
Banyak betul faedah bila dapat join Althea's Beauty Ambassador Community dimana Lia dapat menyertai banyak program dan tawaran menarik yang di tawarkan. Antaranya :
➤ Welcome Gift
➤ Monthly K-Beauty Giveaways
➤ Seasonal Annual Shopping Credits
➤ Exclusive Discount Code
➤ Birthday Credits
➤ Exclusive Althea Reviews
➤ Althea Studio Access
Althea Welcome Gift
Althea Welcome Gift |
Kami sebagai Althea Angels dikejutkan beberapa minggu lepas dengan Surprise Gift dari Korea. Perasaan happy tu mestilah ada dan tak sabar nak tunggu giliran bila parcel nak sampai. Bila tengok blogger lain ada yang dah update. Hati dah mula gelisah eh bila lah pulak turn Lia ni. Kami dikejutkan dengan menerima Althea Welcome Gift merupakan salah satu tawaran dari Althea Welcome Gift yang dimaklumkan sebelum ini.
What inside the box?
Althea Welcome Gift |
Althea Korea memang lah menarik dari segi pembungkusan produk dan trademark mesti box warna pink. Untuk Althea Welcome Gift pula, kami menerima kotak pink juga tetapi dengan sedikit rekaaan dan tulisan Althea Angels di bahagian luar
Althea Welcome Gift |
Althea Welcome Gift juga memberikan beberapa hadiah menarik untuk Althea Angels.
Althea Welcome Gift |
Althea Welcome Gift menyajikan hadiah menarik dengan keluaran produk terbaru dari Althea. Antaranya :
1) Real Fresh Skin Detoxer
2) Mirror
3) Pink bag
4) Tote bag
Lia akan review produk satu persatu.
Real Fresh Skin Detoxer
Kini Althea mengeluarkan produk terbaru dengan kerjasama Korea's top TV program: Get It Beauty!
Althea Welcome Gift |
Produk kolabrasi Althea x Get It Beauty ialah Real Fresh Skin Detoxer dan ia datang dalam dua varian:
Althea Welcome Gift |
ROSE: Refining
Facial mask dengan bunga rose yang sesuai dengan rutin waktu pagi anda untuk membuang kotoran yang terkumpul semalaman untuk mendedahkan kulit berseri yang sihat.
GREEN TEA: Purifying
Ekstrak teh hijau yang membantu menenangkan dan menyegarkan kulit yang letih selepas hari yang panjang di luar rumah.
Produk dalam bentuk tiub dan penutup yang senang dibuka. Cecair didalam produk juga tidak mudah keluar. Saiznya juga ringan dan senang dibawa.
Untuk penggunaan produk dan maklumat lanjut Lia akan update pada entry seterusnya.
Mirror
Mirror - Althea Welcome Gift |
Mirror - Althea Welcome Gift |
Mirror didatangkan dengan saiz yang sangat comel dan mudah di pegang. Ada tulisan "Spread Your Wings" di belakang cermin. Senang disimpan di dalam beg tangan.
Pink bag
Pink bag - Althea Welcome Gift |
Pink bag - Althea Welcome Gift |
Pink bag ini memang lah favorite warna Lia dan memang sesuai untuk simpan segala peralatan skincare atau makeup. Mudah juga dibawa untuk ke sana sini jika nak travel.
Tote bag
Limited Edition Athea Turns 3 Tote Bag - Althea Welcome Gift |
Limited Edition Althea Turns 3 Tote Bag turut terdapat dalam Althea Welcome Gift.
DIY Miniature 3 Limited Edition Birthday Boxes
Yang paling cute dapat 3 saiz Miniaature Birthday Boxes yang boleh DIY sendiri.
Boleh tonton video Unboxing Althea Welcome Gift ni.
Jangan lupa instagram Lia Hasty➨➨ www.instagram.com/liahasty
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Happy birthday Althea!!
Althea sekarang sudah berusia 3 tahun!
Bangga betul dengan pencapaian Althea di mana sudah berusia 3 tahun tetapi telah maju dan dikenal ramai. Banyak juga produk keluaran baru yang dikeluarkan. Selama Lia menggunakan produk Althea memang tidak memberikan kesan sampingan untuk kulit dimana Lia mempunyai kulit sensitif. Lia juga memang jatuh hati dengan produk K Beauty lagi-lagi suka sangat beli atas talian di Althea Korea. Sanggup menunggu barangan walaupun lama shipping dari Korea tetapi barang sampai dengan selamat.
Lia semakin bertambah sayang dengan Althea dan rasa sangat bertuah menjadi Althea Angels di mana kami telah dikreditkan ke dalam akaun Althea masing-masing sebanyak USD30 (lebih kurang RM120) untuk Althea Reward Point 😱😱😱. Mana taknya Althea Welcome Gift + USD30 dalam akaun Althea. Perasaan happy level paling tinggi, mana taknya Lia memang nak menambah koleksi sedia ada produk KBeauty ini.
Tunggu entry Lia selepas ini ya wahai readers. Lia akan update mengenai penggunaan Real Fresh Skin Detoxer dan apa yang Lia shopping dengan menggunakan USD30 Althea Reward Point.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan media sosial yang lain:
Laman web : http://my.althea.kr
Facebook : Althea Malaysia
Instagram : @altheakorea
Blog : http://blog.althea.kr/
Youtube : Althea Korea
#AltheaKorea #AltheaAngels