Bufet Ramadan 2025 Tema Terpaling Ramadan di Bahang Bay Hotel

 Salam Ramadan 2025 semua 👋🙋

Bufet Ramadan 2025 Tema Terpaling Ramadan di Bahang Bay Hotel


 Bahang Bay Hotel Mempersembahkan Bufet “Terpaling Ramadan”
Sajian Istimewa Penuh Kemeriahan untuk Berbuka Puasa!

TELUK BAHANG, 2 February 2025 – Bahang Bay Hotel dengan penuh rasa teruja memperkenalkan Bufet “Terpaling Ramadan”, satu pengalaman berbuka puasa yang luar biasa bagi semua pencinta makanan. Menampilkan pelbagai hidangan tradisional dan moden, bufet ini akan berlangsung dari 2 hingga 30 Mac 2025 malah Bufet ini mempunyai 7 menu yang yang akan ditukar setiap hari.

Hidangan Berkualiti pada Harga Berpatutan. Itulah janji bagi memastikan hotel ini komited dalam menyediakan hidangan berbuka puasa yang enak pada harga yang sangat berbaloi. Bufet ini ditawarkan pada harga - 
👉RM70 untuk dewasa
👉RM55 untuk warga emas (55 tahun ke atas)
👉RM45 untuk kanak-kanak (6 hingga 11 tahun)

Bagi mereka yang ingin merancang awal dan menikmati lebih penjimatan, Bahang Bay Hotel menawarkan harga promosi awal RM58 untuk dewasa bagi tempahan sebelum 25 Februari 2025. Ini adalah peluang terbaik untuk menikmati juadah enak dengan harga yang lebih murah❗

Setiap hari, para tetamu akan dihidangkan dengan menu istimewa yang menampilkan pelbagai pilihan masakan Melayu, Arab, dan Asia. Antara menu utama yang menjadi tarikan utama termasuk:

📌Kambing GolekKambing panggang yang dimasak sempurna, lembut dan berjus, sesuai dinikmati bersama sos lada hitam dan sos pudina.

📌Shawarma Hidangan Timur Tengah yang kaya dengan rempah-rempah aromatik, dihidangkan bersama roti pita dan sos bawang putih.

📌Sambal Petai SotongSajian yang menggabungkan sotong segar dengan petai, memberikan rasa yang unik dan menyelerakan.

📌Asam Pedas Ikan Hidangan ikan segar yang dimasak dalam kuah asam pedas yang pekat dan lazat, sesuai dimakan dengan nasi putih panas.

📌Daging Rebus Air AsamPotongan daging yang direbus hingga empuk, dinikmati bersama air asam yang pedas masam membangkitkan selera.

📌Nasi Daging & Nasi Biryani Pilihan nasi berempah yang wangi dan berperisa, disajikan bersama lauk-pauk pelengkap yang lazat.

📌Rendang Tok AyamMasakan tradisional yang kaya dengan rempah ratus, dimasak hingga kuahnya pekat dan meresap ke dalam daging ayam.

Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan lauk-pauk lain yang pasti menambat selera para pengunjung, menjadikan pengalaman berbuka puasa lebih istimewa

Gerai hidangan secara langsung untuk pengalaman lebih interaktif. Sebagai tambahan kepada bufet utama, para tetamu juga boleh menikmati hidangan panas yang disediakan secara langsung di gerai khas, termasuk:

📌Sup GearboxSup tulang yang kaya dengan rasa, dimasak selama berjam-jam untuk menghasilkan sup yang pekat dan menyegarkan.

📌Char Koey TeowHidangan popular yang digoreng segar di atas kuali panas, dengan gabungan udang, kerang, telur, dan kicap pekat.

📌Ayam Percik Ayam yang diperap dengan rempah istimewa dan dipanggang hingga keemasan, disajikan bersama kuah percik yang lazat.

Selain itu, terdapat pelbagai gerai lain yang menawarkan aneka pencuci mulut tradisional, kuih-muih Melayu, serta air minuman menyegarkan seperti air tebu, air jagung, dan sirap bandung.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman Terpaling Ramadan di Bahang Bay Hotel❗ Pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan, terutamanya dengan promosi harga istimewa untuk pembelian awal. Untuk tempahan, hubungi atau WhatsApp 010-2015083

Raikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini bersama keluarga dan rakan-rakan dengan hidangan istimewa di Bahang Bay Hotel. Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk berbuka puasa dalam suasana yang nyaman, mesra, dan penuh kemeriahan❗


Menu & Hidangan Bufet Ramadan 'Terpaling Ramadan' di Bahang Bay Hotel Penang

Appetiser

 

 

 

Main Dish

 

 

Action Stall

 


 

 

 

Dessert

 

 

 

Drink 

 


Harga Bufet Ramadan 'Terpaling Ramadan' di Bahang Bay Hotel Penang


“Terpaling Ramadan” Bufet Ramadan 2025
📍 2 hingga 30 Mac 2025 
⏰ 6.30 - 10.30 pm
💸 Price : 
RM 70 nett (Adult 👨👩 )
RM 55 nett (Senior Citizen 👴👵)
RM 45 nett (Children👦👱)

Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi 🤙🏻 atau whatapp 📲 +6010-2015083




Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

📌 Bahang Bay Hotel Penang
📫 Address :  15, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
📞 Tel : +604-888 1000

Post a Comment

0 Comments