Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Kulit Dr Ko Juru

Salam dan Hai semua,

Sebelum ini Lia pernah berkongsi pengalaman pelbagai rawatan kulit dijalankan di Klinik Pakar Kulit di cawangan klinik DR KO Skin Specialist di Penang (AutoWorld), Bandar Juru, Pulau Pinang. Anda boleh search dan baca sendiri pengalaman Lia sepanjang rawatan di blog post sebelum ini. Antara beberapa rawatan yang pernah Lia cuba seperti rawatan pico toning & laser, rawatan buang jeragat, bintik hitam & pigmentasi dan juga rawatan kecilkan liang pori. 

Dalam masa yang sama untuk memastikan kulit wajah sentiasa terawat & kekalkan kondisi kulit wajah yang baik, Lia juga mengaplikasikan produk wajah dari DR KO. Memang hasilnya yang sangat memberangsangkan dan kulit menjadi lebih bersih & cerah. 

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Kulit Dr Ko Juru

Kali ini Lia ingin membuat rawatan GentlePeel di sekitar wajah. Lia akan berkongsikan pengalaman dan juga testimoni untuk anda semua sepanjang rawatan. Sebelum itu Lia nak bercerita dulu mengenai rawatan GentlePeel

Apa itu GentlePeel

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru
GentlePeel adalah rawatan yang menggabungkan pengelupasan tanpa invasif dengan penyampaian penyelesaian khusus kulit yang mendalam untuk memperbaiki dan menghidupkan semula kulit anda.

✅ Non Invasive
✅ Non Surgical
✅ Delivers Instant Results
✅ No discomfort / Downtime

Mengapa semua orang inginkan rawatan GentlePeel 

✔ GentlePeel adalah rawatan kulit paling dinamik yang ada sekarang. ini adalah satu-satunya prosedur yang memberikan kedua pengelupasan tanpa invasif dan penyampaian penyelesaian topikal khusus kulit di bawah tekanan, menjadikan pesakit dengan kulit yang lebih segar dan berwajah lebih cantik. 

✔ GentlePeel selamat dan tidak menyakitkan, meninggalkan pesakit dengan kulit yang lebih segar dan berwajah cantik. 

✔ GentlePeel selamat dan tidak menyakitkan, memungkinkan pesakit untuk meraih manfaat secara cepat tanpa komplikasi dan ketidakselesaan yang biasanya berkaitan dengan microdermabrasion, pengelupasan kimia, laser, dan rawatan invasif lain. 

✔ Selain itu, GentlePeel unik kerana tidak menggunakan kristal atau zarah kasar yang boleh merengsakan kulit anda.

Jenis kulit yang sesuai dengan rawatan GentlePeel 

GentlePeel merawat dengan berkesan semua jenis kulit dan menangani pelbagai keadaan dermatologi termasuk hiperpigmentasi, jerawat, kekeringan dan kedutan garis halus.

penyahhidratan (dehydration)
Tanda visual dehidrasi yang paling biasa adalah kulit kering, mengelupas dan kedutan halus. larutan GentlePeel ini berfungsi untuk menghidrasi semula kulit.

hiperpigmentasi
Sinaran matahari menyebabkan kerosakan dari masa ke masa. Penyelesaian GentlePeel ini berfungsi untuk mengurangkan kesan buruk sinar matahari dan mengembalikan warna kulit anda

jerawat
GentlePeel ini adalah salah satu rawatan jerawat yang paling berkesan.

formula anti-oksidan
Vitamin c, ekstrak algae, ekstrak biji vitis vinifera (anggur) untuk membantu pembaikan radikal bebas dan sintesis kolagen. Panthenol, Allantoin dan Sodium Hyaluronate untuk memulihkan dan menghidrat dengan kelembapan. Aloe, Camellia dan Gliserin untuk mengurangkan kemerahan dan menenangkan kulit.

Mengapa perlu rawatan GentlePeel 

👉 formula mikrodermabrasi dengan menyediakan pengelupasan dan penyerapan secara serentak
rawatan yang tidak menyakitkan dan menenangkan
👉hasil yang ketara, kesan segera dan peningkatan kulit yang berkekalan
👉 kembali ke aktiviti biasa seperti biasa
👉formulasi topikal khusus pelanggan untuk memenuhi keperluan penjagaan kulit anda yang unik
👉Menghilangkan risiko dan masalah kesihatan berasaskan aluminium kristal 

Rawatan GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Sebelum Rawatan GentlePeel, kena tanggalkan dahulu pakaian, sarungkan kain yang disediakan sehingga paras dada (berkemban), ikat rambut kemas & masukkan dalam shower cap. Kemudian baring di atas katil sepanjang rawatan.

P/S : Jangan risau segan nak berkemban ketika rawatan. Kita akan ditutup dengan tuala di bahagian dada. Untuk shoulder massage, staff wanita yang akan buat.

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru
Seperti biasa sebelum apa-apa jenis rawatan, kakitangan akan membersihkan kulit wajah dari segala solekan. Kemudian kapas muka ditampalkan ke mata.

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru
Seterusnya rawatan GentlePeel bermula dan dibuat sendiri oleh Dr Edmund Lau. Rawatan GentlePeel biasanya sekitar 20 minit & memberikan ubat semasa rawatan, dan rawatan post-treatment anda cepat dan mudah. Rawatan GentlePeel juga boleh menangani keadaan kulit untuk menghidrat, mencerahkan, antioksidan, dan jerawat.

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru

 Rawatan GentlePeel takdelah sakit sangat (painless), kulit muka rasa macam disedut & dihisap. Tak rasa macam rawatan laser yang pernah buat sebelum ini. Kulit wajah pun tak disapukan apa-apa krim sebelum rawatan. Sepanjang rawatan kulit rasa sedikit menggelupas dan tegang yang menjadikan kulit berasa sihat dan licin. Kelembapan yang membuatkan kulit rasa sejuk dan segar.

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru
 Rawatan kali ini menggunakan mesin GentlePeel.

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru
Selepas rawatan mesin GentlePeel, seterusnya di sambung oleh kakitangan klnik yang lain. Kali ini segala sisa white head & black head akan dibuang.

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru
Kemudian kakitangan menyapukan serum menyerap ke kulit wajah. 

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Selalunya selepas proses rawatan, setiap patient akan dipakaikan mask untuk proses penyejukan gitu. Kali ini Lia request untuk pakai mask tutup semua bahagian wajah kecuali hidung dan mulut sahaja.
Mask ini dibiarkan selama lebih kurang 15 - 20 minit. Staff di sini juga bagitahu proses ini kita boleh rileks & tidur sekejap sementara sambil tenangkan fikiran. Yes memang jadi cuma pada mulanya Lia fobia bila mask tutup bahagian mata ni.

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru
Yang paling best rawatan kali ini, part last ada shoulder massage. Jangan risau kakitangan wanita akan membuat urutan ini. Terus rasa sakit-sakit di bahu dan badan hilang dengan susana tenang & relax.

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru
Done my treatment 😍 Keseluruhan rawatan GentlePeel ambil masa lebih kurang 1 jam.

Lia nak berkongsikan juga gambar testimoni selepas menjalankan rawatan.

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Kulit akan panas suam sedikit & pink kemerahan (pinkish glow) selepas rawatan. Kemudian muka hilang & pudar dalam 30 minit, menjadikan kulit kelihatan sihat dan segar.

Untuk kekalkan rawatan ini, pakar estetik akan mengesyorkan untuk sentiasa aplikasi pelembap, hydrating cleansers, serum dan sunscreen yang boleh digunakan di rumah untuk meningkatkan dan mengekalkan hasilnya.

Hasil rawatan GentlePeel dapat dilihat selepas rawatan pertama. Hasil yang berpanjangan dan lebih ketara akan dapat dilihat setelah 4 hingga 6 kali rawatan dijarakkan antara 7 - 10 hari. Hasil dapat dikekalkan dengan ditambah dengan rutin penjagaan harian kulit wajah.

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru
Seperti biasa selalunya pengunjung yang datang buat rawatan akan disajikan dengan minuman & snek ringan sama ada sebelum atau selepas rawatan.

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru
Terima kasih juga kepada kakitangan klinik Dr Ko Juru (Fara, Candy, Dr Edmund dan kakitangan yang lain) sebab surprisekan sepotong birthday cake untuk birthday bulan Jun lepas.




Lia dah cuba buat rawatan di DR KO Skin Specialist. Anda bila lagi ❓ 

Nak tau mengenai rawatan kulit wajah yang lain  ❓
Anda juga boleh membaca pengalaman Lia sepanjang rawatan di Klinik Dr Ko 👇👇👇

Untuk anda yang ingin dapatkan rawatan kulit di boleh kunjungi cawangan seperti alamat tertera di bawah dan lawat media sosial. 

Rawatan Kulit GentlePeel di Klinik Pakar Dr Ko Juru

DR KO Skin Specialist 

Penang (AutoWorld)
PT 1797-1-4A (Plot15A) First Floor, Kompleks Auto World, Jalan Perusahaan Juru Interchange, 13600 Perai, Pulau Pinang

T: +604 5025 240
T: +6013-6704288
F : +604 5027 079

Waktu Operasi :
Isnin hingga Jummat (10 pagi - 7 petang)
Sabtu (10 pagi - 6 malam)
TUTUP PADA HARI AHAD 

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web & media sosial :

 DR KO Skin Specialist 

Post a Comment

0 Comments