Salam dan Hai semua,
Selalunya Lia banyak berkongsi makanan menarik di sekitar Pulau Pinang. Kali ini nak berkongsi pula salah satu port menarik makan di Perak. Pada bulan Julai yang lepas, Lia ada staycation di sekitar Ipoh dan menginap The Haven Ipoh, Tambun bersama kawan-kawan yang lain Nazrul, Eintan Nurfuzie, Criz Lai, & Tan See Wah.
Makan Sambil Mandi Sungai di La Cottage Cafe & Chalet, Kampar, Perak
Kami berlima ingin mencuba sesuatu yang menarik untuk makan tengah hari. Mula-mula nak makan tempat yang beraircond dan selesa. Lepas tu terus nak ubah angin nak cuba konsep makan dalam sungai. Criz Lai terus recommend nak makan di La Cottage Cafe & Chalet & terus buat booking. Rasanya sudah ramai restoran yang buat konsep makan dalam sungai di Malaysia. Tetapi kalau anda berdekatan dengan area Kampar boleh cuba makan di La Cottage Cafe & Chalet.
Perjalanan dari Tambun Ipoh ke La Cottage Cafe & Chalet lebih kurang 40 minit. Sepanjang perjalanan sempat berenti sekejap di gerai tepi jalan makan durian, maklumlah ada antara kami yang hantu durian. Sempat juga borong petai bawa balik. Nak tapau juga durian makan di kafe nanti tapi tak ada bawa tupperware. Walaupun hantu durian kami tak sanggup bau durian kuat dalam kereta tau 😂 So kami decide makan kat situ je & teruskan perjalanan.
La Cottage Cafe & Chalet, Kampar, Perak
La Cottage Cafe & Chalet beralamat di Jalan Menduk Sahom, Kampung Sahom, Kampar, Perak. La Cottage Cafe & Chalet menyediakan kafe dan chalet di lembah Sahom Kampar berkonsep makan dalam sungai di tempat penginapan yang diusahakan pleh Chef Akob & Adila . Sebelum datang sini kena tempah dulu makanan sekurang-kurangnya 1 hari awal. Tak perlu berkongsi meja atau buffet dengan keluarga lain. Tiada had masa nak melepak sampai subuh pun boleh.
Bila sampai kawasan parking di dalam La Cottage Cafe & Chalet ini sangat terhad. Hanya beberapa biji kereta sahaja yang boleh parking di dalam kawasan. Tempat ini mudah dicari hanya berdasarkan kepada google map ataupun waze dah boleh jumpa.Hanya perlu google nama sahaja. Memandu keluar dari exit tol Ipoh Selatan dan masuk ke exit tol Gopeng.
Kami sampai kemudian kena parking rapat di bahu jalan. Dari atas flyover dah boleh nampak La Cottage Cafe & Chalet dari kawasan atas. Boleh nampak pengunjung tengah menjamu selera & ada yang bermandi-manda. Terus excited lapar nak makan + bestnya nak mandi sungai.😍
Kami pun berjalan kaki dari kawasan bahu jalan menuju ke La Cottage Cafe & Chalet. Anda akan nampak sepanjang jalan masuk dipenuhi dengan pokok kelapa sawit di kiri & kanan. Di setiap pokok digantung banner setiap jenis pakej makan yang ada di sini.
Ada susunan meja kerusi tempat duduk di bahagian atas dan juga bahagian bawah iaitu duduk makan kaki sambil rendam dalam sungai. Kalau boleh kena booking awal sehari kalau anda nak makan di meja bawah di dalam sungai ini. La Cottage Cafe & Chalet selalunya dipenuhi dengan kedatangan pengunjung bersama keluarga, trip konvoi motor dan juga datang bersama kawan-kawan.
La Cottage Cafe & Chalet ada menyediakan beberapa buah chatlet untuk pengunjung datang menginap di sini. Tetapi jika pengunjung yang nak datang makan balik hari macam kami berlima boleh saja. Jangan risau ada kemudahan tandas yang disediakan untuk bertukar pakaian & juga surau untuk solat.
Di sini ingin pengunjung merasakan sendiri pengalaman menjamu selera sambil makan di dalam sungai berdekatan. Jika anda sudah membuat tempahan terus datang di sini dan mereka sudah menyediakan meja makan untuk anda. Kemudian makanan mula perlahan-lahan di hantar ke meja anda.
Set Menu Udang Galah
Kami berlima makan set Menu Udang Galah untuk 6 orang berharga RM 230.00. Jika anda tidak mahu menunggu lama makanan sampai dengan pengunjung lain, tempah dahulu makanan anda ya!
📌Nasi Teratai
Nasi yang dibalut dengan daun bunga teratai. Pengunjung boleh tambah nasi di sini, FREE-FLOW.
📌Ayam Bakar
📌Udang Galah
📌Gulai Kawah
📌Kerabu
📌Ulam-ulaman
📌Sambal Belacan, Air Asam & Sambal Tempoyak
📌Telur Masin & Ikan Masin
📌1 jag air sirap
Kami ada tambah juga 2 jag air teh tarik dan air suam
📌Buah-buahan
📌Pinggan, mangkuk dan sudu juga disediakan
Kalau dari bab makanan, sumpah makanan kat sini sedap dan berbaloi dengan harga. Pastikan perut kosong datang sini sebelum datang makan kat sini. Boleh makan nasi dengan lauk udang galah yang sedap, tambahan ada lauk lain lagi ayam bakar pun sedap & gulai kawah memang terbaik. Penambah rasa telur masin & ikan masin. Peminat ulam-ulaman juga disediakan dengan 3 jenis sambal (air asam, sambal belacan & sambal tempoyak). Kalau makan dah kenyang boleh stop sekejap kemudian sambung makan balik lepas penat main & mandi air sungai.
Sempat bergambar sebelum menjamu selera, memang betul betul suasana baru dapat makan sambil rendam kaki dalam sungai. Air sungai pun sejuk sahaja bila rendam kaki. Kami betul-betul enjoy makan tengah hari kami.
Eh selain menu set Menu Udang Galah untuk 6 orang berharga RM 230.00 yang kami makan, anda juga boleh datang cuba set menu lain jika datang berkungjung di sini. Antaranya :
👉 Menu Ayam Bakar (6 orang) @ RM 150.00
👉 Menu Keli Bakar (6 orang) @ RM 170.00
👉 Menu Itik Rendang (6 orang) @ RM 180.00
👉 Menu Tilapia Merah Bakar (6 orang) @ RM 190.00
Pakej Chalet
📪 2 hari 1 malam @ RM 150.00
2 adult 2 child
📪Peak Hour Cuti Perayaan
2 hari 1 malam @ RM 180.00
2 adult 2 child
RM45 x 4 kali makan
Makan Petang - 5 petang
Makan Malam - 8 malam
Makan Pagi - 7.30 pagi
Makan Tengah Hari - 12.30 tengah hari
So lepas makan mandi lah apa lagi terus terjun sungai lah main air, berendam, bergosip. Air sungai memang sejuk sangat, teruja tengok keluarga & anak-anak dorang main air. So bila kami lapar balik terus pergi ke meja, makan dan minum balik😁😂. Jangan risau pasal makan kami dah request 'tudung saji' tutup makan.
Masa berjalan dalam sungai memang sakit kaki sikit sebab batu besar-besar. Menyesal pulak tak bawa aqua hoes snorkeling tu kalau tak boleh jalan tanpa terhuyung hayang 😅 Anyway batu besar tu untuk mengelakan mendap ataupun hakisan dari dibawa arus air sungai. So meja dan kerusi dalam air pun tak tenggelam. Korang tau tak owner kedai tu sendiri akan menyapu batu-batu dalam air setiap hari. Lagipun kawasan air terjun ke lokasi dalam 30 km, ambil masa juga untuk apa-apa jadi di sini. Kalau apa jadi sekalipun di puncak air terjun masa cuaca tak elok, mereka akan alert mengenai air naik. So tak payah risau nak makan & mandi sini 👍
Sepanjang di sana, memang Lia betul enjoy tempat ni sambil makan, mandi sungai dan bergambar. Memang tempat riadah yang baru dan sesuai untuk family yang dan juga datang bersama kawan-kawan.
Untuk pengetahuan semua juga, dalam radius 20km dari La Cottage Cafe & Chalet, anda juga boleh buat aktiviti memancing, menjala, makan durian, lawatan ke kampung orang Asli, jungle tracking dan lain-lain selain makan dalam sungai. Anda juga boleh terokai beberapa tempat ini juga antaranya :
1.Gua Tempurung
2. Muzium Bijih Timah
3. Gunung Bujang Melaka
4. Tapak peninggalan perang dunia ke-2
5. Gua Sanding & Gua ular
6. Air terjun Lata Kinjang
7. 9 buah kampung org asal sekitar La Cottage Cafe & Chalet
Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi laman social media :
La Cottage Cafe & Chalet
📍Alamat : Jalan Menduk Sahom, Kampung Sahom, Kampar, Perak
📞No. Tel : 013 - 496 6014
1 Comments
lamaaaaaa dah teringin nak makan dlm sungai cengginiiii
ReplyDeletebilalah nak kesampaian