Salam dan Hai semua,
Sekali sekala Lia suka juga makan di mana-mana kafe atau restoran di area my hometown ni. Maklumlah Pulau Pinang kan memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap, pelbagai dan menyelerakan. Selain makanan legenda yang memang menjadi idaman orang luar atau Pulau Pinang sendiri untuk makan, Pulau Mutiara ini juga mempunyai restoran hebat dengan harga berpatutan untuk para pengunjung.
Lia nak mengesyorkan salah satu kafe atau restoran yang menyediakan makanan western dan fusion yang sangat sedap. Memang betul sedap sebab Lia dah cuba sendiri makan kat sini. Jom semua kita ke restoran 34 BISHOP.
Lia nak mengesyorkan salah satu kafe atau restoran yang menyediakan makanan western dan fusion yang sangat sedap. Memang betul sedap sebab Lia dah cuba sendiri makan kat sini. Jom semua kita ke restoran 34 BISHOP.
Lokasi 34 BISHOP
Terletak secara strategik di tengah-tengah bandar Georgetown dan beralamat di 34, Bishop Street 10200 George Town, Pulau Pinang. Anda akan lihat restoran ini di bangunan warisan lama Pulau Pinang. Dari hadapan restoran nampak seolah-oleh sangat kecil tetapi bila masuk ke dalamnya memanjang ke belakang.
Mengenai 34 BISHOP
34 BISHOP adalah kafe pork-free yang menawarkan pelbagai masakan Western dan Fusion yang lazat dalam suasana yang selesa dan mesra. Semasa menunggu makanan anda dihidangkan, anda boleh melihat sendiri mural dinding artistik dan akuarium besar dengan ikan eksotik yang besar!
Ketua Chef kami mempunyai pengalaman bekerja yang luas di pelbagai hotel dan restoran, yang mengkhususkan diri dalam memasak Cina, Barat dan Fusion. Ditubuhkan pada Januari 2019 dimana sebelum ini kedai yang lain dan nama yang berbeza.
Kalau sebut pasal kafe Pork-Free mestilah ramai yang was-was nak makan bukan ❓ Tapi jangan risau kafe ataupun restoran 34 BISHOP ini memanglah kafe pork-free tetapi kesemua bahan mental yang digunakan adalah dari pembekal yang Halal dan terdapat sijil Halal yang sah. Inilah status sebenar kafe dan sedikit pencerahan di mana ada yang was-was untuk mencuba makanan di sini. Kafe ini menerapkan mesra pelanggan terutamanya pelanggan beragama muslim dan juga bangsa lain.
Dekorasi 34 BISHOP
Kafe 34 BISHOP ini juga dikenali dengan kafe akuarium. Tetamu yang masuk dari pintu depan akan terus dapat lihat sebuah akuarium besar dengan beberapa jenis ikan eksotik yang besar di dalamnya. Ada juga ikan yang berusia hampir 30 tahun di sini.
Mata tetamu juga dihidangkan dengan mural dinding artistik dengan lukisan ikan pada setiap sudut kafe 34 BISHOP. Dekorasi dalaman kedai juga agak cozy, simple dan yang paling penting bersih. Kerusi dan meja juga teratur dan kemas. Dapat juga menampung lebih kurang 50 orang pengunjung dalam satu masa.
Sajian dan Menu di 34 BISHOP
Hidangan di sini bermula dengan Appetizer, Sanwich, Rice, Western & Fusion, Pasta, dan berakhir Dessert. Minuman panas dan sejuk juga disediakan boleh pilih sama ada Coffee, Matcha & Mocktail.
📌Signature Fried Rice with Grilled Sambal Chicken @ RM13.90
Nasi goreng pedas yang disyorkan oleh chef kami yang dihidangkan dengan Potongan Ayam Juicy Grilled dengan sambal belacan
📌Baked Salmon With Tomato Salsa @ RM33.90
📌 Creamy Fettuccine with Chicken and Assorted Mushroom @ RM16.90
📌Cheesecake of The Day @ RM12.90
📌Iced Cafe Latte @ RM10.90
📌Iced Matcha Presso @ RM13.90
📌Iced Lemon Tea @ RM6.90
📌Iced Premium Chocolate latte @ RM11.90
📌Passion Mint Mojito @ RM11.90
Ada promosi di sini. Jika anda membeli mana-mana hidangan Rice, Western & Fusion, dan juga Pasta anda hanya perlu tambah RM6.90 sahaja untuk dapatkan minuman Lemon Tea/Honey Lemon dan juga semangkuk Mushroom Soup.
Menu Recommended👍
💕 Mushroom Soup makan dengan Garlic Toast
💕 Wasabi Crispy Chicken Finger
💕 Buffalo Wings
💕 Signature Braised Lamb Shank with Garlic Mash
💕Salted Egg Yolk Chicken Chop
💕Grilled Honey Lemon Chicken With Pasta Marinara
💕Bananas Foster Frech Toast with Vanilla Ice cream
💕Iced Matcha Presso -
Kalau anda penggemar Matcha/greentea seperti Lia boleh cuba minuman ini
Bergambar di salah sudut mural dinding artistik di dalam restoran 34 Bishop |
Bergambar di salah sudut mural dinding artistik di dalam restoran 34 Bishop |
34 BISHOP
Alamat: 34, Bishop Street 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
11:30am - 10:30pm (Setiap hari Selasa sampai Ahad)
TUTUP setiap Hari Isnin
No Tel: +6012-405 1784
Facebook : https://www.facebook.com/34.bishop/
Instagram : https://www.instagram.com/34.bishop/?hl=en
#34bishop #aquariumcafe
19 Comments
Menu nya sedap2 dan harganya tak lah mahal mana. Berbaloi.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada sijil halal. Customer pun tak ragu-rahu
Sukanya konsep restoran dia. Simple je. Yang penting makanan dia semua nampak mengancam juga tu. Sebagai peminat kambing, lamb shank tu memang nampak mengancam betul lah. Aduhh bilalah nak ke Pulau Pinang ni. Kena try makanan kat sini juga ni. Hihi.
ReplyDeletenext time i pegi Penang surely I akn try tempat ni. Thank you Lia xdalah asyik makan nasi kandar hihi
ReplyDeleteKebetulan. Pagi td br buat reservation di hotel tg bungah. Nak bwk anak2 berjalan september nanti. In shaa Allah.
ReplyDeleteKami memang food hunters, lia. Nak gi mkan aje. Then jalan2.
Nak release tension anak br abis upsr :)
Tq for sharing.
tertarik dengan smoked salmon tu , nampak sedap ..yang menu lain pun tak kurang hebatnya ...bilalah dapat pelaung nak jalan2 penang ...
ReplyDeleteDah lama x ke penang.. kedai ni nampak klasik dari luar tp so cozy dekat dalam. Nampak selesa. Siapa suka bergambar mesti suka tempat ni kan utk lepak2. Menu pun byk pilihan
ReplyDeletewah pilihan menu di abanyak and not bad...semua nampak menyelerakan termasuklah air dia pun nampak sedap hehehe//kalau datang area sini bolehlah singgah nanti
ReplyDeleteTerbaik konsep restoran ni...bukan je design dia cantik tapi menu tu pun dah buat kecur air liur dah ni...Tapi ikan arapaima tu memang elbino ke?
ReplyDeleteSedapnya makanan2 dia, byk pilihan. Tapi sayang sis dh lama x ke Penang, kalau pergi bolehlah nanti singgah sini
ReplyDeleteLamanya tak turun penang. 34 Bishop unik nama cafe ni. Makanan dia semua nak best. Mula la perut ni kriuk kriuk mintak diisi. Bolehlah nanti bila turun Penang makan kat sini
ReplyDeletePenang memang syurga makanan.. next month nak ke penang boleh la nak pergi kedai ni. Tengok menu pun banyak pilihan makanan dan minuman yang boleh diorder nanti..
ReplyDeleteTerliur tengok..lama dah tak makan makanan western ni..Kalau bercuti ke pennag bolelahla lea bawwak nad ke sini ye..hehee..semua nampaksedap
ReplyDeletesedapnya makan menu western. craving teruk bila scroll gambar & baca entri. Kedai pun cantik & unik dari luar. tak sangka pulau pinang banyak tempat makan best eh.. yes next stop kena pergi penang la
ReplyDeleteWow bestnya! Tengok menu2 pun sedap dan menyelerakan. Konsep cafe pun moderate cantik je. Harga pun murah betui. hehehe.Boleh try ni kalau ke penang nanti. hehehe
ReplyDeleteEH MURAH ... tgk menu hmmmm not bad! tak sangka murah je... sedap sedap la nmpk smua tu lia... boleh singgah ni... tempat dia pun nmpk cozy sangat!!
ReplyDeleteWah... Tak sangka cafe cantik macam ni harga menu makanan nya amat berpatutan. Kira murah laaa..!!
ReplyDeleteSuka sudut mural kat dinding tu, best ni snap gambar selfie situ kannn.. Satu daya tarikan gak tu
Menu sedap-sedap tu dan Penang memang terkenal dengan makanan sodap-sodap belaka, saya nak plan cuti ke Penang pun sebab terpikat dgn makanannya :D
ReplyDeleteWoah! Harga berpatutan and selection menarik. Kalau ada dkt KL ni dh serang dah! Hehhe. Thank you kongsi. Boleh tmbah ni dlm list to terjah.
ReplyDeleteSesekali mkn western food sedap gak.. Kak pun suka, tgk menu2 dia sedap klu gi penang blh singgah
ReplyDelete