Salam dan Hai,
Adakah anda menjaga kesihatan dengan baik❓
Adakah anda menjaga kesihatan usus anda❓
Tahukan anda usus di dalam badan anda memainkan peranan penting dalam proses penghadaman dan pencernaan. Makanan & diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan usus akan mengalami masalah sembelit, kembung & cirit birit.
Oleh itu, anda perlu senitiasa amalkan diet yang seimbang untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Ini adalah satu cara untuk dapatkan usus yang sihat. Sekaligus dapat mencegah penyakit usus seperti kanser usus besar dan usus kecil, serta penyakit melibatkan iritasi pada usus (Irritable Bowel Syndrome).
Di dalam bahagian usus kita juga terdapat bakteria usus terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat. Kandungan bakteria-bakteria ini perlulah seimbang untuk memastikan sistem penghadaman berjalan lancar dan menggalakkan penyerapan nutrien yang lebih berkesan.
'GKB Probizyme' - Suplemen Untuk Kekalkan Kesihatan Usus Yang Sihat
Terdapat banyak makanan seperti buah-buahan, kekacang, sayuran dan oat yang perlu diamalkan untuk kesihatan usus. Kadang-kala bila dah terlalu busy dengan kerja ditambah pula dengan tekanan pola pemakanan kita jadi tak tentu. Mungkin juga kita jarang ambil makanan berserat, buah-buahan, & sayur-sayuran. Tetapi jangan risau sekarang Lia dah jumpa produk suplemen tambahan GKB Probizymes untuk tingkatkan kesihatan usus
GKB Probizyme (MAL18076009N)
Ciri-ciri Produk
- 3g x 30 Sachet
Indikasi
Sebagai supplemen untuk mengekalkan kesihatan usus yang baik.
Product Highlights
GKB Probizymes diformulasikan dengan Probiotik, Prebiotik, Enzim Karbohidrat, Enzim Protein dan Enzim Lipid yang membantu menolong masalah pencernaan.
Pembungkusan Produk
Produk GKB Probizymes ini didatangkan dengan kotak berwarna putih dan ungu dan sekelilingnya dilabelkan nama produk, keterangan produk, alamat dikilangkan, bahan dan kandungan, & cara penggunaan dalam bahasa Inggeris
Bentuk Produk
Produk GKB Probizymes didatangkan dalam bentuk sachet 3g sebanyak 30 keping.
Sachet GKB Probizymes dalam serbuk berwarna putih dan mudah larut dalam air.
Kebaikan Produk
👉 Setiap sachet mengandungi 1.5 bilion CFU setiap sachet pada tarikh pembuatan
👉 Meningkatkan ekologi flora usus
👉 Membantu sembelit dan cirit-birit
👉 Mengekalkan fungsi usus
👉 Meningkatkan mikroflora probiotik
👉 Meningkatkan frekuensi najis
👉 Menghidrolisis pati dan karbohidrat
👉 Membantu hidrolisis protein dalam keadaan pH yang berbeza.
👉 Hidrolisis lipid menjadi monogliserida, digliserida, gliserin, dan asid lemak bebas.
Cara Pengambilan
Untuk Orang Dewasa :
💕Ambil satu sachet (serbuk 3g) sekali sehari atau seperti yang disyorkan oleh doktor atau ahli farmasi, sebaik-baiknya selepas makan.
💕Masukkan 1 sachet ke dalam segelas air, kacau dengan baik dan segera makan.
Pastikan kacau sebelum diminum.
Rasa air dari serbuk sangat tawar dan mudah untuk diminum. Tak perlu risau jika rasa kelat atau apa. Bagi Lia saya okay sebab selalunya susah nak minum jika air terlalu kelat, jika air tawar sebegini senang nak minum tanpa rasa was-was. Memang senang nak amalkan setiap hari.
Penyimpanan :
✔ Simpan di bawah suhu 30C.
✔ Jauhkan daripada cahaya dan kelembapan
✔ Jauhkan dari capaian kanak-kanak.
Bahan dan Kandungan
• Bifidobacterium Longum - 40mg
• Lactobacillus Rhamnosus -20mg
• Protease - 80mg
• Papain - 80mg
• Bromelain - 40mg
• Amylase - 40mg
• Lactase - 40mg
• Invertase - 40mg
• Lipase - 20mg
• Glucoamylase Silicon Dioxide Isomaltulose - 20mg
Harga :
RM 69.00
RM 69.00
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
📎 Laman web : https://www.mygkb.com/
📎 Facebook : https://www.facebook.com/mygkb/
📎 Instagram : https://www.instagram.com/mygkb/
14 Comments
tawar tu maksudnya macam minum air masak ke? Okay jugak tu tak rasa manis atau masam. Senang tekak nak terima
ReplyDeletebagus kan produk dari gkb ni. leya Ada beli supplements untuk anak dari gkb ni. memang memuaskan. supplements untuk pencernaan jugak, tetapi untuk kanak-kanak
ReplyDeleteTak pernah dengar supplements usus. Bagus ni ntk detoks. Harga pon affordable. Nak jaga makan tu kadang2 ter skip jugak.
ReplyDeleteBoleh la cuba ni.. sbb mmg tgh layan masalah sembelit ni.. tambah lg suka sbb airnya tawar kan?.. xsuka yg ada rs kelat, pahit semua tu
ReplyDeleteKesihatan usus memang sangat penting sebab jika sihat dalaman, insyaAllah luaran pun akan cantik gak.
ReplyDeleteKata orang kalau usus tak sihat berat badan susah nak turun. So memang bagus amalkan ni untuk kesihatan kan..
ReplyDeleteTak pernah dengar nama suplemen ni. Tapi nmpk mcm bagus untuk kesihatan usus...mungkin someday boleh cuba
ReplyDeleteMy first time get to know about this brand. Is this for those yang ada masalah digestion and constipation?
ReplyDeleteHi dear, Ye. product ini boleh dimakan untuk yang ada masalah pencernaan atau sembelit.
DeleteDari segi harga mampu dimiliki lagi ni. Mana mana yang ada masalah tu boleh je ga cuba kan. Kita kena jaga dalaman kita.
ReplyDeletemacam menarik juga produk untuk usus..boleh recommend kat pak cik yang ada masalah pembuangan..harga pun affordable..lagi okay lia cakap tawar ye..kalau manis xelok jgk..hehe
ReplyDeleteBaru tahu pasal produk ni, thanks for sharing. BTW murah nya rm69 untuk satu kotak tu ye. boleh lah consume bila sembelit nanti
ReplyDeleteSaya telah mencubanya selama seminggu, memang ada perubahan positif. Akan teruskan.
ReplyDeleteAda kesan sampingan X masa ambil.
Delete