Rawatan Brightening & Open Pore di Klinik Pakar Dr Ko Juru

 Salam dan Hai semua,

Kali ini Lia nak berkongsikan pengalaman rawatan Brightening & Open Pore dijalankan di Klinik Pakar Kulit di cawangan klinik DR KO Skin Specialist di Penang (AutoWorld), Bandar Juru, Pulau Pinang. Ini adalah rawatan kulit muka yang lain & memang tak sama dengan rawatan-rawatan sebelum ini. Antara beberapa rawatan yang pernah Lia cuba seperti rawatan pico toning & laser, rawatan buang jeragat, bintik hitam & pigmentasi, rawatan kecilkan liang pori & GentlePeel.

Rawatan Brightening & Open Pore di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Sebab apa Lia katakan rawatan Brightening & Open Pore kali ni agak berbeza & tak sama dengan rawatan yang lain kerana bagi Lia rawatan kali agak mencabar & perlu tabah 💪Tetapi hasilnya kulit lebih terawat dan bertambah cantik. Nak tahu apa yang yang dikatakan berbeza ini, jom baca dengan lebih lanjut.

Rawatan Brightening & Open Pore di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Rawatan Brightening & Open Pore di Klinik Pakar Dr Ko Juru
Seperti biasa sebelum rawatan, kakitangan akan membersihkan segala kotoran & solekan di seluruh wajah. Setiap kali rawatan, anda perlu baring, dipakaikan shower cap untuk kebersihan & diselimutkan untuk keselesaan.

Rawatan Brightening & Open Pore di Klinik Pakar Dr Ko Juru
Seterusnya kulit muka disapukan dengan gel terlebih dahulu untuk menahan rasa sakit bila rawatan laser. Fungsi gel ini juga adalah untuk tahan kalis laser masa rawatan. Kesakitan semasa rawatan juga dapat dikurangkan. Inilah fungsi gel ini yang buatkan kulit yang rasa tebal dan kebas sementara ini bertujuan mengurangkan rasa sakit akibat laser.

Rawatan Brightening & Open Pore di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Kemudian muka dibalut dengan plastik dan dibiarkan selama 20 minit. Selepas 20 minit, plastik dibuka dan muka dibersihkan sehingga bersih. Memang lepas tu muka rasa tebal & kebas macam pakai botox 😂

Seterusnya rawatan Brightening & Open Pore bermula dan dibuat sendiri oleh Dr Edmund Lau. Rawatan Brightening & Open Pore biasanya sekitar 20 hingga 30 minit dan menggunakan mesin laser teknologi baru Discovery Pico.  

Sebelum tu Lia nak explain sedikit mengenai Discovery Pico

Apakah Discovery Pico❓
Discovery Pico adalah seperti pemadam menghilangkan masalah kulit. Ianya adalah rawatan laser terkini dan termaju untuk memadamkan & menghilangkan tatu, pigmentasi, ketaksekataan kulit dan tanda-tanda penuaan. Mesin laser ini diimport dari Italy, teknologi baru Discovery Pico menggunakan denyutan yang paling pendek dalam pasaran, yang diukur dalam unit pikosaat untuk menghilangkan pigmentasi dari bahagian dalam kulit, memberikan anda kulit yang cerah, dengan hasil yang selamat dan selesa.

Bagaimana ia berfungsi
Cahaya laser Discovery Pico disasarkan kepada pigmen yang tidak diingini, yang sepadan dengan panjang gelombang laser tertentu dalam denyutan pikosaat yang ultrapendek. Denyutan ini memecahkan pigmen menjadi partikel yang sangat kecil, yang kemudiannya disingkirkan dengan mudah melalui proses semula jadi tubuh

Mengapa Memilih Rawatan Discovery Pico
Discovery Pico ialah alternatif utama kepada kaedah pembuangan tatu tradisional ataupun masalah kulit wajah dengan menggunakan laser. Ia lebih lembut, lebih baik, lebih cepat dan lebih kuat berbanding penyelesaian laser yang lain.

Discovery Pico sesuai untuk :
👉 Tatu berwarna
👉 Pigmentasi
👉 Bintik-bintik kulit
👉 Tanda-tanda penuaan
👉 Ketaksekataan kulit



Kalau sebelum ini Lia pernah buat rawatan pertama kali di DR KO Skin Specialist di Penang (AutoWorld), Bandar Juru, dengan menggunakan mesin Discovery Pico. Kali ini menggunakan mesin laser yang sama untuk rawatan seterusnya iaitu Brightening & Open Pore

Rawatan Brightening & Open Pore di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Kalau sebelum ini, rawatan laser bagi Lia macam semut gigit & tak berapa sakit. Kali ini Rawatan Brightening & Open Pore bagi Lia agak mencabar dimana kena tahan sakit sikit terkena cahaya laser sepanjang rawatan. Walaupun dah disapukan gel & rasa kulit muka dah tebal, tapi bila cahaya laser kena muka memang nak kena tahan. Maklumlah kan beauty is pain 👩, so nak cantik kena bertahan sekejap lah 😄

Masa pertama kali rawatan laser dengan mesin Discovery Pico, cahaya laser yang digunakan agak sedikit sebab tak berapa sakit. Kali ni cahaya laser agak kuat mungkin juga disebabkan rawatan kali ini berbeza untuk kesan jangka masa panjang. 

Tapi jangan risau walaupun sakit sedikit, kakitangan di sini akan memegang salur tiub ke bahagian muka setiap kali doktor guna mesin laser. Salur tiub dihembuskan di muka akan rasa cool dan sejuk sikit. Kurang sikit rasa panas cahaya laser bila terkena kulit.

Rawatan Brightening & Open Pore di Klinik Pakar Dr Ko Juru
Selepas rawatan laser, kakitangan di sini terus bancuh dan sapukan mask ke wajah untuk proses menyejukkan dan menenangkan kulit wajah. Kita boleh berehat sebentar ataupun nap time sekejap sambil tenangkan minda & fikiran.


Selalunya selepas proses rawatan, setiap patient akan dipakaikan mask untuk proses penyejukan gitu. Kali ini Lia request untuk pakai mask tutup semua bahagian wajah kecuali hidung dan mulut sahaja.
Mask ini dibiarkan selama lebih kurang 15 - 20 minit. Staff di sini juga bagitahu proses ini kita boleh rileks & tidur sekejap sementara sambil tenangkan fikiran. Yes memang jadi cuma pada mulanya Lia fobia bila mask tutup bahagian mata ni.

Done my treatment 😍 Keseluruhan rawatan Brightening & Open Pore ambil masa lebih kurang 1 - 2 jam.

Doktor juga ada memberikan derma membrance cream (DMC) untuk disapukan sepanjang tempoh selepas rawatan. Setiap kali rasa tak selesa ataupun gatal terus sapukan krim. Sepanjang tempoh baikpulih kulit, Lia hanya dibenarkan mencuci wajah dengan cleanser dan apply sunblock sahaja. Hanya dibenarkan mengggunakan 3 produk ini sahaja sepanjang tempoh ini sehingga kulit dah kembali pulih. Semestinya Lia pakai produk dari Dr Ko sendiri iaitu Purifying Cleansing Gel & Aqua Gel Sunsreen SPF55.

RESULT, REVIEW & VERDICT

Lia nak berkongsikan juga gambar testimoni selepas menjalankan rawatan.

Selepas rawatan
Rawatan Brightening & Open Pore di Klinik Pakar Dr Ko Juru

Ini adalah gambar betul-betul selepas treatment . Korang jangan terkejut ya habis kulit muka jadi merah macam terbakar & rasa sakit sedikit selepas rawatan laser. Dalam masa yang sama, masih rasa gatal-gatal tetapi tak boleh garu, hanya sapu krim DMC. Sejam selepas rawatan, balik rumah dah mula kurang rasa sakit. Kakitangan di sini juga banyak kali berpesan jangan risau hasil rawatan ini tak lama selepas beberapa hari kulit akan menjadi normal dan kemerahan akan hilang perlahan-lahan. Then hasilnya kulit akan bertambah cantik 😋 I pun tak sabar nak tunggu hasil rawatan ini😏

Hari Pertama (1)

Selepas bangun dari tidur keesokan harinya, kulit yang kemerahan sudah berkurangan tetapi masih rasa gatal-gatal lagi. Masih lagi sentiasa sapukan krim DMC.

Hari Kedua (2)

Hari kedua kemerahan sudah mulai hilang tetapi masih rasa sama tetap rasa gatal.

Hari Ketiga (3)

Hari ketiga kemerahan sudah hilang tetapi masih hanya rasa gatal sedikit dahaja di beberapa kawasan. Tetapi dah boleh nampak kulit dah makin baik dan elok.

Hari Kelima (5)

Kemerahan & gatal sudah tak rasa lagi. Tetapi boleh tengok kulit dan makin cerah dah kesan masalah kulit lain dah hilang.

Hari Ketujuh (7)

Inilah hasil selepas seminggu selepas rawatan kulit wajah Brightening & Open Pore. Memang pada mulanya kulit jadi kemerahan seperti terbakar tetapi setiap hari menunjukkan kesan yang memberansangkan. Korang boleh lihat sendiri kulit wajah bertambah cerah dan cantik bukan.

Tempoh baikpulih kulit selepas rawatan Brightening & Open Pore ini tak sama. Ada yang ambil masa beberapa hari sahaja ada juga seminggu, bergantung kepada individu dan juga jenis kulit.


Lia dah cuba buat rawatan di DR KO Skin Specialist. Anda bila lagi ❓ 

Nak tau mengenai rawatan kulit wajah yang lain  ❓
Anda juga boleh membaca pengalaman Lia sepanjang rawatan di Klinik Dr Ko 👇👇👇

Untuk anda yang ingin dapatkan rawatan kulit di boleh kunjungi cawangan seperti alamat tertera di bawah dan lawat media sosial. 

Rawatan Brightening & Open Pore di Klinik Pakar Dr Ko Juru

DR KO Skin Specialist 

Penang (AutoWorld)
PT 1797-1-4A (Plot15A) First Floor, Kompleks Auto World, Jalan Perusahaan Juru Interchange, 13600 Perai, Pulau Pinang

T: +604 5025 240
T: +6013-6704288
F : +604 5027 079

Waktu Operasi :
Isnin hingga Jummat (10 pagi - 7 petang)
Sabtu (10 pagi - 6 malam)
TUTUP PADA HARI AHAD 

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web & media sosial :

 DR KO Skin Specialist 


Post a Comment

0 Comments