Kafe Makanan Sihat, Berkhasiat dan Sedap di Puree Juice Penang

    Salam dan Hai semua 👋🙋


Entry kali ini, sis Lia nak berkongsikan salah satu restoran/kafe yang menyediakan menu sihat dan menarik iaitu Puree Juice Penang yang merupakan salah satu pilihan untuk menjamu selera. 


Anda seoorang vegetarian atau on diet yang mencari makan sihat untuk makan bersama keluarga atau kawan-kawan❗❓ Puree Juice Penang adalah pilihan tepat utuk anda datang berkunjung dan menikmati hidangan di sini.

Kafe Makanan Sihat, Berkhasiat dan Sedap di Puree Juice Penang

Mengenai Restoran Puree Juice Penang

  

Puree Juice Penang beralamat di  1113, Jalan Sekolah, Kampung Juru, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Untuk anda yang memandu kereta, jangan risau terdapat banyak parking lot yang ada di luar sana

Puree Juice Penang ini sangat sesuai untuk yang ingin menjamu selera bersama pasangan, orang tersayang, keluarga, kawan-kawan & juga rakan sepejabat. Sangat sesuai untuk sambutan hari jadi, dan sebagainya.

Puree Juice Penang beroperasi setiap hari dan waktu operasi pada Isnin hingga Jumaat bermula pada 10.00 am hingga 7.30pm, hari Sabtu & Ahad bermula pada 10.00 am hingga 6.30pm


Dekorasi Cafe Puree Juice Penang

Dekorasi Puree Juice Penang ini sangat unik & kreatif, kenapa ❓ 

Kafe ini berkonsepkan kafe minimalis estetik, simple & menarik bersesuaian dengan konsep makanan sihat yang ingin ditampilkan oleh kafe Puree Juice Penang ini.

Kafe ini ada 2 bahagian, with shoes & no shoes. Pelanggan boleh pilih dimana anda mahu menikmati hidangan anda

 



Kalau anda datang sini terus akan nampak, signboard besar & akan nampak pintu kecil untuk masuk ke dalam kafe. Bahagian (with shoes) ini hanya ada 3 meja dan kawasan ini sangat kecil. Sesuai untuk pelanggan yang datang 1 hingga 4 orang.

Tapi jangan risau, anda akan nampak ada satu lagi pintu masuk sambung ke bahagian (without shoes) dimana kawasan ini lebih luas dan sesuai untuk makan dalam kuantiti ramai.



Pelanggan perlu menanggalkan kasut anda dan letak ditempat yang disediakan. Jangan risau kafe ini sangat bersih. Ada juga kemudahan tandas untuk pelanggan.






 

Di bahagian ini ada banyak meja dan kerusi untuk pelanggan. Ada banyak ruangan anda hanya perlu pilih sahaja. Boleh juga duduk di sofa yang disediakan.



Di bahagian balcony, ada mini event space sesuai untuk apa sahaja majlis keramaian. Ada juga kemudahan faciliti TV dan aircond yang disediakan.

Puree Juice Penang sangat bersih dan selesa untuk para pengunjung yang datang di sini. Ianya dapat menampung pelanggan 30 hingga 40 orang dalam satu masa. 

 Dekorasi dan susunan perabot bersesuaian dan berpadanan di dalam restoran ini. Tampak luas, tidak sarat dan padat berpadanan dengan konsep. 

Sajian & Menu di Puree Juice Penang


Puree Juice Penang menyajikan banyak menu & pelbagai pilihan makanan dan juga minuman. Untuk makanan ada menu Pasta, Heatlth Food, Western Food, Healthy Toast & Snack. Untuk minuman pula ada menu Juice, Vegie Juice, Power Shake, Health & Beauty, Smoothies & Frappe. Untuk pencuci mulut atau dessert, anda boleh cuba hidangan cereal dan buah-buahan seperti Smoothies Art, Chia Seed Pudding, Smoothies Bowl.

Jom kita lihat beberapa menu makanan yang sis cuba :

Pasta


📌Mushroom Spagetti Aglio Olio @ RM 12.90

Wild mushroom, Extra Olive Oil, English Parsley, Garlic, Chili Flakes, Brocolli

326 callories

Western Food


📌Aussie Chicke Wrap with French Fries @ RM 15.90

Chiaseed wrap. Chicken Fillet, Lettuce, Aussie Carrot. Tomato & Mayonnaise

459 callories

Healthy Toast

📌Raw Avocado Egg Toast @ RM 13.90

Wholemeal Bread, Raw Avocado, Scramble Egg, Lettuce, Black, Pepper

Untuk hidangan minuman pula sis cuba minuman fruits juice yang segar, antaranya :



Fruit Juice

📌 Sunkist @ RM 9.90

 Dragonfruit, Lemon, Lime & Orange

Veggie Juice

📌Green Boost @ RM 9.90

Spinach, Celery. Lemon, Apple

📌 Ong Mari

Health & Beauty

📌 Kiwi, Apple, Mint RM 10.90

Smoothies


📌Smoothies Art - Purple Berries
Small Size @ RM 18.90
Big Size @ RM 24.90

Colour : Purple Berries (Blueberry, Raspberry, Strawberry, Yogurt, Honey & Milk)
Fruit : Kiwi

Inside content : Organic chia seed & Yogurt

French Bouquet Icecream


📌Blue Moon Ice Cream


First time sis makan ice-cream yang lain dari yang lain. Icecream ini sangat unik berbentuk bunga French Hydrangea dari bahan dan kandungan natural termasuklah juga buah-buahan. Icecream ini cepat cair, memang kena cepat-cepat makan sebelum meleleh. Bila makan sahaja memang rasa fresh sesuai untuk cuaca panas sekarang ni. Bila makan di dalam ada cereal.


Di sini ada juga menjual cereal buatan mereka sendiri. So memang di sini semuanya bahan semulajadi yang homemade. Sis juga ambik satu untuk makan di rumah & office untuk breakfast nanti. 

Sis memang penggemar pasta, cereal, salad, sayur-sayuran, & juga buah-buahan. Kafe ini memang menepati citarasa dan juga selera. Jarang nak jumpa kafe/restoran yang menyediakan makanan sihat dan sedap. Lagi-lagi menggunakan bahan berkualiti dan segar.yang penting sedap & kenyang❗ Harga pun berbaloi 💰


Jom ramai-ramai kita mencuba makanan sihat, berkhasiat dan sedap di Puree Juice Penang

Selamat Mencuba❗




Puree Juice Penang

📍 Alamat : 1113, Jalan Sekolah, Kampung Juru, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

☎️ Contact : +6018-787 1788

📧 Email : pureejuice.co@gmail.com

⌚ Waktu Operasi : 
Isnin hingga Jumaat - 10.00 am –  7.30pm
Sabtu & Jumaat - 10.00 am –  6.30pm


Untuk maklumat lanjut mengenai Puree Juice Penang, sila kunjungi :


#pureejuicepenang

Post a Comment

0 Comments