Salam dan Hai semua 🙋
Lama betul tak update masak-masak di blog Lia ni ya. Okay kali ni nak kongsikan satu menu simple dan cepat iaitu Salmon with Lemon Butter Sauce. Resepi masak kali ni sempena peraduan #SmoothLikeAnchorButterChallenge. Kita sahut cabaran memasak dengan menggunakan salted ataupun unsalted Anchor Butter.
Anchor - 100% New Zealand Pure Butter
Jenama Anchor memang tak perlu diperkenalkan lagi. Merupakan jenama yang dikenali ramai dengan produk yang berkualiti. Anchor juga mengeluarkan beberapa produk butter & cheese di pasaran Pelbagai masakan dan resepi yang boleh boleh dimasak dengan menggunakan produk Anchor ini.
Di sini Lia nak kongsikan satu resepi menggunakan salah satu produk unsalted butter Anchor bersama anda semua.
Salmon with Lemon Butter Sauce
👉 Salmon
Perapkan dengan garam 🧂& lada hitam, lumurkan dengan olive oil selama 5 - 10 minit
☑ sedikit olive oil
☑ 2 ulas bawang putih
☑ 100ml susu cair
☑ 70gram unsalted butter Anchor
☑ 1/2 biji perahan lemon
☑ garam secukup rasa
☑ sedikit lada putih, chili flakes & daun parsley
Cara Memasak
▶️ Panaskan pan 🍳 dengan olive oil. Masak salmon selama 1-2 minit untuk kedua bahagian sehingga garing & angkat.
▶️ Tambah sedikit olive oil, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
▶️ Masukkan 100 ml susu cair & kacau sebati dengan whisk.
▶️ Masukkan perahan 1/2 biji lemon & kacau sehingga sos pekat.
▶️ Hidangkan ikan salmon di atas pinggan bersama salad 🥗 & tuangkan Lemon Butter Sauce ke atas ikan.
Sedia untuk dimakan 🙂
Selamat Mencuba 👌
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
📎 Instagram : https://www.instagram.com/anchordairymy/
📎 Facebook : https://www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY
#DairyliciousMY #AnchorDairyMalaysia #SmoothLikeAnchorButterChallenge
0 Comments