Rawatan Buang Jeragat, Bintik Hitam & Pigmentasi di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko Juru

Salam dan Hai semua,

Sebelum ini Lia pernah berkongsi pengalaman Rawatan Wajah Pico Toning & Laser Dual Yellow di Klinik Pakar Kulit di cawangan klinik DR KO Skin Specialist di Penang (AutoWorld), Bandar Juru, Pulau Pinang. Kali ini Lia ingin membuat rawatan membuang jeragat, bintik hitam & pigmentasi di sekitar wajah pula. Lia akan berkongsikan pengalaman dan juga testimoni untuk anda semua sepanjang rawatan.

Rawatan Buang Jeragat, Bintik Hitam & Pigmentasi di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko Juru

Selama ini, Lia ingatkan kulit bebas dari masalah rupanya tanpa sedari ada jeragat yang muncul. Ingatkan kulit wajah dah bersih setiap kali cuci dengan pencuci wajah. Bila datang ke klinik DR KO Skin Specialist baru lah tahu rupanya ada jeragat. Jeragat yang Lia alami masih baru tak nampak tak sangat ketara tapi masih boleh dirawat. Banyak punca terjadinya bintik hitam atau pigmentasi antaranya peningkatan umur, pendedahan matahari, kerosakan tisu kulit, perubahan hormon, genetik dan bahan kimia. 

Pengalaman Rawatan Buang Jeragat di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko Juru

Rawatan Buang Jeragat, Bintik Hitam & Pigmentasi di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko Juru
Seperti biasa, setiap kali anda atau pengunjung lain yang sampai di klinik DR KO Skin Specialist, Penang (AutoWorld), Bandar Juru akan disambut oleh kakitangan di kaunter. Anda akan diminta duduk sebentar dan dihidangkan makanan ringan, secawan air dan biskut.

Sebelum memulakan rawatan anda perlu berjumpa dengan doktor Dr Edmond Lau KH untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga jenis rawatan. Kali ini Lia akan membuat rawatan membuang jeragat di sekitar wajah dengan menggunakan laser dengan mesin Laser Dual Yellow

Rawatan Buang Jeragat, Bintik Hitam & Pigmentasi di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko Juru
Kemudian terus masuk ke bilik rawatan, baring di atas katil yang disediakan dan juga dipakaikan shower cap. Seperti biasa, semua memulakan rawatan kulit wajah akan dibersihkan terlebih dahulu dari segala solekan dan kekotoran.

Rawatan Buang Jeragat, Bintik Hitam & Pigmentasi di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko Juru
Kemudian, kulit wajah Lia disapukan krim ke seluruhan wajah.

Inilah rupa muka yang disapukan penuh krim. Fungsi krim ini juga adalah untuk tahan kalis laser masa rawatan. Kesakitan semasa rawatan juga dapat dikurangkan.

Kulit wajah juga dibalut dengan plastik dan dibiarkan selama 30 minit.

Selepas 30 minit, krim muka ditanggalkan dan dibersihkan. Kulit wajah Lia rasa macam tebal seolah-olah pakai botox😅 Memang rasa agak kebas sikit seluruh muka ni tetapi dalam masa yang sama rasa kulit fresh je.

Kemudian, rawatan buang jeragat diteruskan oleh Dr Edmond Lau KH dengan menggunakan mesin Laser Dual Yellow. Doktor akan membuang bintik-bintik yang ada di wajah. Kacamata khas juga dipakaikan untuk mengelakan cahaya laser terkena mata.

Pada mulanya memang ada rasa sedikit sakit bila terkena laser, tetapi dah tak risau sebab pada mulanya dah dipakaikan krim selama 30 minit. Inilah fungsi krim ini yang buatkan kulit yang rasa tebal dan kebas sementara ini bertujuan mengurangkan rasa sakit akibat laser.

Selepas rawatan laser, kakitangan di sini terus bancuh dan sapukan mask ke wajah untuk proses menyejukkan dan menenangkan kulit wajah. Kita boleh berehat sebentar ataupun nap time sekejap sambil tenangkan minda & fikiran.

Mask ini terus menutup mata dan mulut dan hanya dibiarkan di kawasan lubang hidung untuk bernafas. Mask ini dibiarkan selama 5 minit. Rasa macam agak berat juga mask bila kena muka 😆 Nasib baik sekejap sahaja 😐 Mask ini macam proses penyejukan wajah selepas rawatan laser gitu.

Doktor juga ada memberikan krim pelembap wajah untuk disapukan selepas membersihkan kulit wajah.

RESULT, REVIEW & VERDICT

Hari Pertama (1)

Muka Sebelum (BEFORE) selepas solekan dibersihkan dan selepas 30 minit krim disapukan.

Muka Selepas (AFTER) selepas rawatan laser membuang jeragat. Anda akan nampak kesan bintik-bintik hitam di wajah seperti freckles. Rawatan jeragat ini memang ada downtime dan akan mengambil masa juga untuk hilang. Depends dengan kulit wajah seseorang adanya beberapa hari ada juga yang ambil masa seminggu.

Ini Lia sempat selfie bare face selepas buat rawatan buang jeragat dengan mesin laser Dual Laser Yellow di DR KO Skin Specialist. Ini baru hari pertama di mana masih nampak kesan bintik hitam selepas rawatan laser. Lia kena tunggu beberapa hari barulah akan nampak hasilnya. 

Lia nak berkongsikan juga gambar testimoni selepas beberapa hari menjalankan rawatan.

Hari Kedua (2)
Hari Ke-2 kulit masih ketara nampak kesan hitam laser dan masih belum pulih sepenuhnya.

Hari Keempat (4)
Hari ke-4 dah mula nampak kesan hitam mulai pudar dan kulit bertambah cantik.

Hari Keenam (6)
Hari Ke-6 bintik hitam dan kesan laser hilang sepenuhnya dan kulit semakin cantik dan sekata.

Korang dah nampak sendiri hasil dan kesan rawatan buang jeragat yang Lia lalui di DR KO Skin Specialist. Untuk anda yang mempunyai masalah jeragat yang sangat teruk, memang Lia mengesyorkan untuk dapatkan khidmat nasihat dan membuat rawatan di sini. Dengan pengalaman yang Lia kongsikan, anda sendiri dapat lihat kesannya. 


Lia dah cuba buat rawatan di DR KO Skin Specialist. Anda bila lagi ❓ 

Untuk anda yang ingin dapatkan rawatan kulit di boleh kunjungi cawangan seperti alamat tertera di bawah dan lawat media sosial. 


DR KO Skin Specialist 

Penang (AutoWorld)
PT 1797-1-4A (Plot15A) First Floor, Kompleks Auto World, Jalan Perusahaan Juru Interchange, 13600 Perai, Pulau Pinang

T: +604 5025 240
T: +6013-6704288
F : +604 5027 079

Waktu Operasi :
Isnin hingga Jummat (10 pagi - 7 petang)
Sabtu (10 pagi - 6 malam)
TUTUP PADA HARI AHAD 

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web & media sosial :

 DR KO Skin Specialist 

Post a Comment

4 Comments