Salam dan Hai semua,
Selamat berhujung minggu semua ❗ Hari Ahad lah hari yang paling rasa happy sebab cuti dan dapat spent time dengan family tersayang di rumah atau pun di luar. Hangpa semua buat apa tu setiap hari Ahad ❓ Selalu hari Ahad Lia akan makan bersama family di rumah. Tetapi hari Ahad lepas tiba-riba rasa gantung kuali dan nak menjamu selera di luar pulak.
Hari tu ada scroll facebook & ternampak satu promosi BUY 1 FREE 1 sempena 10th Anniversary Lunch Buffet di Hotel Flamingo By The Beach Pulau Pinang. Hotel ini juga merupakan salah satu favorite Lia bersama keluarga untuk datang makan dan santai di sini. Hotel ini juga salah satu hotel yang terkemuka dan terkenal di Pulau Pinang. Untuk menginap dan bercuti di hotel ini, memang Lia recommended sangat. Hotel ini bukan sahaja dipenuhi dengan pengunjung dari Malaysia malah dari luar negara juga.
Hotel ini banyak menyediakan pelbagai promosi sempena makan tengah hari dan makan malam di Flamingo Cafe. Selalu buffet bertukar-tukar dengan tema dan menu yang menarik. Setiap kali promosi yang ada memang Lia tak lepaskan peluang datang bersama kawan ataupun keluarga. Salah satu keistimewaan hotel ini kerana lokasinya yang strategik di bahagian Utara Pulau Pinang dan juga kemudahahan yang disediakan kepada pengunjung. Kedudukan hotel ini bersebelahan dengan laut dan pantai memang menarik di samping lokasi swimming pool yang strategik untuk melihat pemandangan.
Hotel ini sudah lama beroperasi dan tak sedar masa berlalu, kini sudah 10th Anniversary lunch di kafe ini. Sempena 10th Anniversary mereka mengadakan BUY 1 FREE buffet dengan pelbagai hidangan menu yang sedap dan menyelerakan. Memang berbaloi datang ke sini bersama keluarga dan kawan-kawan.
Hotel Flamingo By The Beach menyediakan hidangan bufet makan tengah hari pada setiap Ahad bertemakan '10th Anniversary Lunch Buffet'. Bufet makan tengah hari ini bermula pada pukul 12.30 hingga 2.30 petang. Anda hanya perlu membayar RM60nett untuk promosi BUY 1 FREE 1 tapi hanya untuk Dewasa 👫sahaja. Manakala kanak-kanak dan warga emas hanya RM28nett.
Menu hidangan Sunday Buffet Lunch sempena '10th Anniversary'
Hidangan bufet 10th Anniversary Lunch ini menyediakan pelbagai menu dan pilihan yang bermula dari Appertiser hinggalah hidangan pencuci mulut. Ada juga beberapa action stall dibahagian luar berdekatan dengan pool yang menyediakan menu yang menarik.
Appetiser
Keropok Udang, Keropok Ikan, Papadom, Chinese Cold Cut Platter, Cucumber Salad, Watercress Salad, Red & White Plain Salad, Mixed Tossed Green Salad, Julliet Carrot, Penang Gado-gado, Crispy Acar Rampai, Thai Spicy Roasted Egg Plants, Roasted Chicken Cajun Salad, Nyonya Kerabu Black Fungus, Ulam-ulaman & Sambal Belacan
Fruit Pickle
Aneka Sup bersama roti
Homemade Creamy Carrot Soup
Double Boiled Old Cucumber with Diced Chicken Soup with Red Dates
Action Stall
Roti Canai, Tissue & Boom
Penang Fried "Koay Kak"
Roti Jala
Tandoori Chicken
Cendol
Ais Krim Goyang
Oyster Porridge
Hot Dish
Steamed White Rice
Fragrant Tomato Rice
American Roasted Blackened Beef with Homemade Sauteed Pasta in Mustard Herb Sauce
Curry Lamb with Egg Plant
Sauteed Fresh Rissole Potatoes with Onion & Provencale
Mackerel Fish Paprik with Vegetables
Chicken Cooked with Tomatoes and Chili Paste
Stir Fried Crispy Fish Fillet with Celery, Black Fungus & Bean Stick
Pan Roasted Buffalo Chicken with Spicy Cheese Mayo Dip
Steamed Layered Tofu with Minced Chicken in Preserved Turnip
Sweet & Sour Vegetarian Eggs with Pineapples
Stir Fried Mee Suar with Vegetables & Chili Shrimp Paste
Pencuci Mulut
Fresh Fruit Platter, Aneka kuih, jelly, pudding, kek
Fruits cocktail
Minuman
Kopi dan Teh
Bufet ini ada menyediakan minuman panas dan juga minum skyjuice. Jika anda mahukan pilihan air yang lain, boleh terus order dari kaunter.
Pengenalan Ringkas Flamingo By The Beach, Pulau Pinang
Hotel Flamingo By The Beach terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang tidak jauh dari tengah-tengah Georgetown. Lokasinya bersebelahan pantai dan laut memang sesuai untuk aktiviti santai dan amat sesuai untuk keluarga, pasangan atau pun berseorangan untuk menginap di sini. Terdapat 280 bilik tamu dengan pelbagai jenis deluxe hingga suite. Di Hotel Flamingo By The Beach, mereka menyediakan dan menyatukan semua jenis makanan yang lazat di bawah satu bumbung supaya anda boleh mengisi perut anda dan sila rasa citarasa anda dalam keselesaan hotel.
Keistimewaan Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang
Keistimewaan Hotel Flamingo By The Beach ialah merupakan hotel dengan lokasi yang menarik berdekatan dengan laut dan pantai. Tetamu yang datang ke sini boleh menikmati suasana pantai dan laut hanya perlu berjalan kaki turun dari tangga. Anda boleh duduk berteduh di kerusi bawah pokok sambil melayan sunset. Menarik bukan?
Untuk anda yang gemarkan water sport, dekat sini ada khidmat pelbagai jenis water sport mengikut harga dan juga jenis yang anda mahukan.
Kemudahan parkir letak kereta turut ada yang memudahkan tetamu parking di tingkat atas atau basement. Kemudahan tandas juga ada dan bersih. Untuk tetamu beragama Islam, surau yang selesa dan bersih juga ada untuk menunaikan ibadah.
Swimming pool di sini betul terletak bersebelahan dengan Famingo Cafe dan juga berhadapan dengan pantai. PERHATIAN penggunaan swimming pool di sini hanya untuk tetamu yang menginap di sini sahaja ya bukan untuk tetamu yang datang hanya untuk hidangan bufet.
Harga Saturday Lunch Buffet Taste of Malaysia
Harga untuk Sunday Buffet Lunch
RM60nett BUY 1 FREE 1 untuk orang Dewasa.
RM28nett untuk Kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun & warga Emas berumur 60 tahun ke atas
Tengok berapa banyak pinggan yang kami ambil atas meja. Itu semua menu yang kami cuba dan semuanya sedap.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hidangan Sunday Buffet Lunch '10th Anniversary Hotel Flamingo'🍽️sementara masa masih ada.
Hubungi 04 - 892 7167 untuk tempahan sekarang!
Selain Saturday Buffet Lunch '10th Anniversary ', ada juga menyediakan hidangan bufet yang lain.
Jika anda berminat untuk makan malam pada hari Sabtu ada menu Barbeque Party Meat & Seafood.
Untuk hidangan buffet makan tengah hari pada hari Sabtu pula, anda boleh mencuba hidangan bertemakan 'Taste of Malaysia'.
Untuk hilangkan dahaga pula ada dua pilihan hidangan air iaitu Sunset Breeze & Coco Light Brew. Dapatkan juga mini cup holder pelampung Pink Flamingo ❗
Flamingo Hotel by The Beach
Alamat : Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia
Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777
Email: generalenquiries@flamingo.com.my
Waktu Operasi : 7 pagi hingga 12 malam
Laman web : http://penang.flamingo.com.my
Facebook : Flamingo Hotel by The Beach Penang
Selamat Mencuba!
9 Comments
wah rugi tak grab buy 1 free 1 untuk dewasa ni. kalau buffet selalunya paling suka pilihan dessert yang bermacam tu, kalau boleh nak rasa semua dessert yang ada
ReplyDeleteAmboi bestnya ad buy 1 free one.Dekat hotel pulak tu. Makanan pun sedap2. Terliur betul tengok. View tmpt pun cantik. hehehe
ReplyDeleteBuy 1 Free 1 is a great deal! Especially suits for family or corporate gathering. Will inform my buddies at P.Pinang. Thanks!
ReplyDeletekira agak murah yer harga buffet dia sebab ada yg buy 1 free 1...if ada plan nak ke penang boleh menginapa kat hotel nih , makanan pun sedap2....
ReplyDeleteBanyak menu yang boleh dipilih untuk berbuka nanti. Aiskrim pun ada. Yang best sekali buy 1 free 1 tuh .Satu promosi yang bagus untuk tarik ramai pengunjung datang
ReplyDeleteberbaloi la dengan harga..lokasi...tapi ais krim goyang tu, aihhhhhhhh memanggil2
ReplyDeleteWah this is really worth it! So many delicious dishes plus buy 1 free 1 promo. Memang awesome la.
ReplyDeleteBestnya ada promosi buy 1 free 1 lak tu kalau datang berdua hehehehe dapat makan tengahari jimat tapi sayang jauh lah kita nak juga hehehe bila nak pergi Penang ni hurrmmm rindu makanan sana...
ReplyDeleteSeronknya kan, ada promosi buy 1 free 1, jimat lah sikit kalau datang berdua ngan anak bujang akak.
ReplyDelete