Salam & Hai semua 🙋👋
Sekejap sahaja Syawal berlalu, kini bulan Zulkaedah akan berganti. Sis Lia Hasty nak memorikan kenangan gambar Raya pada tahun ini bersama keluarga dan suami tersayang.
Tahun ini first time kami bergambar di photoshoot yang ada tema sebegini. Bukan senang nak cari pakej dengan harga yang berpatutan dan boleh muat 15 orang dalam 1 frame gambar. Lagi satu juga bukan senang nak cari masa untuk berkumpul semua adik beradik memandangkan semua sudah ada keluarga dan komitmen masing-masing. Sangat bersyukur diberi kesempatan untuk bergambar bersama keluarga pada tahun ini.
Kami sekeluarga juga decide untuk photoshoot awal, masa bulan Ramadan memandangkan Hari Raya nanti timing setiap orang tak sama. Semua nya ada hal masing-masing. Walaupun pada bulan Ramadan, vibe raya tu masih ada.
Nama studio : Adlee Studio Raya 2025
Location studio photoshoot kali ni terletak di Bandar Perda, Pulau Pinang. Harga pakej yang kami ambil memang berbaloi hanya RM150 untuk 15 orang. Limit memang hanya 15 orang, kalau lebih akan di cas RM20 untuk 1 orang. Masih berbaloi bagi sis. Gambar unlimited ikutlah nak posing macam mana janji dalam tempoh masa. Yang best juga gambar akan diberi dalam softcopy selepas photoshoot. Tak payah nak tunggu lama. Harga RM200 jika booking masa 1 & 2 Syawal. Harga pakej hanya untuk gambar tak termasuk frame gambar. Kalau nak frame, kena booking berasingan.
Jom kita tengok hasil selepas photoshoot Raya kali ini.
Gambar berseorangan
Gambar berdua
0 Comments