Salam dan Hai semua,
Entry ini adalah kesinambungan program "Balik Pulau Nature Xploration" selama 2 hari 1 malam pada 23 & 24 Oktober yang lepas bersama Tourism Malaysia Wilayan Utara (TMWU).
Pada tahun hadapan, Pulau Pinang adalah satu tempat untuk dilawati sempena Tahun Melawat 2020. Oleh itu, Kerajaan Pulau Pinang melancarkan “Experience Penang Year (EPY) 2020” dengan tagline Kepelbagaian Asia untuk menyambut keceriaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 – Visit Truly Asia Malaysia 2020
Balik Pulau Nature Xploration : Mangrove Tour di Taman Negara Pulau Pinang [Day 2]
|
Mangrove Tour di Taman Negara Pulau Pinang |
Pada hari kedua program ini, aktiviti kami dimulakan dengan Mangrove Tour di
Taman Negara Pulau Pinang. Of course ini yang Lia paling excited bayangkan walaupun orang Penang tapi tak pernah merasa aktiviti
Mangrove Tour di negeri sendiri. Bila ada peluang ini memang Lia tak lepaskan untuk join aktiviti ini.
|
Breakfast dulu sebelum aktiviti. |
Hari kedua, Lia bangun seawal 6.30 pagi bersiap, kemas beg dan terus check-out dari Hype Eco Park Resort. Terima kasih sekali lagi atas penginapan yang selesa dengan kemudahan yang disediakan. Selepas ini Lia akan recommeded kawan-kawan yang suka aktiviti memancing ataupun hiking di Taman Negara untuk menginap di sini. Lia terus simpan bag dalam kereta terus berjalan menuju Taman Negara Pulau Pinang untuk menikmati breakfast.
|
Nature Guide dari Penang Nature Tourist Association |
Nature Guide dari
Penang Nature Tourist Association ini sangat membantu kami sepanjang perjalanan kami di
Taman Negara Pulau Pinang . Untuk orang ramai yang ingin dapatkan khidmat Nature Guide
boleh singgah kedai seperti tertera gambar di atas. Memang sangat recommended & suka sangat dengan servis mereka. Kedai mereka betul di pintu masuk
Taman Negara Pulau Pinang.
📌Penang Nature Tourist Association
📪 Alamat : 4, Jalan Hassan Abas, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang
📞Tel : 04-881 4788
|
Taklimat ringkas sebelum aktiviti Mangrove |
Sebelum aktiviti
Mangrove Tour, kami diberikan taklimat ringkas dari Nature Guide,
Penang Nature Tourist Association.
|
Syok dapat naik boat lagi |
Kami menaiki boat juga di jeti Teluk Bahang bersama blogger Jumie Samsudin dan juga kakitangan TMWU.
Mangrove Tour
|
Mangrove Tour di Taman Negara Pulau Pinang |
Mangrove adalah bakau merupakan pokok semak atau kecil yang tumbuh di salin pantai atau air payau. Istilah Mangrove ini juga digunakan untuk tumbuh-tumbuhan pantai tropika yang terdiri daripada spesies tersebut. Mangrove berlaku di seluruh dunia di kawasan tropika dan subtropika termasuklah Pulau Pinang.
|
Mangrove Tour di Taman Negara Pulau Pinang |
|
Mangrove Tour di Taman Negara Pulau Pinang |
Kerajaan Persekutuan akan memastikan hutan bakau terakhir di Pulau Pinang tetap dilindungi. Hutan bakau Balik Pulau dilindungi oleh Jabatan Perhutanan adalah sebahagian daripada Taman Negara Pulau Pinang.
|
Mangrove Tour di Taman Negara Pulau Pinang |
Mangrove Tour kali ini sepanjang kawasan paya bakau di perairan barat daya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Jeti Teluk Bahang.
|
Mangrove Tour di Taman Negara Pulau Pinang |
Kami melalui satu jalan yang dipenuhi tiang bertanda sepanjang laut seperti pintu masuk ke mangrove. Inilah pengalaman Lia
Mangrove Tour di negeri sendiri. Rasa excited tak sangka pula Pinang Pinang ada tempat sebegini.
Ternampak ikan lumba-lumba (dolphin) dari jauh
|
Gambar sumber dari Wikipedia. Lia pinjam sebab nak gambarkan dekat korang rupa ikan lumba-lumba (dolphin) jenis Irrawaddy |
Dalam perjalanan ke sana, tiba-tiba pakcik bot kami berhentikan bot secara tiba-tiba dan bagitahu mengenai dolphin yang muncul. Kami hanya nampak dia melompat ke permukaan air dalam jarak yang jauh. Memang tak sempat nak capture dengan camera, kalau capture memang tak nampak. Kami terus rasa teruja dan diam di dalam bot, sambil menunggu dolphin jenis irrawaddy muncul ke permukaan. Walaupun takde gambar tetapi dapat juga melihat sendiri dolphin di perairan laut Pulau Pinang.
|
Kawasan bot nelayan di Mangrove Tour di Taman Negara Pulau Pinang |
|
Kawasan bot nelayan di Mangrove Tour di Taman Negara Pulau Pinang |
Ada juga kami lalu satu kawasan tempat berkumpulnya atau penempatan bot-bot nelayan seperti jeti.
|
Hmm Mangove Tour dah nak habis.. |
|
Goodbye pakcik boat yang bagi khidmat terbaik. |
Aktiviti
Mangrove Tour hampir selama 2 jam memang tak cukup bagi Lia. Masa telah mencemburi kami dan aktiviti
Mangrove Tour ini akan berakhir 😥Van sedang menunggu & kami meneruskan aktiviti kami di sekitar
Balik Pulau.
|
Pintu Kedua Taman Negara Pulau Pinang di Kuala Sungai Pinang Balik Pulau |
Penghujung Mangrove Tour kali ini boat terus berlabuh di pintu kedua Taman Negara Pulau Pinang, di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau
|
Goodbye our Nature Guide dari Penang Nature Tourist Association. Semoga berjumpa lagi! |
Di sini kami berpisah dengan Nature Guide, Penang Nature Tourist Association. Thanks both of you, En Shah dan En Md Ali yang sentiasa memberi tunjuk ajar sepanjang aktiviti di Taman Negara Pulau Pinang. Kalau korang perlukan Nature Guide sepanjang aktiviti di sini, bolehlah hubungi mereka. (Boleh rujuk maklumat yang diberikan di atas)
📌Taman Negara Pulau Pinang
📪 Alamat : Pejabat Taman Negara Pulau Pinang, Jalan Hassan Abas, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang
📞Tel : 04-881 3530
Barang yang perlu dibawa sepanjang Mangrove Tour❓
topi, air minuman, cermin mata hitam , sunclock, penghalau serangga, teropong (untuk melihat burung), baju hujan/poncho, kamera untuk bergambar
Apa yang hendak dipakai❓
Sila pakai kasut/sandal yang selesa, T-shirt cotton & seluar pendek/panjang (jangan pakai seluar jeans kerana mereka terlalu panas untuk iklim dan menjadi sangat berat ketika basah)
|
Group photo bersama blogger, media, Nature Guide & kakitangan TMWU |
Berakhirnya lah juga cerita di sekitar
Taman Negara Pulau Pinang untuk entry kali ini. Lia akan berkongsi pula aktiviti sepanjang di Balik Pulau untuk next entry.
Check it out!
Terima Kasih tak terhingga kepada
Tourism Malaysia Wilayan Utara(TMWU) atas jemputan
"Balik Pulau Nature Xploration" selama 2 hari 1 malam dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program. Memang memori yang tak dapat dilupakan dalam masa yang sama Lia bangga menjadi rakyat Pulau Pinang yang kaya dengan pelbagai tempat menarik untuk di lawati.
Lia nak seru semua di luar sana untuk datang ke Pulau Pinang & merasai sendiri pengalaman menarik di Pulau Pinang dengan
“Experience Penang Year (EPY) 2020” sempena
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 – Visit Truly Asia Malaysia 2020
Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web dan media sosial:
Facebook :
Tourism Malaysia Northern Region
Instagram :
@tourismmalaysianorthernregion
#visitmalaysia2020 #vm2020 #tourismmalaysia
0 Comments