Salam dan Hai semua 🙋
Tahu tak apa my favorite produk bila bila buat aktiviti outdoor & berjemur di bawah cahaya matahari ❓
Mestilah produk Sunscreen yang melindungi kulit dan kita bebas melakukan aktiviti kegemaran di bawah matahari terik. Sebelum ini Lia ada menggunakan produk Sunscreen NUViT Daily Defender & juga NUViT SunbloX - Minuman Perlindungan kulit luar dari sinar matahari dari NUViT. Kali ini Lia nak cuba produk Sunscreen baru iaitu NUVit Clean Beauty Pristine Eco-Shield Sunscreen SPF50+****
Sunscreen memang produk skincare yang wajib ada pasa setiap wanita. Lia sangat mementingkan sunscreen disebabkan Lia banyak melakukan aktiviti outdoor & banyak berada di bawah cahaya matahari. So memang sunscreen is my bestfriend ðŸ‘
Untuk anda yang gemarkan aktiviti air seperti snorkeling dan diving, sangat recommend untuk menggunakan NUVit Clean Beauty Pristine Eco-Shield Sunscreen SPF50+****. Ini kerana tak semua sunscreen itu sea friendly (mesra laut). Ada juga produk sunscreen yang lain bahan didalamnya akan merosakan tumbuhan dan hidupan laut.
Hypoallergenic & Eco-friendly protection within your reach.
"Clean Beauty" - Tren Baru Dalam Dunia Kesihatan
Bagaimana Pelindung Matahari Boleh Dianggap Sebagai Mesra Laut
Berdasarkan Kumpulan Kerja Alam Sekitar (EWG), pelindung matahari yang meninggalkan kesan minimal terhadap tubuh manusia dan lautan mematuhi 4 syarat berikut :
✒ Produk Bukan Nano
✒ Bukan sembur
✒ Tidak mengandungi bahan bertoksik
Mesra Kulit - Mesra Alam
Spektrum Cahaya dan Kesihatan Kulit
Cahaya matahari terdiri daripada beberapa spektrum sinar: sinar ultra ungu (UV), cahaya tampak dan cahaya inframerah. Secara sederhana, cahaya matahari adalah bagus untuk kesihatan, tetapi pendedahan yang kerap boleh menjejaskan kulit dari segi permukaan dan peringkat sel.
Panjang Gelombang Kritikal dan Perlindungan UVA
Panjang gelombang kritikal adalah panjang gelombang di mana pelindung matahari membenarkan penembusan sinar matahari sebanyak 10%. Pelindung matahari dengan panjang gelombang kritikal lebih daripada 370mm dianggap memberikan perlindungan UVA yang baik. NUViT Pristine Eco-Shield Sunscreen mempunyai panjang gelombang kritikal > 386mm yang menunjukkan bahawa ia memberikan perlindungan UVA yang sangat baik ❗
CIRI-CIRI PRODUK
PEMBUNGKUSAN PRODUK
Produk NUViT Pristine Eco-Shield Sunscreen ini didatangkan dengan kotak kecil berwarna turquoise. Disekeliling kotak dilabelkan nama produk, keterangan produk, cara penggunaan, bahan dan kandungan, alamat dikilangkan, dan berat produk.
BENTUK PRODUK
Produk NUViT Pristine Eco-Shield Sunscreen dalam bentuk botol tiub berpenutup bersaiz 60ml juga berwarna turquoise. Disekeliling produk dilabelkan nama produk, keterangan produk, cara penggunaan, bahan dan kandungan, alamat dikilangkan, dan berat produk. Buka penutup bahagian bawah akan nampak satu tiub untuk picit losyen untuk kegunaan.
TEKSTUR PRODUK
Tekstur NUViT Pristine Eco-Shield Sunscreen dalam bentuk cecair berwarna putih, ringan, & mudah menyerap bila disapukan.
BAHAN DAN KANDUNGAN
CARA PENGGUNAAN
Sapukan amaun yang sesuai pada seluruh muka dan leher sebelum melakukan aktiviti luar. Sapu semua setiap 2 jam atau sejurus selepas berenang atau berpeluh,
Harga :
60ml @ RM 68.00
WHERE TO BUY
Anda boleh dapatkan produk NUViT Pristine Eco-Shield Sunscreen terus di laman web 🠊 KLIK SINI
0 Comments