Salam dan Hai semua,
Anda penggemar seafood atau makanan laut?
Seafood ataupun makanan laut adalah kehidupan laut termasuk ikan, ketam, siput, udang dan kerang yang menjadi makanan manusia. Lia juga salah seorang penggemar seafood. Rasa sangat beruntung tak alergi dengan makanan laut. Ada juga segelintir yang tidak menggemari makanan laut disebabkan alergi ataupun tidak kena dengan selera mereka. Tetapi anda seorang yang sangat rugi tak dapat merasa makanan laut yang merupakan salah satu nikmat dunia.
Kali ni Lia nak mempromosikan salah sebuah tempat yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seafood dengan variasi masakan yang bermacam berasaskan seafood. Anda boleh makan apa jenis hidangan seafood mengikut pelbagai jenis masakan yang dihidangkan. Lia akan mengesyorkan sajian makanan Hot Wok Seafood Buffet Dinner bermula pada bulan Oktober 2018 yang terbaik dari Lexis Suites Penang.
Pengenalan Ringkas Mengenai Lexis Suites Penang
Lexis Suites Penang telah dibuka untuk perniagaan pada suku pertama 2016 dibawah Lexis Hotel Group. Lexis Hotel Group menyediakan kemudahan rekreasi dan perniagaan yang arif dengan penginapan praktikal dan mewah di pelbagai tempat di Malaysia. Sukar untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan profesional untuk hotel dan pusat peranginan, dan telah berjaya membina jenama niche perdana yang menguntungkan dan menguntungkan dalam industri perhotelan terutamanya dalam menguruskan chalet air unik yang memenangi anugerah serta vila kolam renang. Jenama kini menguruskan tiga hartanah, iaitu Lexis, Grand Lexis dan Lexis Hibiscus ikonik, semuanya terletak di Port Dickson.
Lokasinya terletak hanya jarak 10 minit pemanduan dari Penang International Airport dan terletak di sepanjang pantai indah Teluk Kumbar yang menghadap ke Selat Melaka, Lexis Suites Penang akan menjadi destinasi seterusnya bagi pelancong perniagaan dan pencari percutian.
Hot Wok Seafood Buffet Dinner oleh Lexis Suites Penang
Lia terlalu excited bila dengar mengenai seafood. Sebab Lia memang suka sangat dengan jenis makanan laut tak kira ikan, ketam, sotong, udang dan banyak lagi semua Lia makan. Bila dah sampai Lexis Suite terus rasa seronok sebab bila dapat tengok hidangan laut tersusun dengan rapi dan pelbagai. Terus rasa nak ambil pinggan grab semua yang ada. Memang makan malam yang terindah dengan hidangan seafood.
Hidangan Hot Wok Seafood Buffet Dinner ini bertempat di tingkat Mezzanine, Roselle Coffee House, Lexis Suites Penang, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Roselle Coffee House ini menyediakan sarapan hingga makan tengahari, serta makan malam. Hidangan setiap makanan di Roselle Coffee House sangatlah menyelerakan dengan hidangan gastronomi tempatan dan antarabangsa yang inovatif. Pengunjung dapat menjamu selera dengan suasana yang selesa dan bergaya.
Nikmatilah hidangan Hot Wok Seafood Buffet Dinner yang disediakan dari 6.30 malam hingga 10.00 malam setiap hari Sabtu. Kesegarannya adalah susunan dan dekorasi beberapa makanan laut yang diperoleh terus dari kapal nelayan tempatan di sekitar kawasan sekitarnya dan ada yang di luar negeri dari Laut China Selatan.
Chef Eksekutif, Chef Johnno Fong berkata pengunjung boleh memilih dari pelbagai jenis makanan laut yang terdapat di ais seperti yabbies, kerang, udang, ketam, sotong, sotong, kerang buluh dan kerang Hokkaido. Anda boleh memakannya terus atau boleh dipilih untuk di masak dengan sos Sze Chuan, Sos Spicy Bean atau sos Bawang Putih yang Creamy.
Dekorasi dan susunan sangatlah teratur, cozy, moden dan nampak mewah. Makanan juga sangat tersusun mengikut jenis dan kena dengan temanya. Suasana dan mood raya sangat lah terasa apabila lagu raya berkumbandang ketika menjamu selera dan barisan pelita dan barangan raya yang lain disusun kemas dan rapi.Susunan kerusi dan meja juga teratur dan luas di mana boleh menempatkan pengunjung yang ramai.
Pengunjung juga jangan risau hotel ini juga mempunyai kemudahan seperti parkir kereta, surau, tandas dan pelbagai lagi untuk keselesaan anda.
Hidangan dan sajian sempena Hot Wok Seafood Buffet Dinner di Lexis Suites Penang
Salad Bar
Pasta Salad, Seafood Salad, Potato Salad, Thai Egg Salad, Fruit Salad
Assorted Lettuce and Condiment
6type Dressing
Cold Platter (Terrine, Beef Salami, Chicken Ham) & Smoked Duck Platter
Assorted Maki
Sashimi Corner
Jeruk-Jeruk
On Ice Box
Yabbies, Mussels, Prawn, Scallop, Octopus, Clams, Squid and Crabs
Soup
Prawn Bisque & Herbal Black Chicken Broth
Bread Roll and butter
Hot Dishes
Tomato Rice with Seafood & Steamed White Rice
Yellow Curry Prawn & Wok Fried Green Leaf with Salted Fish
Pasta Vongole, Motoyaki Scallop, Fish Papillote & Herb Crusted Oyster
Stir Fried Beef with Black Pepper, Sambal Lala Clam, Braised Tofu with Seafood and Leek & Steamed Mussel Thai Seasoning
Action Stall
Arabian Delight
Shawarma with Condiment
European Smoked Duck
Hot Sear Sliced Smoked Duck Breast with Compote and Creamy Vegetable Stew
Noodle Stall
Fragrant Prawn Mee
Char Koay Teow
Local Street Delight
Rojak Buah
Malay Style Fried Pastry
Japanese Delight
Miso Hamaguri
Oden Clay pot
Salmon Fish Head Clay pot
Carving Corner
Salmon Wellington with Condiment
Patisserie
Chocolate Fountain
Assorted Mousse in Glass
Hot Chocolate Pudding & Bubur Kacang Hijau
Seasonal Fresh Fruits
Hidangan Khas Makanan Laut
Makanan laut yang pelbagai
Makanan laut yang pelbagai
Ini merupakan menus special untuk pengunjung yang datang. Anda boleh memilih hidangan laut di yang terhidang di atas ais. Anda boleh memakannya terus atau boleh dipilih untuk di masak dengan sos Sze Chuan, Sos Spicy Bean atau sos Bawang Putih yang Creamy.
Harga Buffet Dinner di Lexis Suites Penang
Harga Hot Wok Seafood Buffet Dinner:
RM 110nett untuk orang dewasa.
RM 80nett untuk warga emas
RM 60nett untuk kanak-kanak.
Lia dah cuba hidangan kat sini. Kalau tak percaya tengok gambar pinggan-pingan ini. Tapi yang ni baru 1st round ya. Ada banyak lagi tak sempat snap sebab lapar sangat tengok seafood. Anda semua dah tengok kan semua gambar makanan kat sini. Menyelerakan bukan rugi kalau anda tak mencuba.
Lia dah cuba, anda bila lagi??
Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi
Lexis Suites Penang
28, Jalan Teluk Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang, Malaysia
Tel : +604 - 628 2888
Fax : +604 - 628 2889
Email : reservations@lexissuitespenang.com
Laman web : www.lexissuitespenang.com