Salam dan Hai semua,
Hari yang paling best bila hari minggu sebab cuti dan juga Lia ada banyak masa untuk berehat selepas 5 hari bekerja. Hari minggu juga lah selalu hari Lia akan chill dan lepak dengan kawan-kawan takpun family. Rasanya lama tak keluar dengan kawan-kawan bergosip sembang tanya khabar masing-masing kan. So minggu lepas Lia decided nak makan dengan salah seorang BBF👭 bernama Bella. Kami memang sekarang jarang berjumpa maklumlah busy dengan kehidupan kan. 😚
Selalu kami berdua akan keluar lepak makan kat gerai, kafe takpun dalam mall. So kali ni kami keluar lunch & nak cuba suasana baru pulak. Kami nak yang ada bufet dengan pelbagai pilihan dengan view lawa yang ada pool then yang menghadap laut dan pantai. Amboi banyaknya ciri-ciri tempat nak makan. Of course lah kan kami nak berdua dan girl day outing mesti nak special😎 Dan semestinya kami memilih untuk lunch di Hotel Flamingo By The Beach yang memenuhi ciri-ciri yang kami nak.
Makan Lunch bertemakan Taste of Malaysia di Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang
Hotel Flamingo By The Beach menyediakan hidangan bufet makan tengah hari pada setiap Sabtu bertemakan 'Taste of Malaysia'. Bufet makan tengah hari ini bermula pada pukul 12.30 hingga 2.30 petang. Anda hanya perlu membayar RM53nett seorang untuk Dewasa dan RM29nett untuk kanak-kanak dan warga emas.
Menu hidangan Saturday Buffet Lunch bertemakan 'Taste of Malaysia'
Hidangan bufet Taste of Malaysia ini menyediakan pelbagai menu dan pilihan yang bermula dari Appertiser hinggalah hidangan pencuci mulut. Ada juga beberapa stall yang menyediakan menu yang menarik.
Appetiser
Ulam-ulaman
Anek Sambal
Tekur Masin
Ikan Gelama Masin
Ikan Kembung Bakar Sos Asam
Taukua Sumbat
Sotong Kang kong
Keropok Lekor
Chicken & Fish Cracker
Popia Goreng
Chicken Lorbak
Acar Jantung Pisang
Umai Udang
Kerabu Pucuk Paku
Fruit Pickle
Aneka Sup bersama roti
Chicken Soup with spice & condiment (Soto)
Duck with Salted Vegetable and Tomato Soup (Kiam Chai Ark)
Action Stall
Aneka pilihan "Lok-lok", makanan laut dan skewer sayuran
Mee Kuah Ketam
Roasted Duck & Chicken
See Khor Thng
Hot Dish
Steamed White Rice
Tomato Rice
Boiled Egg with Soy & Spice
Oxtail Cooked with Tomato Paste
Crispy Lamb Chop
Kurma Chicken with Potatoes
Stir Fried Mud Creeper Snails
Fried Kailan
Crispy Fried Indian Masala Squid
Pan Fried Spice Fish Fillet
Fresh Prawn with Three Varieties Sauce
Stir Fried Hor Fun
Pencuci Mulut
Fresh Fruit Platter
Aneka kuih, jelly, pudding, kek
Bubur Kacang Hijau, Bubur Pulut Hitam, & Bubur Pulut Gandum
Fruits cocktail
Minuman
Kopi dan Teh
Bufet ini ada menyediakan minuman panas dan juga minum skyjuice. Jika anda mahukan pilihan air yang lain, boleh terus order dari kaunter.
Pengenalan Ringkas Flamingo By The Beach, Pulau Pinang
Hotel Flamingo By The Beach terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang tidak jauh dari tengah-tengah Georgetown. Lokasinya bersebelahan pantai dan laut memang sesuai untuk aktiviti santai dan amat sesuai untuk keluarga, pasangan atau pun berseorangan untuk menginap di sini. Terdapat 280 bilik tamu dengan pelbagai jenis deluxe hingga suite. Di Hotel Flamingo By The Beach, mereka menyediakan dan menyatukan semua jenis makanan yang lazat di bawah satu bumbung supaya anda boleh mengisi perut anda dan sila rasa citarasa anda dalam keselesaan hotel.
Keistimewaan Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang
Keistimewaan Hotel Flamingo By The Beach ialah merupakan hotel dengan lokasi yang menarik berdekatan dengan laut dan pantai. Tetamu yang datang ke sini boleh menikmati suasana pantai dan laut hanya perlu berjalan kaki turun dari tangga. Anda boleh duduk berteduh di kerusi bawah pokok sambil melayan sunset. Menarik bukan?
Untuk anda yang gemarkan water sport, dekat sini ada khidmat pelbagai jenis water sport mengikut harga dan juga jenis yang anda mahukan.
Kemudahan parkir letak kereta turut ada yang memudahkan tetamu parking di tingkat atas atau basement. Kemudahan tandas juga ada dan bersih. Untuk tetamu beragama Islam, surau yang selesa dan bersih juga ada untuk menunaikan ibadah.
Swimming pool di sini betul terletak bersebelahan dengan Famingo Cafe dan juga berhadapan dengan pantai. PERHATIAN penggunaan swimming pool di sini hanya untuk tetamu yang menginap di sini sahaja ya bukan untuk tetamu yang datang hanya untuk hidangan bufet.
Bergambar sebelum balik di salah spot menarik. Muka kekenyangan, Apa pun kami berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Yang paling penting sedap. Kami dah cuba, anda bila lagi ❓
Harga Saturday Lunch Buffet Taste of Malaysia
Harga untuk Saturday Buffet Lunch
RM53nett untuk orang Dewasa.
RM29nett untuk Kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun & warga Emas berumur 60 tahun ke atas
Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hidangan Saturday Buffet Lunch 'Taste of Malaysia'🍽️sementara masa masih ada.
Hubungi 04 - 892 7167 untuk tempahan sekarang!
Selain Saturday Buffet Lunch 'Taste of Malaysia', ada juga menyediakan hidangan bufet yang lain.
Jika anda berminat untuk makan malam pada hari Sabtu ada menu Barbeque Party Meat & Seafood.
Untuk hidangan buffet makan tengah hari pada hari Ahad pula, anda boleh mencuba hidangan sempena 10th Anniversary Buffet Lunch.
Untuk hilangkan dahaga pula ada dua pilihan hidangan air iaitu Sunset Breeze & Coco Light Brew. Dapatkan juga mini cup holder pelampung Pink Flamingo ❗
Flamingo Hotel by The Beach
Alamat : Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia
Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777
Email: generalenquiries@flamingo.com.my
Waktu Operasi : 7 pagi hingga 12 malam
Laman web : http://penang.flamingo.com.my
Facebook : Flamingo Hotel by The Beach Penang
Selamat Mencuba!
19 Comments
eeiii banyak nyaa tempat makan best best!
ReplyDeletebahaya betul hahaha.
tak pernah lagi stay hotel ni kalau ke penang. macam best jeee...
boleh la kot bawak family datang sini lepas ni.
Patut macam familiar kolam belakang tu, zul pernah stay sini waktu bercuti dekat Penang. servis dia pun tiptop dan makanan dia seua sedap. Dapat pula bilik yang view laut, lagi best. Heheh
ReplyDeleteAllah.. Meriahnya la hai menu dia.. Kalau kita la, rasanya tak termakan dah banyak tu semua. Nak rasa sikit sikit pun rasanya tak terasaa semuanya. Hehe
ReplyDeleteHarga pun okay je. Tak la mahal mana. Berbaloi dengan menu yang ditawarkan. Siap view nampak pool semua. Memang relax habis.
banyak juga ya pilihan dia! so far tengok macam banyak chinese food . apa pun tq tau for sharing nanti kalau ke penang bolehlah check in sini
ReplyDeletePilihan makanan they all memang banyak jugak. I never try this place. Next time in Penang can check this out for sure. The price is reasonable too.
ReplyDeleteCantiknya view hotel nmpk pool tu.. Meriah menu nya.. Fav yg loklok tu . Dessert pn fav.. Sure rambang mata nk mkn yg mn dlu kn
ReplyDeletewahhh bestnya suasana dkt sana. selalu pgi penang tapi tak pernah nak singgah hotel ni. banyak menu menarik, terliur dibuatnya. harga pun boleh tahan murah :) nice review..
ReplyDeleteArghhhh bestnya makanan banyak sangat. Harga pun berbaloi. Dekat je ni kalau nak pergi nanti
ReplyDeleteBanyaknya pilihan makanan. Banyak banyak makanan yang ada mata terus tangkap gambar telur masin tu .Hahaha sebab sejenis yang suka telur masin. Harga yang ditawarkan juga berpatutan
ReplyDeleteSedapnya tengokk.. Ada bubur tu. .Siap tepi pantai. ..Pwrgh menarik snagt ni. .Boleh santai-sangai masa makan. .Ya ampun dah bayanbgkan dah. .Makann pun banyak.. Rasa nak pergi sekrg je
ReplyDeleteUuuu~ kalau harga buffet ramadan cenggini kan best haha. Selalu gak tengok orang post pasal flamingo flamingo ni. Rupanya besar jugak this place kan bila u snap gambar cenggini. It's pretty! Tapi Tu lah sayang jauh nak try pi Penang~
ReplyDeletenot bad bila tengok harga makanan kat sini...kalau turun penang bolehlah singgah sini dn cuba sendiri...harga dia pun sangat munasabah dengan pelbagai juadah yang ditawarkan
ReplyDeleteHarga murah, makanan banyak dan semestinya lazat serta banyak lokasi cantik untuk posing ye tak. Memang best la hotel nie. Nampak gaya boleh bawa abah makan kat sini kelak.
ReplyDeleteSuch a nice place can't believe the price is so affordable for hotel standard, I'm eyeing the Mee Kuah Ketam already wish I could try it
ReplyDeleteHotel Flamingo nie memang terkenal dengan viewnya yg sangt cantik dan indah. Makanan yg ditawarkn sangat pelbagai dan macam2. Rasa terliur pulak tengok makanan2 tu pagi2 macam nie. Nanti nak singgah sana n makan di situ lh dgn family
ReplyDeletesedapnya kalu pergi holiday lunch meriah macam ni. terus perut BBL jadi lapar. harga boleh tahan not bad untuk seorang.. dah lama tak pergi penang
ReplyDeleteBanyaknya pilihanan makanan tengahari dia. Tengahari pun buffet jugak. Mesti sedap kan semua. Iza minggu depan nak ke penang tapi xtau stay mana nanti.
ReplyDeletewhen i see this place.. i know im gonna miss all my friends there and my life in hotel life... lolz.. well.. this place indeed one of my favorite place to makan2 especially Ramadan month!!
ReplyDeleteYaAllah best nya makanan-makanan dia, makan dengan view macam tu pulak memang lagi umph la. tengok makanan dia memang taste kita sangat.
ReplyDelete