Rawatan rambut dengan KUNDAL Macadamia Ultra Hair Treatment - Baby Powder

Salam dan Hai semua,

Selain penjagaan wajah, penjagaan rambut juga penting untuk memastikan rambut sentiasa bersih dan sihat. Rambut juga merupakan mahkota yang perlu dijaga rapi untuk penampilan yang berkeyakinan.  Rambut juga sering terdedah dengan pelbagai masalah seperti rambut kering, kelemumur dan banyak lagi. Oleh itu, kita perlu rajin membersihkan rambut dengan syampu yang sesuai ketika mandi mengikut kekerapan yang anda suka.

Rawatan rambut dengan KUNDAL Macadamia Ultra Hair Treatment - Baby Powder

Bila dah cuci rambut bersih dengan syampu, jangan lupa rambut kita juga perlukan conditioner dan juga treatment untuk memastikan rambut di bahagian bawah lembut, terurus dan tidak bercabang. Selain bersyampu rambut, LH juga menitik beratkan penjagaan dengan memakai hair treatment. Kali ini LH nak kongsikan dengan anda semua salah satu produk hair treatment iaitu KUNDAL Honey & Macadamia, Hydro-Intensive Protein perisa 'Baby Powder'

KUNDAL
Korea No 1 Brand

Rawatan rambut dengan KUNDAL Macadamia Ultra Hair Treatment - Baby Powder

Keterangan Produk

KUNDAL berusaha memberikan produk penjagaan diri yang mewah, hebat dan hijau yang disukai semua orang. KUNDAL mahu menjadi sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari rutin harian setiap orang. KUNDALmencipta dan memimpin dunia di mana keindahan alam disambut dan dihormati. KUNDAL ingin meninggalkan kesan yang berkekalan di luar botol yang menangkap intipati alam semula jadi.

Bentuk Produk



Rawatan rambut dengan KUNDAL Macadamia Ultra Hair Treatment - Baby Powder

Rawatan rambut dengan KUNDAL Macadamia Ultra Hair Treatment - Baby Powder

Produk KUNDAL Honey & Macadamia, Hydro-Intensive Protein perisa 'Baby Powder' didatangkan dalam bekas botol berpenutup berwarna ungu dan bahagian atas boleh dibuka dan juga dipicit untuk kegunaan yang berwarna hitam. 

Rawatan rambut dengan KUNDAL Macadamia Ultra Hair Treatment - Baby Powder
Produk ini dilabelkan nama produk, berat produk, cara penggunaan, amaran, bahan dan kandungan dan juga alamat dikilangkan.

Bahan dan Kandungan

Madu & Macadamia
Protein Intensif Hidro.

Gabungan Rose, Ylang ylang dan Iris membuat anda berasa selesa dan lembut. Gema Musk dan Cedarwood menambah aroma. Ia akan membuatkan anda jatuh cinta dan membangkitkan naluri pelindung.

Kebaikan Produk

Rawatan Rambut Premium 500ml

Rawatan rambut dengan KUNDAL Macadamia Ultra Hair Treatment - Baby Powder

✔ Mengandungi 29 bahan semula jadi
✔ Membantu mengekalkan keseimbangan pH untuk kulit kepala dan rambut
✔ Semua bahan adalah EWG Green Grade (kecuali wangian)
✔ 6 minyak ekstrak tumbuhan yang menyuburkan rambut
✔ Mengandungi protein LPP yang cepat diserap oleh rambut
✔ Diuji negatif untuk 10 bahan berbahaya
   (7 jenis Paraben, Benzophenone, MIT, CMIT)
✔ Diuji hipoalergenik 

Tekstur produk

Baby Powder
Soft, Tender, and lovely scent like a baby

Produk ini mempunyai pelbagai perisa seperti White Mush, Cherry Blossom, Ylang Ylang, Pink GrapeFruit tetapi LH mencuba perisa Baby Powder.

Tekstur produk ini datang dalam bentuk cecair warna putih yang pekat dan baunya memang seperti bedak bayi.

Cara Penggunaan Produk
👉 Letakkan jumlah yang sesuai di telapak tangan anda. 
👉 Sapukan pada rambut anda dan urut dengan lembut. 
👉 Biarkan selama 3-5 minit. Bilas dengan air suam.

Amaran ❗
1. Sekiranya terdapat kesan sampingan seperti ruam merah, bengkak dan gatal semasa menggunakan alat kosmetik ini, atau sekiranya gejala seperti itu muncul oleh cahaya matahari langsung setelah menggunakannya, segera berjumpa doktor kulit.

2. Jangan sapukan pada bahagian yang anda mempunyai parut, eksim atau dermatitis.

3. Langkah berjaga-jaga untuk rawatan dan penyimpanan:
 ✅ Jauhkan dari jangkauan kanak-kanak. 
✅ Elakkan cahaya matahari langsung.

4. Segera cuci sekiranya produk masuk ke mata.


Berat produk : 500ml

Harga : RM28

Boleh dapatkan produk ini di pasaran Guardian sekarang ❗

Ataupun anda boleh membeli secara online di Shopee, Lazada & Qoo10 


Untuk maklumat mengenai produk, anda juga boleh kunjungi laman web dan social media 👇

Post a Comment

0 Comments