Balik Pulau Nature Xploration : Penang ATV Eco Tour

Salam dan Hai semua,

Entry ini adalah kesinambungan program "Balik Pulau Nature Xploration" selama 2 hari 1 malam pada 23 & 24 Oktober yang lepas bersama Tourism Malaysia Wilayah Utara (TMWU). 

Pada tahun hadapan, Pulau Pinang adalah satu tempat untuk dilawati sempena Tahun Melawat 2020. Oleh itu, Kerajaan Pulau Pinang melancarkan “Experience Penang Year (EPY) 2020” dengan tagline Kepelbagaian Asia untuk menyambut keceriaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 – Visit Truly Asia Malaysia 2020

Balik Pulau Nature Xploration : Penang ATV Eco Tour [Day 2]

www.liahasty.com
Masih lagi aktiviti di hari kedua, dimana setelah selesai Mangrove Tour di Taman Negara Pulau Pinang kami teruskan dengan aktiviti di sekitar Balik Pulau. Yuhu!😍 Aktiviti yang paling tak sabar nak buat di Balik Pulau ialah Penang ATV ECO Tour iaitu menaiki ATV di sawah padi. Setibanya kami di pintu kedua Taman Negara Pulau Pinang, di Kuala Sungai Pinang, van sudah menanti kami untuk aktiviti seterusnya di Balik Pulau.

Balik Pulau Mural Street Art
Perjalanan kami di pekan Balik Pulau, kami ada singgah beberapa tempat yang ada mural street art di Balik Pulau. Korang jangan ingat hanya kawasan Georgetown sahaja yang ada mural street art, di Balik pun ada kurangnya.

www.liahasty.com
Uncle Roti Muniadi @ Roti Man

www.liahasty.com
Durian Mural di flat Tingkat Sri Genting by Nash Art

www.liahasty.com
Lily Garden Fresh Mural di flat Lily Garden, Jalan Bukit Penara by Nash Art

www.liahasty.com
Lily Garden Fresh Mural di flat Lily Garden, Jalan Bukit Penara by Nash Art

www.liahasty.com
Fish Mural Plakat Fighting Fish & tiger barb di flat Lily Garden, Jalan Bukit Penara by Nash Art

www.liahasty.com
Balik Pulau Graffiti Art di flat Lily Garden, Jalan Bukit Penara by Farid Sarudin Art, Luqman Rosnan1111 & National Art Gallery MY

Ada banyak lagi selain di atas, kalau pergi pekan Balik Pulau, korang boleh cari mural street art yang lain seperti : Silat Mural, Old Fisherman Mural, The Silversmith Mural, Hakka Dancing Girls, Rubber Tapping, Monkey, Just a face, A Wall full of Adventure, A sleeping giant, A playful cat or hungry one, Small people Huge Durian, dan banyak lagi.

www.liahasty.com
Lunch di restoran Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau
Perut sudah lapar kami di bawa makan tengah hari di salah satu restoran terkenal di Balik Pulau iaitu Mak Ngah Gulai Warisan.

www.liahasty.com
Pelbagai jenis lauk pauk di restoran Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau
Mak Ngah Gulai Warisan menyediakan nasi campur dengan pelbagai jenis lauk cercita rasa kampung yang banyak pilihan dan sedap terkenal di Balik Pulau.

www.liahasty.com
Makanan tengah hari kami di  restoranMak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau
📌Mak Ngah Gulai Warisan
📪 Alamat : Jalan Sungai Nipah, Kampung Permatang Tengah, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
📞Tel : 010-219 4520
Facebook : Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau

Kami berhenti solat Zuhur di Masjid Qaryah Kampung Perlis lebih kurang 200m daripada Penang ATV ECO Tour.

www.liahasty.com
Penang ATV Eco Tour Balik Pulau 
www.liahasty.com
ATV di Penang ATV Eco Tour Balik Pulau
www.liahasty.com
ATV di Penang ATV Eco Tour Balik Pulau
Pukul 2 petang, aktiviti ini diteruskan dengan ATV ECO Tour yang memang dinanti-nantikan. Lia memang peminat ATV sebab dulu memang Lia selalu bawa bila jadi part time crew di X Park beberapa tahun lepas. Tetapi Lia tak pernah berpeluang menaiki ATV di hometown sendiri. Kali ini bila dengar ada ATV ECO Tour di kawasan Balik Pulau memang Lia sangat Excited.

www.liahasty.com
Wajib pakai safety helmet, shower cap & mask
www.liahasty.com
Yeah I'm ready!
Apapun kalau buat aktiviti lasak macam ni Safety First❗ Kami kena pakai hair net shower cap, safety helmet & face mask terlebih dahulu.

www.liahasty.com
Sebelum ATV ride kena dengar penerangan dari marshall dahulu
Kemudian kami diberi penerangan oleh marshall terlatih lebih kurang 10 minit disini mengenai safety ketika memandu, menukar gear, cara pemanduan dan sekiranya ada masalah perlu angkat tangan untuk bantuan marshall.

www.liahasty.com
Pengembaraan ATV Ride bermula!
Kami seramai 20 orang dilepaskan satu persatu dan mesti ikut satu barisan. Di bahagian hadapan ada seorang marshall dan beberapa orang kakitangan lain yang mengekori kami.

www.liahasty.com
ATV Ride yang melalui kawasan pokok kelapa di kiri dan kanan
ATV ride beramai-ramai lalui kawasan sawah padi
www.liahasty.com
ATV ride beramai-ramai lalui kawasan sawah padi
www.liahasty.com
ATV ride beramai-ramai lalui kawasan sawah padi
www.liahasty.com
Pemandangan sawah padi di Balik Pulau
www.liahasty.com
Pemandangan sawah padi di Balik Pulau
www.liahasty.com
ATV ride yang melalui kawasan tali air @ sungai
www.liahasty.com
ATV ride yang melalui kawasan tali air @ sungai
www.liahasty.com
Dapat tengok orang kampung menjala ikan di sungai
www.liahasty.com
ATV ride yang melalui kawasan kebun
Perjalanan kami untuk ATV ECO Tour ini sepanjang 10 km lebih kurang 2 jam. Perjalanan kami adalah melewati kawasan perkampungan, sawah padi, payah bakau, kolam ikan, kebun buah-buahan, kebun sayuran dan pantai. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat kawasan rumah kampung, sawah padi, burung-burung berterbangan memang nampak tenang dan indah jer. Dalam masa yang sama kami juga dapat tengok aktiviti penduduk kami yang ada di sini. Memang layan sangat view kat sini rasa tenang dari serabut otak dengan traffic jam tengah Georgetown tu kan.

www.liahasty.com
Bergambar bersama ATV di sawah padi
www.liahasty.com
Berehat seketika di sawah padi
Kami juga berenti selama 30 minit untuk sesi bergambar solo dan beramai-ramai. Bila lagi nak mengabdikan diri lagi bergambar dengan ATV & sawah padi.

www.liahasty.com
Alamak terbabas masuk sungai pulak dah.
Perjalananan pulang diteruskan lagi, tiba-tiba ada benda buruk jadi dimana salah seorang penumpang gagal mengawal ATV terus masuk dalam sungai. Punca masuk sungai sebab elak buah nyok (Orang Penang buah kepala ataupun nyior tu buah Nyok). Memang benda tu sangat lawak masalahnya ramai yang tukang gelak dari tolong. Nasib baik ada marshall & kakitangan yang lain datang membantu. Mangsa jatuh selamat tiada kecederaan & ATV pun takde apa jadi. Ingat tu naik ATV pun kena berhati-hati tau.

www.liahasty.com
Selfie bersama blogger dan juga kakitangan Penang ATV Eco Tour
Apa pun Lia sangat salute dengan marshall & kakitangan Penang ATV ECO Tour Balik Pulau yang sangat berdedikasi dan sentiasa jaga kami sepanjang ride. Tolong mangsa jatuh sungai & naikkan ATV ke permukaan. Ada satu part ada satu kawasan sempit yang dimana kami beramai-ramai ingin lalu kawasan tersebut kemudian ada 1 kereta di hadapan. Terjadi sedikit sesak, kemudian marshall datang bantu ubah ATV setiap seorang ke tepi untuk kereta lalu kemudian kami teruskan perjalanan.

www.liahasty.com
Dalam semua ATV kali ini Lia pilih warna hitam sebab nampak smart sangat
www.liahasty.com
Habislah lekat lumpur lepas masuk kawasan sawah. Tapi yang ni lah best & adventure!
Penang ATV ECO Tour Balik Pulau ini menyediakan rental ATV dengan harga yang berpatutan. Dalam masa yang sama setiap ATV Ride mesti akan diikuti dengan marshall. Minimum booking 2 orang untuk 1 trip dan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Setiap trip mesti diikuti dengan marshall.

www.liahasty.com
Terima Kasih Tourism Malaysia Wilayah Utara atas jemputan dan memori terindah
Penang ATV ECO Tour Balik Pulau memang sangat best, tidak mengecewakan dan berbaloi dengan harga dan aktiviti yang dilakukan. Kalau hangpa mai Balik Pulau please try ATV Ride kat sini. Memang Lia sangat recommended❗ Kalau nak tahu harga boleh rujuk di bawah :

www.liahasty.com

NORMAL RATE: MALAYSIAN WITH MYCARD
👉RM100 per ATV for 1 Pax (Single)
👉RM150 per ATV for 2 Pax (Double)

NORMAL RATE :NON LOCAL WITHOUT MYCARD
👉RM150 per ATV for 1 Pax (Single)
👉RM200 per ATV for 2 Pax (Double)

SUNSET SLOT ADDITIONAL (6PM ride only)
👉RM50/PER TRIP

📌Penang ATV ECO Tour
📪 Alamat : 298, Mukim 1, Kampung Perlis, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
📞Tel : 019-462 1883
Instagram : @penangatvecotour


Penyampaian sijil perhargaan dari En Ahmad Husni
Jamuan ringan selepas ATV Ride
Makan dulu sebelum balik!
Sebelum berakhir majlis, kami menjamu selera sedikit (Tea Break) dan sesi penyampaian sijil untuk para peserta. Dan dengan ini berakhirlah acara "Balik Pulau Nature Xploration" dan Tahniah kepada TMWU atas anjuran.

www.liahasty.com
Yeah group photo bersama kakitangan Penang ATV Eco Tour, blogger, media dan kakitangan TMWU.
 Maka berakhirlah aktiviti kami sepanjang 2 hari 1 malam di Penang ATV ECO Tour. Berangkat pulang ke dengan van dari Balik Pulau ke Eco Hyde Park Resort dimana kereta Lia parking di sana. Kemudian masing-masing beransur pulang ke kediaman masing-masing.

Terima Kasih tak terhingga kepada Tourism Malaysia Wilayan Utara(TMWU) atas jemputan "Balik Pulau Nature Xploration" selama 2 hari 1 malam dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program. Memang memori yang tak dapat dilupakan dalam masa yang sama Lia bangga menjadi rakyat Pulau Pinang yang kaya dengan pelbagai tempat menarik untuk di lawati.

Lia nak seru semua di luar sana untuk datang ke Pulau Pinang & merasai sendiri pengalaman menarik di Pulau Pinang dengan “Experience Penang Year (EPY) 2020” sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 – Visit Truly Asia Malaysia 2020

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web dan media sosial:
Facebook : Tourism Malaysia Northern Region
Instagram : @tourismmalaysianorthernregion

 #visitmalaysia2020 #vm2020 #tourismmalaysia 

Post a Comment

1 Comments

  1. Many thanks, this website is really valuable. Deskgram - sponsored app displaying ads next to its claims to be a desktop Instagram version. Deskgram is the website that claims to be.

    ReplyDelete